Thursday 23 November 2017

PESANAN KESELAMATAN KEPADA PENGGUNA JALANRAYA DI KAWASAN PEMBINAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO

PESANAN KESELAMATAN KEPADA PENGGUNA JALANRAYA DI KAWASAN PEMBINAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO

Seperti semua sedia maklum projek Pembinaan LebuhRaya Pan Borneo sedang giat di jalankan.Keutamaan dari segi keselamatan haruslah diambil perhatian dari semua pihak samaada dari pihak pihak kontraktor dan pengguna jalanraya di sepanjang kawasan pembinaan bagi mengelakkan kemalangan dan perkara yang tidak diingini dari berlaku.Lebih lebih ianya adalah melibatkan soal keselamatan.

Pihak kontraktor pembinaan diharapkan membuat suatu langkah keselamatan dengan menyediakan seberapa banyak papan tanda amaran yang jelas dan juga penghadang jalan yang kemas.Selain itu, dengan menempatkan beberapa orang penjaga lalu lintas juga adalah penting seperti mana yang telah digariskan.Pematuhan pada SOP ( Standard of Prosedure ) juga amatlah penting bagi menjaga keselamatan semua.Selain itu juga, jalan jalan yang berdebu haruslah dibasahkan bagi mengelakkan keadaan jalan yang berdebu.Faktor faktor keselamatan yang lain juga haruslah dipantau dari semasa ke semasa.

Pengguna jalanraya juga harus mengambil langkah keselamatan seperti peka terhadap perubahan perubahan aliran trafik di sepanjang jalan yang terlibat dengan mengamalkan pemanduan berhemah dan waspada terhadap papan tanda amaran yang disediakan sepanjang jalan.Pematuhan kepada had laju juga harus diambil berat bagi mengelakkan kecelakaan memandangkan keadaan di kawasan yang masih dengan terlibat pembinaan adalah kurang memuaskan.Selain itu juga,kerja sama dari pengguna jalan raya kepada penjaga trafik dari kawasan pembinaan adalah penting.Pengguna juga dinasihat supaya peka dan fokus pada kedudukan penghadang jalan di sepanjang kawasan pembinaan.

Pengguna jalanraya terutama dari Daerah Pusa yang sering menggunakan laluan Pembinaan LebuhRaya Pan Borneo dinasihatkan supaya sentiasa berhati hati dan mengutamakan keselamatan dijalanraya dan mematuhi undang undang jalanraya.Mudahan selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan lancar

Akhir sekali,Terima kasih dan penghargaan kepada langkah langkah yang telah dijalankan oleh semua pihak untuk keselamatan semua.Semoga Pembinaan Projek LebuhRaya Pan Borneo ini berjalan dengan lancar dan disiapkan.

Wednesday 22 November 2017

PENGUMUMAN TARIKH PERASMIAN JAMBATAN RIMBAS  , PUSA.

PENGUMUMAN TARIKH PERASMIAN JAMBATAN RIMBAS  , PUSA

Majlis Perasmian Jambatan Rimbas,Pusa pada 11.12.2017.Dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak..Sama2 kita membanjiri Daerah Pusa..

Satu lagi sejarah bakal tercipta apa bila Jambatan Sungai Rimbas di Daerah Pusa bakal dirasmikan.Tarikh 11 Disember 2017 ( 11.12.2017 ) Hari Isnin dipilih sebagai tarikh bagi Majlis perasmian yang akan dilangsungkan itu nanti.

Difahamkan Majlis Perasmian akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Semestinya pelbagai program-program menarik telah diaturkan pada Majlis Perasmian Jambatan Sungai Rimbas,Pusa terutama untuk para hadirin juga pengunjung pada hari itu kelak.

Berita gembira ini juga sememangnya dinantikan oleh para penduduk di Daerah Pusa yang sekian lama menunggu detik bersejarah ini.

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada usaha pihak kerajaan yang memastikan impian ini terlaksana untuk penduduk di Daerah Pusa dan tidak lupa juga kepada pihak-pihak yang terlibat dalam projek melaksana dan menyiapkan projek pembinaan Jambatan Sungai Rimbas ini.

Berita gembira buat penduduk di Daerah Pusa ini juga disambut dengan kegembiraan dan kesyukuran.

Beramai-ramai kita memeriahkan Majlis Perasmian ini nanti.

