Thursday 28 August 2014

PUSA,SARAWAK DALAM WIKIPEDIA VERSI BAHASA MELAYU

ASALAMUALAIKUM...
 
SALAM SATU MALAYSIA,
SALAM SATU PUSA,
 
Hari yo kamek jumpa Kampung Pusa dalam versi Bahasa Inggeris kali tok dalam bahasa Malaysia.
Berbanggalah anak jati Pusa... Kampung kita rupanya dalam peta dunia..
 
Semoga Allah memakmurkan dan mendamaikan kampong kita,Kampung Pusa,
 
Amin.
 
ITU KABARO !
 
 

REZEKI SUNGAI SARIBAS,BETONG SARAWAK

 

REZEKI SUNGAI SARIBAS,BETONG SARAWAK

ASSALAMUALAIKUM WBT..

SALAM SATU PUSA..

Kali tuk kamek nak kongsikan keratan akhbar UTUSAN SARAWAK mengenai Rezeki Sungai Saribas yang sejak akhir - akhir tok makin subur.Aktiviti memancingpun mula mendapat perhatian dari masyarakat kampong terutama golongan yang muda sik kira siang ka malam.
Antara ikan yang menjadi  perhatian para pemancing semestinya IKAN PANJANG dan IKAN TERUSAN yang mampu mencecah berat 5Kg hingga ke 10kg lebih. Adalah menjadi kepuasan setiap pemancing untuk memburu ikan tersebut dan merasa sendiri pengalaman bermain di arus deras sungai Saribas dalam memburu ikan tersebut.


Menurut sumber dari penduduk tempatan,semenjak berita tentang kehadiran ikan ikan tersebut di Sungai Saribas,Kelihatan pemancing dari luar Kampung Pusa juga untuk mencuba nasib dan kemahiran memancing masing - masing dengan membawa peralatan memancing masing masing.

Sungai Saribas yang terkenal dengan Ikan Teruboknya kini mula terkenal dengan kehadiran Ikan - Ikan Terusan,Panjang,Belukang dan pelbagai lagi jenis ikan yang mencabar skill dan kemahiran masing masing untuk meraih rezeki ikan dan memberikan kepuasan diri dalam hobi memancing tok.

Kepada Kaki Pancing Sekalian...Apo gik ? Bah Juh kito cubo rami rami..ni tauk kito boleh molah rekod terbesar dan terpanjang.Siapo pemancing paling hebat tek ?

Wassalam.


SUMBER : UTUSAN SARAWAK.




AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my













Wednesday 27 August 2014

DOA UNTUK AYAH DAN IBU KITA






















MOHON KITA SAMA SAMA AMINKAN DOA INI

Ya Allah...
Rendahkanlah suara kami di depan mereka.
Indahkanlah ucapan kami di mata mereka.
Lunakkanlah watak kami terhadap mereka.
Dan lembutkanlah hati kami untuk mereka.

Ya Allah...
Berilah mereka sebaik²nya balasan.
Atas didikan yang telah mereka berikan kepada kami.
Berilah mereka pahala yang besar.
Atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami.
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara
kami sejak kecil dengan penuh kasih sayang...

Coretan,

nita safitri

Tuesday 26 August 2014

THROWBACK : PESTA PUSA 20 TAHUN DOLOK 2

Assalamualaikum..
 
SALAM SATU KAMPUNG PUSA
SALAM SATU MALAYSIA..
 
Selepas merugak album lamak.. terjumpa juak kamek gambar - gambar lamak maso PESTA PUSA yang 20 TAHUN dolok.Nang meriah dan ramilah mun nangga dalam gambar.
Adolah juak beberapa gambar untuk dikongsikan kali tuk.
Mun nenung gambar nak rami orang yo mesti rami yang tertilit muko muko yang dikenal maso yo.Mena sik?
 
Mohon maaf mun gambar ada yang dah "VINTAGE" hihi gambar tok kamek ambik dari gambar KODAK dolok marek yo ntam eh macam tuk.
 
Semoga gambar tuk boleh membawa kita mengimbau pada kenangan yang lalu.
 
 


Orang ramai yang membanjiri kawasan pesisir sungai nak nangga orang lumba perauk.


