Monday 26 August 2019

TEAM BARRACUDA DINOBATKAN RAJA SUNGAI SARIBAS DI REGATTA MANGUT 2019


TEAM BARRACUDA DINOBATKAN RAJA SUNGAI SARIBAS DI REGATTA MANGUT 2019

Pesta Buntal 2019 di Mangut, Betong Sarawak baru sahaja menutup tirainya pada hari semalam dan semestinya acara yang paling menjadi tumpuan para pengunjung Pesta Buntal adalah Regatta Mangut 2019 yang menghimpuan pasukan - pasukan yang terhebat yang datang berentap di arena sukan air yang makin panas itu.

Acara Kemuncak Sakai 30 Pengkayuh Lelaki Akhir yang merupakan acara perebutan Raja Sungai Saribas atau Sungai Mangut 2019 yang membariskan 10 buah perahu dari 5 pasukan menyaksikan perahu Barracuda 10 menjuarai perlumbaan sekali gus dinobatkan sebagai Raja Sungai Regatta Mangut 2019 yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 5000.00 beserta piala. 

Tempat kedua turut diisi oleh sebuah lagi perahu rakan sepasukan Barracuda manakala tempat ketiga bersaing sengit akhirnya dimiliki oleh pasukan Nur Gemilang ( Cahaya Putri Ruai ) dari Sebuyau.

Selain penguasaan pada acara Raja Sungai atau Sakai 30 Pengkayuh akhir Pasukan Barracuda turut memenangi beberapa acara lain termasuk acara Sakai 25 dan sakai 20 Pengkayuh akhir.

Kemenangan Team Barracuda pada Regatta Mangut 2019 ini turut membuktikan bahawa slogan " Kebo Sampey Mpusak " yang menjadi kata - kata pembakar semangat banyak membantu team untuk terus berjuang biarpun pernah mengalami kekalahan pada Regatta Bungin pada Mac 2019 yang lalu.

Namun atas sokongan peminat dan penyokong team Barracuda yang tidak berbelah bagi juga menjadi motivasi untuk terus menunjukkan aksi dan prestasi terbaik setiap kali turun beraksi.

Pasukan yang mengisi Slot pada acara Sakai 30 Pengkayuh Lelaki Akhir adalah

1. Barracuda 10
2. Barracuda 69
3. GP Binladen
4. Nurs Gemilang
5. 9ABWAB Wali Putih
6. Barracuda 9
7. Bujang Senang Sungai Saribas
8. 9ABWAB Walu Putih
9. Barracuda 69
10. GP Binladen

Tahniah kepada Team Barracuda dan syabas juga diucapkan kepada pasukan - pasukan lain yang turun berentap dalam menyemarakkan Regatta Mangut 2019. Kekalkan semangat kesukanan dalam memberikan aksi terbaik dan memartabatkan sukan air Regatta Lumba Perahu.

Sampai bertemu di regatta yang akan datang.




 



















KREDIT GAMBAR :
Page FB Regatta Sarawak Bumi Kenyalang
Page FB N29 Update - Wadah Beting Maro
Page FB Barracuda - PUSA

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

Tuesday 23 July 2019

SYABAS KEPADA PASUKAN GP BINLADEN DI TEMPAT KEDUA DI REGATTA SAMARAHAN 2019


SYABAS KEPADA PASUKAN GP BINLADEN DI TEMPAT KEDUA DI REGATTA SAMARAHAN 2019

GP BINLADEN merupakan sebuah lagi pasukan yang mempunyai kekuatan dan kehebatan telah terbukti pada beberapa kejuaraan regatta yang mana mereka merupakan pasukan juara. Pasukan ahli - ahlinya berasal dari kampung Beladin ini merupakan anak didik saudara Kamarul Zaman Ibrahim yang mula meningkat naik prestasi mereka di dalam beberapa regatta yang mereka sertai sebelum ini.

