Friday 24 March 2017

AL FATIHAH : ALLAHYARHAMAH JULIA BINTI AMAT ( 07.02.201988 - 22.03.2017 )


AL FATIHAH : ALLAHYARHAMAH JULIA BINTI AMAT ( 07.02.201988 - 22.03.2017 )

 Hari ini seperti seluruh warga di Saribas terutama di Kampung Lalang,DebakHulu,Betong,Sarawak bersedih dengan pemergian Julia Binti Amat atau lebih mesra dengan panggilan Yoi atau Julia.Beliau meninggal pada petang 22 Mac 2017 ( Rabu ) setelah terlibat dalam satu kejadian kemalangan di Johor Bahru.

Jenazah Allayarhamah telah pun dibawa pulang ke Kampung halaman Allahyarhamah dari Johor Bahru dengan menggunakan penerbangan yang memulakan perjalanannya pada siang kelmarin dan telah selamat sampai di Pejabat Kargo Udara Lanapangan Terbang Antarabangsa Kuching,Sarawak pada malam semalam sebelum memulakan perjalanan dengan menggunakan Van Jenazah ke Kampung Lalang,Debak,beting Sarawak.

Suasana pilu dan sebak menyelubungi ahli keluarga dan rakan sahabat yang turut menunggu seawal petang di Pejabat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak sebaik ketibaan jenazah pada tengah malam kelmarin.

ADUN 35 Saribas YB Mohd Razi segera mengarahkan Pengurusan Perjalanan membawa pulang Jenazah dari Kuching ke Debak, Betong bagi membantu keluarga Allahyarhamah mengurusakan jenazah.

Allahyarhamah yang dilahirkan pada 7 Februari 1988 di usia  29 tahun dan baru sahaja meraikan hari ulang tahun pada bulan lepas.Allahyarhamah seorang bujang.

Van yang membawa jenazah Allahyarhamah telah sampai ke di Kampung Lalang Debak pada pagi tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Debak,Betong,Sarawak.

Kita sama  - sama sedekahkan dan sampaikan Surah Al-Fatihah dan doa - doa kepada Allahyarhamah dan semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman.

Takziah kepada keluarga Allahyarhamah.







I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my


Wednesday 22 March 2017

KEMELUT ISU MASALAH BEKALAN AIR DI KAMPUNG PUSA SEMAKIN MERUNCING ?


KEMELUT ISU MASALAH BEKALAN AIR DI KAMPUNG PUSA SEMAKIN MERUNCING ?

Permasalahan berkenaan dengan masalah bekalan air yang bersih merupakan salah satu masalah yang menjadi rungutan dan luahan penduduk yang mendiami kawasan Daerah Pusa dan pelbagai usaha dan cara telah dicadang dan diusulkan oleh pelbagai pihak namun keadaan masih kurang menampakkan perubahan yang memuaskan.

Kupasan isu mengenai permasalah bekalan air bersih ini juga telahpun dibangkitkan dan beberapa kali mendapat liputan dan perhatian dari pelbagai pihak termasuk pihak media dan juga pihak - pihak ahli politik sama ada dari pihak kerajaan sendiri dan pembangkang.Semestinya isu ini juga sering dimainkan oleh pihak pembangkang malah pernah diutarakan kepada pejabat Ketua Menteri Sarawak untuk dibincangkan bagi menyelesaikan kemelut permasalahan air yang melanda semenjak berpuluh tahun dahulu.


Tidak dinafikan terdapat beberapa perancangan yang diatur untuk pelaksanaan penambahbaikan sistem saluran bekalan air di Kawasan Daerah Pusa seperti contohnya seperti dalam Laporan Sarawakiana.Net pada 28 April 2015 yang menyatakan  di mana RM9.12 Billion peruntukan telah dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi bekalan Air di Beting Maro.

Namun begitu jika dilihat kepada keadaan semasa mengenai bekalan air di Kawasan Daerah Pusa sepertinya menjadi semakin bertambah buruk sedangkan air merupakan keperluan utama penduduk bagi menjalankan kehidupan seharian selepas bekalan elektrik.

Malah jika dilihat kupasan isu ini juga pernah diterbitkan semenjak 2011 sebelum ini sepertimana dalam laporan Borneo Post,bertarikh 3 May 2011  namun sepertinya permasalahan ini masih berlanjutan sehingga ke hari ini.Penduduk semestinya masih menunggu jawapan bagi penyelesaian segera bagi masalah yang menghantui penduduk di Kampung Pusa setelah sekian lama.

 
"Air Milo","Air Kopi","Air Teh" dan pelbagai lagi panggilan yang menggambarkan keadaan air di kampung Pusa yang menterjemahkan kegusaran penduduk kepada permasalahan kemelut panjang Bekalan air bersih di Kampung Pusa.

Melihat kepada permasalahan Bekalan Air ini diharapkan tindakan segera akan disusun dan laksanakan sebaik mungkin terutama kepada wakil rakyat yang telah dipilih untuk memandang serius dengan mengambil langkah yang progressif bagi mengakhiri kemelut panjang permasalahan air yang telah melanda semenjak berpuluh tahun yang dahulu.

Isu bekalan air merupakan isu yang sangat penting dan perlu di titik berat memandangkan bekalan air merupakan kemudahan asas yang sangat diperlukan oleh semua orang untuk melengkapkan keperluan kehidupan seharian.

Pihak bertanggungjawab harus memandang serius isu ini bagi meredakan dan menjawab segala aduan,rungutan dan suara rakyat dan masyarakat di sekitar Kampung Pusa yang masih menunggu penyelesaian total untuk bekalan air bersih dan terjamin untuk kesihatan dan keselamatan Masyarakat di Daerah Pusa.

Mengimbas mengenai artikel yang pernah menerbitkan tentang isu masalah ini adalah seperti berikut.




dan pelbagai lagi laporan dan artikel yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak media.

Sampai bilakah kemelut ini akan berpanjangan dan diselesaikan ? Masyarakat di Daerah Pusa masih menantikan penyelesaian yang terbaik untuk permasalahan ini.Melihat kepada siri pilihanraya yang lepas - lepas samaada pemilihan ADUN dan Parlimen isu permasalahan air ini merupakan topik dan kupasan yang paling hangat dan di sering mendapat perhatian dari semua pihak.

Malah tidak hairanlah sekiranya pihak pembangkang sering menekankan isu ini dan menggunakannya untuk melobi sokongan penduduk dalam kempen pilihan raya dan sekiranya isu ini masih tidak menemui penyelesaiannya kupasan mengenai isu ini tetap akan ditimbulkan oleh pihak - pihak tertentu bagi memohon perhatian dan tindakan yang bertanggungjawab bagi kemelut permasalahan air ini.

Semua pihak yang bertanggungjawab juga seharusnya lebih selalu "Turun padang " bagi bersemuka dengan penduduk dan masyarakat dan melihat sendiri keadaan yang dihadapi penduduk dan mendengar sendiri luahan dari hati masyarakat bagi penambahbaikan kualiti penyampaian perkhidmatan yang telah diamanahkan.





 I LOVE PUSA
www.azlanrumadi.blogspot.my