Saturday 12 September 2015

MAJLIS PERKAHWINAN JAMMERI BIN MOHD BAKIR DAN SAE'BAH BINTI MASUNI DI KAMPUNG TENGAH PUSA,BETONG SARAWAK .





MAJLIS PERKAHWINAN JAMMERI BIN MOHD BAKIR DAN SAE'BAH BINTI MASUNI DI KAMPUNG TENGAH PUSA,BETONG SARAWAK . 

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Pada 6 September 2015 telah berlangsung satu Majlis Perkahwinan antara saudara Jameri Bin Mohd Bakir dan pasangannya Sae'bah Binti Masuni di Kampung Tengah Pusa,bahagian Betong,Sarawak.
Majlis kali ini adalah majlis yang sangat istimewa bagi diri saya yang menyaksikan kebesaran Allah yang menemukan jodoh kedua pasangan ini.Kedua pasangan ini bisu dan takdir Allah telah menyatukan mereka dalam satu ikatan yang dimuliakan oleh Allah sebagai melaksanakan kesempurnaan fitrah sebagai khalifah Allah di muka bumi dan ciptaanNya yang diciptakan berpasang - pasangan.



MALAM BELULUT UNTUK KEDUA PASANGAN PENGANTIN

Pada malam 5 September 2015 iaitu sehari sebelum Majlis Perkahwinan atau hari persandingan sebenar diadakan kedua pasangan disandingkan di atas pelamin di majlis malam belulut dalam sebutan masyarakat tempatan atau Sarawak.
Saya kongsikan gambar berikut untuk anda.







Pengantin yang telah hias cantik di satu  lokasi khas bergerak ke Pelamin untuk disandingkan.


















Seterusnya pengantin menukar lagi ke baju yang seterusnya iaitu baju Melayu yang bewarna merah jambu.

PERSALINAN PAKAIAN YANG KEDUA PASANGAN PENGANTIN


Persalalinan kedua pasangan pengantin mengenakan pakaian tradisional Masyarakat Melayu serba merah jambu.





Aksesori Mahkota dan keronsang menghiasi perhiasan kepala kedua - dua pasangan pengantin pada malam itu.





Kedua - dua pasangan pengantin bersiap sedia untuk dibawa ke pelaminan untuk disandingkan lagi di pelaminan.




































HARI PERSANDINGAN MAJLIS PERKAHWINAN JAMMERI BIN MOHD BAKIR DAN SAE'BAH BINTI MASUNI

06 September 2015 merupakan tarikh yang sangat istimewa.Hari ini berlangsungnya Majlis persaindingan kedua pasangan Jemmeri dan Sae'bah di Kampung Tengah Pusa,Betong Sarawak.

Pada hari ini saya akan pulangke Kuching,Sarawak .Saya kongsikan beberapa buah gambar semasa berlangsung majlis pernikahan tersebut.





Pasangan bahagia yang merupakan pasangan yang bergiat aktif dalam nyanyian di Kampung Pusa dan juga merupakan ahli Kumpulan Hadrah Hidayah yang menyerikan majlis pada hari itu.



 
KUMPULAN HADRAH HIDAYAH  mengambilk gambar bersama - sama dengan pasangan pengantin pada hari itu.

Terima kasih daun keladi kerana menyerikan majlis pada hari itu.






Puteri cilik yang menyerikan Kedua Pasangan Pengantin pada hari itu.



WAJAH - WAJAH DISEBALIK TABIR MAJLIS PERKAHWINAN PADA HARI ITU.











SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI KEDUA PASANGAN SAMPAI KEKAL ABADI

SEMOGA IKATAN YANG TERJALIN KEKAL ABADI SAMPAI KIAMAT


I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com