Namun pada kali ini akibat berlaku tertindihan tarikh antara Regatta Pusa dan Regatta Samarahan mereka telah memutuskann untuk menyertai Regatta Samarahan untuk sama sama memberi saingan kepada 20 lebih pasukan regatta yang lain.

Menang dan kalah adat pertandingan. Acara Bidar 30 Akhir memihak kepada pasukan Mahkota Dewa Gedong selaku Raja Sungai Tembirat di Regatta Samarahan 2019 dan pasukan GP BINLADEN yang turun menggunakan nama Pasukan Saberkas Pantai Damai mengakhiri saingan di tempat kedua.

Sebuah lagi Pasukan Cahaya Putri Ruai dari Sebuyau ditempat ketiga. Seperti yang sedia maklum, Pasukan pimpinan Tok Cabik iaitu Pasukan Cahaya Putri Ruai juga merupakan salah satu pasukan mantap yang sering memberikan saingan kepada pasukan Barracuda di Pusa dan kali ini mereka sama - sama beraksi bersaingan dengan Pasukan GP BIN LADEN di Regatta Samarahan di Tambirat.

Saudara Kamarul Zaman Ibrahim yang merupakan pemimpin Pasukan GP BINLADIN dalam Status FB beliau menulis dan menyeru kepada anak didik beliau agar teruskan berusaha dan jangan berputus asa sambil berpesan untuk berlatih lebih kuat dan gigih lagi untuk persediaan memburu kemenangan di Regatta atau perlumbaan yang akan datang.

Sekali lagi Syabas buat Pasukan GP BINLADEN di Regatta Samarahan di Tembirat.
Teruskan semangat perjuangan.





TEAM BARRACUDA MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN SEBAGAI RAJA SUNGAI RIMBAS DI REGATTA PUSA 2019


TEAM BARRACUDA MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN SEBAGAI RAJA SUNGAI RIMBAS DI REGATTA PUSA 2019

Regatta Pusa 2019 telah menutup tirainya setelah Team Barracuda 69 telah sekali lagi mempertahankan kejuaraannya sebagai Raja Sungai Rimbas pada acara Bidar 30 Akhir yang telah berlangsung pada 21 Julai yang lalu. Pada Acara tersebut Team Barracuda juga merebut tempat kedua dikejar rapat oleh sebuah lagi perahu dari team yang merupakan saingan dekat team Barracuda iaitu Wali Putih. 

Regatta Pusa pada tahun ini menyaksikan persaingan 9 buah pasukan iaitu
  1. Barracuda ( Kalok )
  2. Wali Putih ( Pusa )
  3. Qaha ( Pusa )
  4. Jang Saribas ( Beladin )
  5. Cahaya Sri Burung ( Beladin )
  6. Kleng Tok Baha ( Tambak )
  7. Lelayang Kapas ( Tambak )
  8. PBB Tambuakar Saribas ( Debak )
  9. Raja Burung ( Saratok )


Jarak Kayuhan Perlumbaan pada Regatta Pusa 2019 adalah kira - kira 1.85 KM dan sesi pelepasan adalah bergantung kepada arus pasang/ surut air Sungai Rimbas.

Team Barracuda yang dinobatkan sebagai Raja Sungai Rimbas telah berjaya memenangi hadiah utama berupa Piala Raja Rimbas dan juga Wang Tunai RM 8,000.00.

Syabas juga diucapkan kepada Team Wali Putih yang berada di kedudukan ketiga yang memberikan saingan kepada pasukan Barracuda yang telah memenangi tempat pertama dan kedua dalam acara Bidar 30 Akhir.

Tidak lupa juga syabas kepada tema - team lain yang turut sama berentap dan bertanding dalam Regatta Pusa 2019.Semoga Semangat kesukanan yang ditunjukkan pada pertandingan ini berkekalan dan menyatukan semua orang.

Sampai Berjumpa di Regatta yang akan datang.