Monday 23 February 2015

#14 PANCING MANIA

www.ilovepusa.blogspot.com

Kalau dulu kita di kampungh hanya didedahkan dengan cara memancing secara tradisional yang lazimnya hanya menggunakan buluh,tali tangsi dan kail untuk memacing ikan haruan yang selalunya untuk tujuan dibawa pulang sebagai lauk makan di rumah.

Sekarang hobi memancing ini melangkah ke satu zaman moden dengan pelbagai teknologi dan peralatan memancing yang moden untuk  melaksanakan hobi yang memberikan kepuasan kepada para peminta aktiviti ini.Antara cara yang paling popular masakini adalah CASTING terutamanya untuk memburu ikan air tawar seperti haruan ( Snakehead ) .

Kalau dah minat yang mendalam memang tak boleh nak kata apa kan? heheh... semua di redah untuk mencuba air dan lubuk mana yang ada ikan dan tak ada ikan... jandi puas dan layan.

Thank to Saudara Syabeli.

#13 PANCING MANIA



PERTAMA SEKALI saya nak bagi credit pada Tuan punya gambar ni yang dikongsikan dalam group KAKI PANCING PUSA ( KPP) oleh Saudara WAFIY NIYNA.

Kepada yang suka memancing udang pasti sentap dengan  gambar ni.Menurut tuan punya gambar udang - udang ini adalah hasil memancing di Sungai Undey.Mungkin petanda yang bagus untuk para peminat pancing udang untuk mencuba nasib berlubuk di Sungai Undey mencuba nasib rezeki joran udang masing masing.

Ini dah kita baik dah ni? kepada semua.. anda bila lagi ?

#12 PANCING MANIA

www.ilovepusa.blogspot.com


credit to KOWAT LAK MEJIN

Monday 16 February 2015

#11 PANCING MANIA

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


MPUNOK

Kepada yang kaki pancing tegar mesti dah tahu apa gunanya udang ni kan?

Thursday 12 February 2015

AL - FATIHAH : ALLAHYARHAM HJ ABANG MORNI BIN ABANG MOS

AL - FATIHAH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Hari ini telah kembali ke rahmatullah Allahyarham Hj Abang Morni Bin Abang Mos yang mesra dipanggil dengan Hj Morni pada pagi tadi di kediaman beliau

di

Kampung Hilir Pusa

pada tarikh

12 Februari 2015

bersamaan dengan 

22 Rabiul Akhir 1436

Mari kita sama - sama mendoakan mudahan Allahrayham di tempatkan dalam golongan - golongan yang diampuni dan dimuliakan oleh Allah Swt.

Semoga Roh Allahyarham di tempatkan dalam golongan yang syuhada

Semoga Allah mengampuni segalan dosa.

Amin Ya Rabbal alamin.

Allahumafirlahu warhamhu wa'fu 'an hu.

www.ilovepusa.blogspot.com

www.ilovepusa,blogsot.com
Di sini juga Admin mengambil kesempatan untuk berpesan sesama kita.Jika ada kesalahan dan kekhilafan Allahrayham sepanjang Allahyarham hidup mohon halal dan ampuni dunia dan akhirat.

InsyaAllah.


#10 PANCING MANIA

#9 PANCING MANIA

#8 PANCING MANIA

Monday 9 February 2015

Follow my blog with Bloglovin

KUIH TRADISI SARAWAK : KUIH LEMAK TAKIR

http://ilovepusa.blogspot.com/

http://ilovepusa.blogspot.com/





KUIH TAKIR |  Siapa yang tak kenal dengan kuih ni memang tak sah lah menjadi penduduk Daerah Kecil Pusa.Kuih yang sangat terkenal dikalangan masyarakat kita tak kira di mana jua.Bukan sahaja di Daerah Kecil Pusa.Malah di Negeri Sarawak pun kenal nama kuih ni.

Sebelum itu saya nak bagi credit buat Rakan sekelas lama saya,Saudari AYATT ARUN dari Kampung Beladin untuk gambar kuih ni.

Berikut saya kongsikan resepi kuih ni yang saya rujuk dari http://resepictinah.blogspot.com.


1 paket tepung beras
500gm gula apong
2 bj kelapa
1.25 liter air
Daun pucuk (nipah) dan lidi

  1. daun pucuk dibentuk kotak segi empat memanjang yg dipanggil ‘sampan’ dan semat kedua hujungnya dgn lidi
  2. cairkan gula apong di atas dapur dan ketepikan
  3. perah santan dgn 1.25 liter air dan bancuh dgn tepung beras hingga adunan bercampur rata
  4. tuangkan seikit gula apung yg elah dicaikran tadi dan sudukan adunan tepung di atasnya
  5. kukus sampai masak

 Selamat Mencuba semua.

* Jika ada kesilapan dalam pembuatan mohon nasihat pembetulan yerrr...

