Wednesday 17 June 2015

#23 PANCING MANIA



HAMMMMBBOOOIIIHHHHH.... nampaknya bertambah maju aktiviti rakan kita ni.Daripada main 'SNAKEHEAD" atau haruan sekarang hobi main ikan sungai laut pulak dah.Memang terbaiklah otai - otai kaki pancing Pusa kita.

Apa - apa pun tahniah kepada sahabat - sahabat kita ini yang menampakkan kemajuan dan pergembangan dalam aktiviti ini..

 LOKASI ?         tanya dia ni >>>>>>>>> SALLY CEN CEN<<

 kepada mereka yang berminat boleh aturkan tarikh dengan dia k..

Selain itu anda juga boleh menghubungi  Nebrucch De Nazzar  dan Pak Yaq untuk maklumat lanjut.
















THANK YOU FOR READING
.
I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com



BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING DI KAMPUNG PUSA


Adalah menjadi tradisi bagi belia Kampung Pusa membantu mengerah keringat dalam apa jua persediaan majlis - majlis tertentu di Kampung Pusa.Di Kampung Persediaan dalam mengadakan majlis tertentu di adakan secera gotong royong dan belia - belia di kampung Pusa akan sentiasa memberikan sumbangan tenulang untuk rumah dan keluarga yang akan mengadakan majlis tidak mengira sesiapa.

Peribahasa mengatakan "Berat sam dipikul ringan sama dijinjing' Begitulah adat lama yang sekian alam dipegang dikampung Pusa sampai lah diwariskan kepada golongan muda pada masa sekarang.Selalunya tidak mengira sesiapa pun golongan muda di kampung pusa akan membantu mereka menyediakan persedian seperti menyembelih ayam dan membersihkan ayam sampai kepada penyediaan khemah untuk memasak.Semua ini dilakukan secara gotong royong dengan semangata kerukunan.

Adat ini telah lama dijalankan sekian lama dikampung ini dan diturunmkan dari satu generasi ke satu generasi.Saya sebagai anak jati kelahiran pusa juga turut berbangga melaksanakan adat ini yang jarang kita dapat lihat dikebanyakan tempat lebih - lebih pada zaman moden ini.

Selain itu untuk perkara yang lain seperti melibatkan kematian.Belia kampung pusa akan bertungkus lumus membantu dalam mengutip sumbangan dari rumah ke rumah atau "MUPU" dalam bahasa tempatan.Kebiasaan kutipan yang diberikan dalam bentuk beras,buah kelapa,wang tunai malah ada yang memberikan asam dan garam.Tradisi ini dijalankan sekian lama di kampung kami bagi meringankan beban keluarga yang sedang ditimpa kesedihan.

Rukun saling bantu membantu ini bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama masyarakat malah merupakan satu bentuk kebajikam yang berlangsungan dalam kehidupan kampung Pusa.Setiap majlis dilakukan dengan semangat bantu - membantu tidak mengira tua muda.

Walaupun sekarang saya merupakan peraih rezeki di kota namun adat temurun yang murni tetap tersemat di dalam darah saya.Sekali sekala semasa pulang ke kampung kebetulan ada majlis di kejiranan saya.Saya merupakan salah seorang dari mereka dalam membantu kerja - kerja yang boleh dibantu

Saya berharap semangat ini akan berlangsungan sampai bila - bila.

SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MELIMPAHI REZEKI UNTUK SEMUA.

 















CREDIT GAMBAR : CHIEYKHA KHA



"Thank you for kindly reading "

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com