Pelbagai usia tidak kira tua mudak sik melepas peluang menonton lomba perauk.
 


Ado muko muko yang dikenal sik? Gambar tok mun masih ingat diambil depan Kedai Daud.Jalan Pasar Lamak.




 
Sebahagian pemandangan semasa acara dilangsungkan.


Sebahagian Peserta yang terlibat dalam acara lumba perahu. 


Grand Stand di Wharft Kampung Hilir Pusa.
 
 
 
 
Wassalam
 
 
 
 
 
 


LAGENDA : DAYANG ISAH TANDANG SARI

Pada zaman dahulu sebelum kedatangan Rajah Brooke, ada sebuah daerah di Negeri Sarawak bernama Saribas. Daerah tersebut dikatakan terletak di bawah kekuasaan Sultan Brunei.Sultan Brunei menghantar wakilnya untuk memerintah daerah-daerah yang jauh dari Brunei.Bagi daerah Saribas,Sultan Brunei menghantar seorang wakilnya iaitu Datuk Temenggong Kadir.Datuk Kadir dan isterinya pun tinggallah di Saribas.Pusat pemerintahannya terletak di sebuah tempat bernama Tandang Sari (sekarang tempat ini bernama Pusa).

Datuk Temenggong menjalankan pemerintahannya dengan adil dan saksama.Dia dikasihi oleh rakyat Saribas. Datuk Temenggong Kadir telah lama berkahwin.Isterinya, bernama Dayang Siti Hajar.Tetapi perkahwinan mereka selama tujuh tahun itu belum lagi dikurniakan seorang anak. Datuk Temenggong Kadir dan isterinya,selalu berdoa agar mereka dikurniakan cahaya mata.Walaupun mereka hidup bahagia tetapi mereka selalu merasa kesunyian kerana tidak mempunyai anak.

Pada suatu malam,seperti biasa selepas sembahyang dan berdoa,Datuk Temenggong Kadir pun tidur.Dalam tidurnya itu, dia telah bermimpi,dia telah mendengar satu suara. Datuk Temenggong Kadir tidak tahu dari mana arah suara itu datang.Suara itu berkata:“Wahai Temenggong Kadir, aku kasihan melihat kamu berdoa.Kamu kesunyian.Aku ingin menolong kamu berdua.Ikutlah apa yang aku katakan ini! Esok kamu pergilah ke hulu Sungai Tandang Sari. Di sana ada serumpun buluh betong.Potonglah buluh betong itu. Di dalamnya ada sebiji telur.Ambil telur itu dan simpanlah baik-baik”.

Selepas mendengar suara itu Datuk Temenggong Kadir pun terjaga dari tidurnya.Dia tidak dapat melelapkan matanya lagi kerana memikirkan arahan dari suara itu.Dia tertanya- tanya benarkah apa yang dikatakan oleh suara di dalam mimpinya itu. Atau cuma syaitan yang ingin mengganggunya? Datuk Temenggong Kadir pun mengejutkan isterinya dan menceritakan mimpinya itu.Isterinya menasihatkan Datuk Temenggong Kadir agar menurut apa yang disuruh oleh suara itu.

Keesokan harinya, Datuk Temenggong Kadir pergi ke hulu Sungai Tandang Sari.Dia pergi seorang diri dengan menaiki perahu koleknya,dan membawa pedang saktinya “Gempetar Alam”.Dalam perjalanannya itu, matanya meliar ke kiri dan kanan memerhatikan kalau- kalau ada rumpun buluh betong seperti yang dikatakan di dalam mimpinya itu. Akhirnya, dia bertemu dengan pokok buluh betong itu.Hatinya berdebar-debar. Dengan tidak membuang masa lagi,Datuk Temenggong Kadir pun mengikat perahunya dan naik ke darat.Dia terus memotong pokok buluh itu.Sekali tetak sahaja pokok buluh itu terus putus.Benarlah, terdapat telur di dalam batang buluh betong itu.Datuk Temenggong Kadir mengambil telur itu dengan berhati-hati lalu dibawanya pulang.

