Wednesday 5 November 2014

RESIPI : KUIH KOSOI




Bahan-bahannya:

1 cawan tepung sago
2 cawan tepung gandum
7 cawan air ( cadand tambah 1 cawan lagi)
1 cawan gula
1 cawan gula melaka (saya guna 4 sudu mkn gula apong)
1 sudu kecil kapur

Cara membuatnya :

 1. campurkan tepung sago, dan tepung gandum ,gaul. Masukkan 3 cawan air dan 1 sudu kecil kapor .Gaul hingga rata dan tiada ketulan tepung
2. Didihkan 4 cawan air bersam 1 cawan gula dan 4 sudu makan gula apong. Biar sampai mendidih
3. Tuangkan air gula yang mendidih ke bhg 1 dan gaul rata, tiada ketulan tepung
4. Maukkan adunan ke dalam cuan dan kukus hingga masak
5. Setelah sejuk, boleh masukkan dlm peti sejuk sekejap, agar  mudah untuk potog. Sementara itu, boleh pautkan kelapa. Setelah kuih dipotong, gaulkan dalam kelapa parut.

RESIPI : APAM BALIK






Bahan A

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B

2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C
coklat chips
jagung cream

Cara Membuatnya

1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung.
7. Lipat dan hidangkan
 
 

Monday 3 November 2014

SUMAN ATAU PAIS MANTAK

 
\
SUMAN MANTAK | merupakan makanan yang sik asing agik bagi warga Pusa.Cuma makin jarang orang dah molah makanan tok.Makanan yang diperbuat dari tepung sagu dibuat pais dan dan ditunok atas bara.Kuih tok biaso eh di ngkah orang dengan macam - macam ramuan tambahan , PUAN kato orang Pusa.Ado eh ngkah payak,ati parek dan ikan lumek juak pakey ngan dalam pais mantak tok.
 
Kebiasaannya pais tok dijuai dengan hargo RM1.50 hingga RM2.00 di gerai - gerai.
 
Mun sapo yang dah meraso mesti madah nyaman.Dirik maok agik..Percayalah.

KUIH CINA( CINO )

 
KUIH CHINA @ CINO | Rupa macam biskut tapi ditunggah kuih... yo lah uniknya Kampung Pusa.Satu lagi Kuih tradisional yang menjadi kegemaran masyarakat Pusa.Di Daerah Pusa kita akan menjumpai di mana - mana kuih tok ada di jual orang dari kedai runcit sampai ke pasar - pasar.Semestinya ramaiyang menyukai kuih tok sehingga di mana - mana mesti ada pembelinya.
 
Kuih tok biasanya di jual dalam peket.Ada juak yang menjual dalam bekas plastic ( Mpurong ) dan dalam Tin atau TEM dalam bahaso tempatan.
 
Kuih tok biaso eh dihidang untuk menyambut tetamu kerumah dan untuk menikmati minum petang di beranda sambil beloya..nang nyo ilak yo..
 
KUIH CINO NANG TERBAIK
 
 
 

JNR TERUBOK MASIN SARAWAK

TERUBOK MASIN SARAWAK | Kamek raso mesti ramai yang dah tauk tentang kedai B.80 JNR TERUBOK MASIN SARAWAK tok.En Jaafar dan En. Rozie merupakan salah seorang anak jati dari Kampung Pusa,yang sedang giat memajukan perusahaan Ikan Terubok Masin Sarawak di MEDAN NIAGA SATOK.
 
100 % DIJAMIN HALAL,
100% KELUARAN ANAK TEMPATAN,
100% BUATAN MALAYSIA
 
Beliau telah mengusahakan perusahaan tok bertahun - tahun dan telah menimba banyak pengalaman dalam perusahaan tok."HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH ".Dengan berkat usaha dan pelbagai pengalaman yang dah dilalui banyak pengalaman yang beliau dapat untuk memajukan perusahaan terubok masin tok.Sik ramai kita yang sanggup menyahut cabaran untuk mengusahakan perniagaan.Kini Saudara Jaafar telah berjaya mengkomersalkan produk ikan terubok masin beliau serata tempat,Sik kira maok urang Sarawak mpun,Orang ndatang termasok omputeh atau pelancong sentiasa dating mengunjungi gerai saudara di Satok untuk membeli dan menempah terubok masin.Semoga kejayaan saudara Jaafar menjadi contoh kepada orang kampong kita juak supaya mendapatkan inspirasi untuk memajukan diri sik kiro apo pun.
 
Berikut kamek kongsikan preview berkenaan produk keluaran JNR TERUBOK MASIN SARAWAK.
 
 

PERKAHWINAN YUSUF BIN ZAIBIDIN & NOORFARAHIN BIN ABDUL RAHIM


PERKAHWINAN YUSUF BIN ZAIBIDIN & NOORFARAHIN BIN ABDUL RAHIM

ALHAMDULILLAH | Pada 8 Oktober 2014 yang lepas telah berlangsung Majlis Akad Nikah atau Ijab Kabul atau Baco Nikah dalam bahaso kito menandakan secara rasmi Pasangan Yusuf dan Norr farahin menjadi suami isteri yang sah di sisi Allah swt. Majlis akad nikah yang berlangsung meriah dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai.

DI sini,Kami kongsikan beberapa gambar untuk tatapan anda sempena majlis akad nikah dan ijab jkabol kedua pasangan.



MAJLIS PERSANDINGAN 2 NOVEMBER 2014
KAMPUNG HILIR PUSA

Telah berlangsung majlis resepsi atau persandingan sempena perkahwinan  Yusuf Bin Zaibidin dan Noorfarahin Bin Abdul Rahim yang berlangsung di KAMPUNG HILIR PUSA.Majlis persandingan yang turut dihadiri ramai hadirin dan hadiran yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan taulan serta sahabat  handai.Tidak lupa para golongan tua yang memberikan doa restu kepada pengantin baru.Majlis juga dijayakan dengan pertolongan Belia KAMPUNG PUSA yang sama - sama mengembling tenaga untuk menjayakan Majlis yang penuh bahagia ini,

Berikut kami kongsikan  gambar - gambar buat tatapan semua disekitar MAJLIS PERSANDINGAN kedua pasangan yang berlangsung meriah dan jayanya.















DOA BUAT KEDUA PASANGAN

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Satukanlah hati kedua pasangan ini di atas kecintaan mereka kepadaMu,
Jadikanlah pasangan ini saling mencintai di kala dekat,
saling menjaga kehormatan di kala jauh,
saling menghibur di kala duka,
saling mengingat di kala bahagia,
dan saling menyempurnakan ibadat kepadaMu.
Sempurnakanlah kebahagian pasangan ini dengan menjadikan perhubungan ini sebagai ibadah kepadaMu,
dan bukti pengikatan cinta mereka kepada Sunnah keluarga RasulMu.
Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Amin Ya Rabbal Alamin. 



AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my