#7 PANCING MANIA

http://ilovepusa.blogspot.com/2015/02/casting-forever-and-forever.html

Creadit to SYABELI JOHRI

CASTING SEBAGAI AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG MENYERONOKKAN

http://ilovepusa.blogspot.com/

http://ilovepusa.blogspot.com/

CASTING SNAKEHEAD @ HARUAN |   Aktiviti casting ternyata merupakan aktiviti yang semakin diminati  di Daerah Kecil Pusa.Ini dibuktikan apa terdapat beberapa  golongan anak muda dan belia mula aktif dalam aktiviti ini dengan mengisi masa - masa terluang mereka dengan ber "casting " untuk kepuasan diri dan memenuhi minat dalam aktiviti memancing ikan.

Di Kampung Pusa sendiri jika kita melihat sekelilingnya sebenarnya banyak tempat - tempat strategik yang boleh dijadikan lokasi yang lumayan untuk hobi yang bermanfaat ini.Bagi peminat memancing ataucasting ikan haruan atau snake head terutamanya mempunyai banyak tempat disekitarnya yang saya percaya mampu memberi keseronokan dan kepuasan untuk menjalankan hobi ini.

Perkembangan pada masa sekarang juga menunjukkan hobi ini bukan sahaja diminati oleh golongan lelaki tetapi golongan wanita atau perempuan juga mula mencuba angin untuk menceburi diri dalam hobi menacing atau casting ini.

Kali ini juga,saya nak kongsikan beberapa gambar yang dikirim oleh Saudara Syabeli Johri kepada saya pada minggu lepas.Kesempatan ini saya ucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan buat nbeliau yang selalu menghantarkan kiriman untuk perkongsian di blog ini.

Oleh itu juga,saya menjemput sesiapa sahaja yang mempunyai perkongsian menarik untuk menghantar apa jua sebarang perkongsian kepada saya melalui

Email : azlanrumadi @ yahoo.com
WeChat : Azlan_Rumadi
FACEBOOK : Azlan Rumadi 

Di sini saya juga memberitahu, perkongsian adalah bebas selagi bersesuaian untuk dikongsikan pada semua.

THANKS FOR ALL SUPPORT !






Friday 6 February 2015

PERTANDINGAN MEMANCING PSKPP ( 2013 ) DI KAMPUNG MALUDAM



PERTANDINGAN MEMANCING | Sungai kita sememangnya semakin menlimpahkan rezekinya saban hari dengan memberikan para pemancaing sentapan - sentapan ikan yang sungguh mengujakan.

Hari ini admin singgah di group KAKI PANCING PUSA dan tertarik dengan satu video yang kiriman post saudara yang menggelarkan dirinya senbagai MOQ PEND atau pun Dnepxom But Dame

Video ini diambil semasa PERTANDINGAN MEMANCING PSKPP yang di adakan di kampung MALUDAM pada 2013 yang lalu.Disamping itu,saya memuji kepada usaha pihak penganjur yang mengadakan pertandingan sebegini.Pertandingan sebegini sememangnya digalakkan bagi menerapkan kepada masyarakat terutama golongan anak muda untuk menyertai aktiviti ini untuk sedikit memberi kesedaran tentang aktiviti bermanfaat.

Saya juga berharap agar aktiviti pertandingan seperti ini boleh dianjurkan oleh pelbagai pihak tidak kira latar belakang untuk menggalak hobi memancing ini yang semestinya menjadi isi dan kuku untuk masyarakat kampung yang mendiami kawasan sungai utama di Sarawak.

LELAKI INI DIBELASAH PENDUDUK KAMPUNG KERANA MENCURI.

www.azlanrumadi.blogspot.com 

KABONG | Tak serik - serik lagi dengan kejadian dan iktibaar yang berlaku di sana sini.Saya terbaca terlihat dan terbaca dengan satu artikel dari group dalam facebook tentang seorang lelaki telah dibelasah oleh penduduk kampung kerana kesalahan mencuri di sebuah kedai.Berikut perbuatannya itu dia telah diketahui penduduk kampung bertindak menangkap lelaki itu dan membelasah lelaki berkenaan berikutan kemarahan dan sebagai pengajaran atas kesalahan perbuatan nya itu.

Kemudian,penduduk kampung menelefon balaik Polis terdekat untuk menyerahkan lelaki berkenaan untuk tindakan lanjut daripada Polis Diraja Malaysia.


Credit : Group FB "Kamek Miak Sarawak"
Foto By SARAWAKIAN
 

Tuesday 3 February 2015

#6 PANCING MANIA

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

Nampaknya sungai kita mula menampakkan limpahan rezekinya.Gambar ini saya ambil dari facebook group facebook KAKI PANCING PUSA .

Dalam gambar adalah saudara admin yang sedang memegang seekor ikan Selunsung atau "Ntidong" dalam bahasa tempatan.Ikan ini diperolehi oleh seorang penduduk dari Kampung Supa dengan cara "EMPANG" jaring.

 Kepada kaki pancing sekalian ? apa lagi ? jom pakat serbu ramai - ramai