Sampai di rumah, telur itu disimpan baik-baik. Pada malam itu,apabila dia tidur,disimpannya telur itu di sebelah kiri kepalanya.Apabila menjelang tengah malam,tiba-tiba mereka terjaga kerana mendengar suara budak menangis.Datuk Temenggong Kadir mendapati telur tersebut telah pecah.Tahulah dia bahawa budak itu lahir dari telur itu. Walaupun mereka berasa sangat terkejut akan kejadian itu tetapi mereka gembira. Sekarang mereka telah mempunyai seorang anak perempuan. Sejak dari tengah malam itu, sampailah ke pagi,mereka tidak tidur kerana sibuk dengan anak yang baru menjelma itu.Mereka berdua sangat bersyukur kepada Allah kerana telah dikurniakan anak, walaupun bukan anak kandungan mereka.

Budak perempuan itu dinamakan Dayang Isah.Apabila sudah dewasa,Dayang Isah amat cantik rupa parasnya dan tiada tolok bandingnya pada zaman itu.Ramai lelaki yang terpandang akan kecantikan rupa paras Dayang Isah terus jatuh cinta dan ingin memilikinya.Ramai pemuda di daerah Saribas berbunuh-bunuhan kerana berebut hendak memperisterikan Dayang Isah.Nampaknya kecantikan Dayang Isah dirasakan oleh penduduk Saribas sebagai satu bencana pula.Datuk Temenggong Kadir tidak juga berasa senang dengan keadaan itu. Dia ingin mengahwinkan Dayang Isah dengan seberapa segera.

Antara pemuda yang gagah perkasa dan disegani oleh penduduk di Tandang Sari ialah Abang Bunut.Abang Bunut ialah pemuda harapan Datuk Temenggong Kadir.Dia seorang pemuda yang peramah,jujur,bersopan santun dan berbudi bahasa.Tingkah laku dan ketrampilan Abang Bunut telah memikat hati Dayang Isah.Oleh kerana Abang Bunut bekerja di istana Datuk Temenggong Kadir,maka dia sering bersua muka dengan Dayang Isah.Dari situ,lahirlah perasaan cinta yang sangat mendalam di antara mereka berdua.Mereka pun berkasih-kasihan dan seolah-olah tidak ada sesuatu pun yang dapat memutuskan hubungan antara mereka berdua. Tambahan pula perhubungan mereka direstui oleh Datuk Temenggong Kadir dan isterinya.

Pada suatu malam Datuk Temenggong Kadir bermimpi. Dalam mimpinya itu, dia telah mendengar suara yang sama di dalam mimpinya dulu.Kali ini suara itu berkata: “Wahai Temenggong Kadir! Dengarlah kata-kataku ini. Dayang Isah telah dewasa dan telah menjadi rebutan ramai pula.Sesiapa yang hendak memperisterikan Dayang Isah mestilah menyediakan sepuluh kati emas sebagai mas kahwin”

Datuk Temenggong Kadir pun terjaga dari tidurnya. Dia berasa resah dan susah hati mengingatkan kata-kata dari suara di dalam mimpinya itu.Dia terkenangkan Abang Bunut yang diketahuinya sangat menyintai Dayang Isah, begitu juga Dayang Isah.Walaupun Datuk Temenggong Kadir sangat berkenan dengan Abang Bunut untuk menjadi menantunya tetapi Abang Bunut seorang pemuda yang miskin, dan sudah pasti tidak dapat menyediakan mas kahwin sebanyak sepuluh kati emas itu.

Keesokan harinya,Datuk Temenggong Kadir memberitahu isterinya akan mimpinya itu.Mereka berdua sangat berasa sedih.Mereka terpaksa patuh dengan arahan suara itu kerana mereka yakin bahawa mimpi itu benar.Mereka mengambil keputusan untuk memberitahu anaknya Dayang Isah dan juga Abang Bunut. Kedua-duanya berasa sangat kecewa setelah diberitahu. Abang Bunut tahu dirinya tidak terdaya untuk menyediakan mas kahwin sebanyak sepuluh kati emas walaupun berusaha bertahun-tahun lamanya. Maka tingggallah mereka berkasih- kasihan begitu saja,makan hati berulam jantung.

