Tuesday 27 October 2015

TABUNG SUMBANGAN KILAT KEBAKARAN DI RH. NUNONG,KABONG SARATOK,SARAWAK.


TABUNG SUMBANGAN KILAT KEBAKARAN DI RH. NUNONG,KABONG SARATOK,SARAWAK.


BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL.

Pada 24 Oktober 2015 yang lalu telah berlaku satu kejadian kebakaran yang yang melibatkan satu rumah panjang di Kampung Kabong,Saratok Sarawak yang memusnahkan satu kawasan rumah panjang di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu,satu ahli jawatan kuasa yang di tubuhkan oleh yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak bagi mengumpul seberapa banyak sumbangan dari seluruh dan segenap selapis masyarakat bagi meringankan beban mangsa atau penghuni rumah panjang yang terlibat dalam kejadian ini.

Apa jua jenis sebarang sumbangan daripada anda semua akan disalurkan kepada mangsa - mangsa kebakaran yang terlibat dan terjejas untuk tujuan membangunkan kembali rumah panjang di kawasan yang terlibat serta menyumbangkan asas - asas keperluan untuk mereka yang terlibat bagi meneruskan dan memulihkan kehidupan mereka seperti biasa.

Semoga setiap sumbangan yang anda berikan tidak mengira sesiapa pun akan mendapat berkat dan rahmat dari ILAHI

TERIMA KASIH ATAS KEMULIAAN SUMBANGAN ANDA SEMUA




Kredit untuk saudara Wal Ash'ri Al-Kabongi As-Sarawaki
untuk maklumat ini.Anda juga boleh bertanyakan mengenai sumbangan tersebut di facebook beliau.






I LOVE PUSA