Tuesday 28 April 2015

BLOG I LOVE PUSA KE PERINGKAT ANTARABANGSA



Mungkin ramai yang masih tidak percaya kalau saya mengatakan bahawa blog I LOVE PUSA ini sedikit sebanyak mendapat perhatian sehingga ke peringkat antara bangsa sehingga mereka melihat gambar di atas.

Memang tidak dinafikan sebahagian pelawat dan pembaca adalah daripada Malaysia.Namun siapa sangka terdapat pelawat dari luar negara yang turut membawa blog I LOVE PUSA walaupun kita hanya sebuah Kampung yang kecil  dalam peta dunia.


Malah semenjak dilancarkan blog ini telah berjaya menarik 6601 pembaca dari seluruh dunia dan angka tersebut masih meningkat sehingga ke hari ini.

Apabila menyedari perkara ini menjadikan saya seorang yang lebih bersemangat untuk menulis apa sahaja berkenaan dengan perkembangan semasa DAERAH KECIL PUSA.Setakat ini yangs aya kongsikan sehingga ini sambutan pun agak menggalakkan.

saya berharap di masa akan datang kita akan dapat mengongsikan banyak lagi berkenaan DAERAH PUSA ini. Malah saya mengalu - alukan mereka yang dari kampung sekitar termasuk Kampung Dato GODAM,TAMBAK, SERABANG, TUIE, SUPA MEDANG,BELADIN, SEMARANG,SPINANG,MALUDAM  dan lan - lain untukberkong cerita yang boleh kita kongsikan kepada seluruh dunia.InshaAllah.


#22 PANCING MANIA


MAT SULAIMAN DENGAN HARUAN SIBU

Ceritanya kawan pusing pusing kat Sibu jalan jalan dengan member - member semua.Kemudian jumpa port baik untuk casting.Kawan test drive dulu port  tu ada ikan tak de ikan..Sekali dapat juga..haruan dengan menggunakan umpan HOMEMADE JUMPFROG dengan BUAH SEMANGKA KATANYA.. heheheh..

Mengenai HOMEMADE JUMFROG kalau nak belajar dari cer tanye tuan badan. MAT SULAIMAN <<< KLIK SINI

Apa pun hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. MANA MANA PUN BOLEH... 




#21 PANCING MANIA

 

PENGALAMAN ORANG LAMA

Kali ini giliran otaimenunjukkan hasil pengalaman beliau.Trip ke laut beliau telah berjaya menaikkan pari seberat 9 - 10 kg.Tidak dinafikan pengalaman yang ada pada beliau telah memberikan rezeki besar ini kepada beliau.
 Kepada anak anak muda yang ingin belajar ilmu memancing kelaut boleh lah belajar dari belau.

 Kredit kepada Saudara kita Syabeli Johri yang memuat naik gambar ini dalam GROUP KAKI PANCING PUSA (KPP ) .

 


#20 PANCING MANIA


MANA - MANA PUN BOLEH..

Kalau dah nama kaki pancing dan minat mana - mana pun boleh layan juga kan ? Saya tengok punya tengok kali ni otai kita dengan gengnya cuba port baru.Bagaimana pun saya masih tak dapat mengenal pasti lokasinya.Minggu ni kawan kita ni macam main sebarau je... ehemmmm.....

Anda boleh tanya sendiri dengan sifunya SYABELI JOHRI  <<<< KLIK SINI atau anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti pancing di Kampung Pusa dengan melayari GROUP KAKI PANCING PUSAK (KPP ) yang dibawah kelolaan beliau.

Sekali sekala kalau kalau mempelbagaikan port best jugakkan ? siap pilih pilih lagi.Macam dalam Filem Madu Tiga..minggu ni port lain... minggu depan tukar lagi..selain itu dapat juga menambah dan menguji kemahiran.Pokok pangkalnya nak tak nak belajar dan berusaha memperbaiki pengetahuan diri je.

Apa pun terbaiklah Saudara - saudara kita ni.

KAKI PANCING SELAMANYA..





Wednesday 22 April 2015

SUATU ZAMAN..AKU, SUNGAI,JARING DAN IKAN BULU


Mungkin ramai yang pelik dengan tajuk kali ni....Kali ni tiba - tiba teringat pulak suatu masa dahulu.Zaman di mana saya duduk kampung dan tak pernah keluar lagi keluar dari kampung pada masa itu.Boleh dikatakan saya seorang "kampung boy' sangat pada masa itu.Tapi tak pernah lekang dengan aktiviti harian yang dijalankan.

IKAN BULU ? ADA APA DENGAN IKAN BULU ?