Diriwayatkan,ada seorang saudagar Bugis dari Palembang,bernama Nakhoda Khar,hendak pergi berniaga ke negara Brunei.Dalam pelayarannya dari Palembang ke Brunei,dia dan anak-anak buahnya singgah di muara Sungai Saribas.Pada masa dia singgah itulah dia mendengar cerita dari penduduk di situ tentang kecantikan Dayang Isah di Tandang Sari,maka timbullah niat di hatinya memperisterikan Dayang Isah.Nakhoda Khar memang sanggup memenuhi syarat menyediakan mas kahwin sebanyak sepuluh kati emas kerana dia seorang yang kaya.

Dengan tidak membuang masa lagi, Nakhoda Khar pun pergilah meminang Dayang Isah.Pada mulanya Datuk Temenggong Kadir keberatan untuk menerima pinangan itu kerana dia tidak mahu orang luar berkahwin dengan anaknya.Tetapi apabila dia melihat Nakhoda Khar sanggup memberi sepuluh kati emas sebagai mas kahwin,maka pinangan itu pun diterimanya.Datuk Temenggong terpaksa patuh dengan arahan suara yang didengarnya di dalam mimpinya tempoh hari.

Selang beberapa hari bertunang,maka upacara perkahwinanpun berlangsung.Dayang Isah sedikit pun tidak berasa gembira.Dia menangis kerana masih kasihkan Abang Bunut.Begitu juga dengan Abang Bunut,tujuh hari tujuh malam berendamkan air mata.

Setelah genap sebulan menjadi suami isteri, Nakhoda Khar pun meminta izin daripada Datuk Temenggong Kadir untuk berniaga di Brunei.Di hari baik bulan baik Nakhoda Khar pun belayarlah menuju ke Brunei bersama anak-anak buahnya. Apabila sampai di Pulau Burung, barulah Nakhoda Khar teringat yang kerisnya tertinggal, maka ditinggalkan kapalnya di situ sahaja dan berpatah balik dengan mengayuh sampan seorang diri.Sesampainya ke muara Sungai Saribas, hari sudah pun malam.

Dalam perjalanan menuju ke istana, Nakhoda Khar terasa sesuatu yang tidak menyenangkan hatinya lantas dia mempercepatkan langkahnya.Sesampai di istana, Nakhoda Khar terdengar suara isterinya,Dayang Isah sedang bergurau senda dengan Abang Bunut.Maka timbullah rasa marah dan cemburu yang tidak terkira di hati Nakhoda Khar,lalu dibacanya jampi ilmu tidur.Selepas jampi itu dibaca maka tidurlah seisi istana.Lalu Nakhoda Khar mengambil kerisnya lalu menikam Abang Bunut dalam tidurnya,matilah Abang Bunut. Selepas itu, Nakhoda Khar pun keluar meninggalkan istana dan menuju ke sampannya,dan terus berkayuh ke arah kapalnya yang sedang berlabuh di Pulau Burung.

Pada keesokan harinya,Dayang Isah dan seisi istana terkejut melihat kematian Abang Bunut. Dayang Isah sedar telah banyak nyawa yang terkorban hanya kerana kecantikannya.Dia takut andai dia hidup lebih lama lagi maka akan bertambah ramai lagi yang akan terkorban lalu Dayang Isah mengambil keputusan untuk membunuh diri.Dia pun mengambil keris lalu menikam dirinya beberapa kali tetapi tidak lut.Setelah gagal berbuat demikian maka Dayang Isah mengambil tujuh helai rambutnya yang panjang mengurai lalu diikatnya di leher hingga mati.

Setelah melihatkan perkara itu,maka Temenggong Kadir berasa amat marah.Dia tahu kejadian itu semuanya angkara Nakhoda Khar lalu dia pun menaiki perahu koleknya bersama Lancang Mayang untuk mengejar Nakhoda Khar.Perahu koleknya terlalu laju seperti naga lapar,pengayuhnya selebar tiga hasta. Akhirnya sampailah dia ke kapal Nakhoda Khar.Dia terus menghunus pedang saktinya yang bernama Gempetar Alam,lalu dipotongnya kapal Nakhoda Khar lalu terputus dua. Dan Nakhoda Khar serta semua anak buahnya mati lemas di Pulau Burung.

Selepas dari itu Datuk Temenggong Kadir pun baliklah untuk menguruskan mayat anaknya, Dayang Isah yang dimakamkan berhampiran dengan makam Abang Bunut. Menurut orang yang empunya cerita ini,makam Dayang Isah itu masih terdapat hingga sekarang ini di Pusa, Saribas dalam Bahagian Kedua Sarawak.