Tuesday 21 November 2017

PROGRAM KEMASYARAKATAN KELAB SUPERMAMA DI KAMPUNG HILIR PUSA

PROGRAM KEMASYARAKATAN KELAB SUPERMAMA DI KAMPUNG HILIR PUSA

Kelab Supermama dari Kampung Hilir Pusa merupakan salah satu kelab yang aktif dalam menjalankan aktiviti yang berbentuk kemasyarakatan.Admin sangat tertarik dengan beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh kelab tersebut setakat ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan setakat ini adalah Poco-poco dan senaman aerobik, Acara Sukaneka, gendang mukun, Pertandingan karaoke dan banyak lagi kegiatan yang lain yang menawarkan hadiah hadiah yang sangat menarik buat peserta.

Difahamkan penyertaan dari segi keahlian adalah amat menggalakkan.

Admin juga mengharapkan akan lebih ramai yang dapat menyertai kegiatan seperti ini untuk menggalakkan amalan hidup aktif dan sihat serta merapatkan lagi silaturrahim dan program kemasyarakatan di Kawasan kampung Pusa.

Tahniah kepada Kelab Supermama dan teruskan aktiviti yang terbaik untuk semua.Selamat maju jaya.

Sumber gambar : Opoi Ainz

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2017 DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBAK,PUSA

MAJLIS KHATAM AL-QURAN  2017 DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBAK,PUSA

Hari ini telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Tambak,Pusa untuk tahun 2017.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada YB Hj Razaili dan Tahniah juga diucapkan kepada para peserta yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran ini yang terdiri dari adik adik dari Sekolah Kebangsaan Tambak,Pusa yang mana berjaya menamatkan pelajaran mengaji Al-Quran yang diraikan pada majlis ini.

Tahniah juga kepada pihak sekolah yang telah menganjur dan menjayakan majlis yang sebegini sebagai satu bentuk galakkan kepada generasi yang lain disamping menarik minat lebih ramai dikalangan  murid sekolah rendah untuk mengaji Kitab Al-Quran

Seterusnya juga diharapkan dengan penganjuran majlis sebegini menjadi pemangkin dan penggalak agar lebih ramai adik adik kita yang minat mengaji kitab suci Al-Quran dan kita mendoakan agar akan ada pusat Tahfiz di Daerah Pusa suatu hari kelak bagi mendalami kecintaan umat kita terhadap Al Quran.

InshaAllah.

Saturday 18 November 2017

PATUHI UNDANG - UNDANG JALAN RAYA DI JAMBATAN RIMBAS

PATUHI UNDANG - UNDANG JALAN RAYA DI JAMBATAN RIMBAS

Jambatan Rimbas,Pusa dah mulai dibukak untuk orang ramai bermula pada hari ini,18 November 2017. Ramai yang teruja untuk menggunakan jambatan tersebut.

Walaubagaimana pun, pelaksanaan undang undang jalanraya tetap perlu diambil perhatian bagi memasti pematuhan dan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan Daerah Pusa.

Hari ini kelihatan kehadiran pegawai Polis Trafik dipersimpangan jalan pasar dan jambatan yang memula menjalankan tugasan  bagi memantau tahap pematuhan undang undang jalan raya di kalangan pengguna jalan raya.

Tahniah kepada pihak PDRM yang melihat kepada perkara ini dan seterusnya memastikan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan jambatan tersebut dan berharap pemantauan akan terus dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku.

Pesanan kepada pengguna jalanraya yang melalui jambatan ke Pasar, Utamakan keselamatan anda dan patuhilah undang undang jalan raya untuk memastikan keselamatan anda.

Pakai topi keledar,check road tax dan tunggang atau memandu dengan berhemat.

Selamat menggunakan Jambatan.

Friday 17 November 2017

JAMBATAN KASIH TANDANG SARI

JAMBATAN KASIH TANDANG SARI

Santai....
Pada saat hening senja
Meriah suasana
Seolah pesta tiada acara
Meraikan kemegahannya

Jambatan kasih ini
Ibarat pita pengukur
Pada daerah sepi Pusa
Sedangkan
Sekelilingnya
Imigrasi bertandang
Mengisi ruang rezeki

Jambatan kasih ini...
Mengorak sedikit langkah
Meringkas waktu
Memenuh kantung
Pada yang memiliki...

Pada yang di atas
Dapat melipat
Segumpal kertas
Tinggi nilainya

Jambatan kasih ini
Mulakanlah....
Bakti mu....
Dalam merentangi sungai rimbas
Cukup bermakna pada sekeliannya

Terima kasih....
Walau engkau tiada mengerti
Konkrit yang dibina
Bersama bijih besi... Dicantum
Dapat memupok...
Kasih kami yang hilang
Sayang kami....
Bertambah utuh...
Semangat kami bertambah teguh

Terima kasih....
Kasih mu sesama ini
Hanya fana

17 November 2017

Nukilan : Daud Ahmad