Mungkin ramai yang tertanya kenapa dengan gambar ikan bulu ini.Macam ni. Semasa saya duduk dekat kampung dulu teringat dengan aktiviti menjaring ikan bulu bersama dengan arwah atuk.kadang - kadang kalau ayah saya ada balik ke kampung.Ayah saya yang akan membawa saya menjaring ikan bulu ini.Turun dari pagi sampai petang.Siap dengan bekal menjaring rezeki dekat sungai merupakan asam garam hidup di kampung.Kadang - kadang bukan setakat ikan bulu yang dapat,malah ikan lain seperti ikan lundu dan belukang pun ada sekali.Kebiasaan kami mula menurunkan jaring dari Kawasan Kampung Kalok sampai ke Kampung Lot.Dengan menaiki perahu yang dikayuh dengan tangan kami meraih rezeki sampai ke petang.

Banyak perkara yang masih diingat dan dikenang - kenang sampai sekarang.Kadang - kadang bila cuaca tak menentu terpaksa belindung di anak sungai yang berdekatan.Tapi itulah lumrah sebagai orang kampung yang tetap menjadi darah dan daging dalam tubuh ini sampai bila - bila.

Semenjak zaman dah modern dan saya pun dah bekerja di bandar,Sekali - sekala rindu juga dengan aktiviti di kampung seperti dulu.Walaupun kini sudah berada di negeri lain namun saya sebagai yang dibesarkan di kampung tetap takkan dapat jauh dan lari dari aktiviti kampung.Walau apa pun.

ASAL DARI KAMPUNG...

Tuesday 21 April 2015

#19 PANCING MANIA



 KALAU DAH MINAT

Tak peduli apa orang nak cakap.Daripada ke tengah hutan mencari ikan air tawa sampailah turun ke sungai.Hujan panas tetap akan turun juga untuk melayani hobi dan minat yang mendalam dalam aktiviti memancing ini.

Tuah ayam nampak di kaki.. tuah manusia siapa yang tahu.

Mana lah tau kalau ada rezeki dapat ikan yang sangat lumayan balik ke rumah kan. Tapi kat Sungai Saribas dan Batang Rimbas ni jarang yang pulang dengan tangan kosong.Mesti ada yang akan dibawa pulang untukbuat lauk di rumah.Kalau dah rezeki tu untung untung dapat jugak naikkan ikan mencecah 3 kg ke atas.Dapat yang kecik pun jadi juga.Bersyukur dengan apa yang ada.

Antara ikan buruan yang semakin popular dikalangan kaki pancing sekarang ikan SELUNSONG atau NTIDUNG dalam sebutan tempatannya.

Untung kalau naikkan ikan ni masak stim memang berbaloi.

 Apa pun respek kepada kaki pancing Pusa atas setiap usaha anda dan kami akan sentiasa menyokong usaha anda untuk membawa  dan mengetengahkan aktiviti ini kepada Masyarakat.
 




#18 PANCING MANIA


TORA DATANG LAGI !!

Nampaknya masih menjadi trending anak - anak beli kampung Pusa aktiviti casting atau memancing ni kan ? Paling tidak tiap tiap minggu dan tiap - tiap bulan mesti ada yang akan melangsungkan aktiviti mereka dengan port - port yang semestinya strategik dan baik punya.

Kali ni saya nak kongsikan gambar yang dikonsikan oleh sahabat - sahabat kita di laman sosial untuk tatapan semua.Nampak macam best je kan.

Haruan atau SNAKEHEAD semestinya pemangsa yang menjadi mangsa para pemancing yang suka bercasting.kalau kita tengok dan fikir balik banyak sebenarnya tempat - tempat yang lumayan untuk para peminat aktiviti ini.Jiak diteliti semenjak dua menjak ini saiz haruan yang mengena umpan pun tak kurang menarik.. kebanyakkannya mencecah 500g ke atas sampai ada yang mencecah 1 kg pun ada. wah ini dah cukup menarik.

Saya cadangkan jika dianjurkan pertandingan yang boleh mengembangkan aktiviti ini disamping menggalakkan anak muda dan belia Kampung Pusa dengan aktiviti yang bermanfaat dan sihat ini.









Credit To :

Saudara Syabeli Johri
Kelab Kaki Pancing (PUSA )

Thursday 2 April 2015

SINDIKET WANG KERTAS PALSU DI SEKITAR DAERAH KECIL PUSA

 

Baru - baru ini saya terbaca ada seorang rakan di Kampung Pusa memuat naik status berkenaan penemuan duit wang kertas palsu di sekitar Daerah Kecil Pusa.Keadaan ini amatlah membimbangkan kerana boleh mendatang kerugian kepada sesiapa yang tertipu dengan duit paslsu ini.

Mohon kepada penduduk di sekitar Kampung Pusa untukberhati - hati semasa berbelanja dan periksa secara berkala wang yang diterima kita dimana - mana sahaja terutama not - not wang yang besar seprti RM100 kerana bimbang akan tertipu dengan wang palsu yang diterima.

Diharap pihak pihak tertentu mengambil tindakan yang perlu untuk membendung masalah ini dan meredakan kerisauan dan kebimbangan penduduk berkenaan isu ini,.


Gambar di ambil dari saudara




#17 PANCING MANIA


Member dah start layan ikan bulan pulah dah..


Credit to GROUP  KAKI PANCING PUSA (KPP )