SUMBER : YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK
WEBSITE : http://ybms.com.my/dangesah.html



 MAKAM DAYANG ISAH TANDANG SARI.
LOKASI : KAMPUNG PUSA,BAHAGIAN BETONG,SARAWAK.




SALASILAH KELUARGA DAYANG ISAH TANDANG SARI

KAMPUNG PUSA DALAM WIKIPEDIA VERSI INGGERIS

 
SALAM SATU KAMPUNG PUSA
 
SALAM SATU MALAYSIA.
 
Siapo madah KAMPUNG PUSA ndak famous @ terkenal?? cuba kitak check dalam WIKIPEDIA.. ado namo PUSA,SARAWAK.Siap di mention/disebut agik pasal dah gulo apong dan Ikan terubok.
 
Jadi berbanggalah kitak semo jadi ANAKJATI PUSA.Sik kiro dimana jak berada peganglah prinsip "di mana di bumi dipijak,di situ langit dijunjung " .Sik ado nak disupan,sik ado nak dimalu kito sebab kito dari kampong.Kampung kito walaupun kecik,kampong tuk juak yang tetap dihati dan tempat kito kembali dan pulang.Tanah lahir,tanah tumpah darah kato kito nak?
 
KAMPUNG PUSA TETAP DIHATI.
 
Wassalam.
 

GHAMAK APONG @ GERAMAK APONG (sebutan melayu sarawak)



SALAM SATU MALAYSIA,
SALAM SATU PUSA
 
 
Bagi para veteran atau orang tua lamak di PUSA memang sangat familia atau kenal dengan resipi lauk makanan tok.Mungkin sidak nak mudak mudak atau biak biak sik ngelalo gilak lauk tuk...
 
Lauk tok lah ditunggah ghamak apong..mungkin ado yang tertanyak? mena ka ado urang makan ghamak? nang ado.Jangan sik percayak kitak.Resipi tok nang sik asing agik bagi sidak nak hidup zaman berhumo ( berhuma) zaman gik  bertanam padi dolok..lauk tok lah antara yang menjadi lauk kita zaman mensio dolok.Bagi nak si pernah nengar mungkun akan madah tok makanan eksotik,tapi hakikatnya jangan sik percayak nang mena ado lauk tok.Cuma jarang di jumpa kito kinek hari tuk.
 
Nak ngambik ghamak tuk bukan nya senang,mun sik berghemaq dalam padang apong.Biaso eh makey "KAIT" orang ngambik ghamak apong tuk menurut orang tuo tempatan.Kebiasaan nya,ghamak tuk orang masak kicap..Mun makan ghamak tuk,makan badan nya jak.penyepit dan kaki ghamak sik di makan.Makanan tok nyaman di makan ngan nasi maso petang-petang.Ado juak suko diipong atau diganyang macam yo ajak.
 
Sekian perkongsian kamek.
 
Wassalam.
 
 
 
 
 
 


BULAN OGOS,BULAN KEMERDEKAAN.

 
ASSALAMUALAIKUM...
 
SALAM SATU KAMPUNG PUSA..
 
BULAN OGOS..seperti yang kito tauk bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan..mun kito nangga dirumah rumah silang jalan,silang tebin,silang sungey..semo kito dah mupok mengibarkan bendero Malaysia yang diberik nama JALUR GEMILANG...sik kiro di mano juak..mano nak berkereto dah ado juak yang mupok melekat bendero rah kereto.Mesti semo dah sik sabar nak menyambut HARI KEMERDEKAAN Negara kito yang tercinta Negara Malaysia yang masok 57 tahun kemerdekaan kito daripada penjajalan kuasa asing atau kuasa luar.
Tuo mudak sik kiro peringkat umur dan suku kaun sekitar Daerah Pusa dan mulo membuat persediaan dengan menyambut seruan kerajaan kito yang giat berkempen mengibarkan jalur gemilang di serata Negara sebagai tanda rasa CINTA dan SAYANG pada Negara Malaysia.
 
TEMA DAN LOGO  Hari merdeka kito tahun tok..
 
 
mesti ramai yang dah dengar lagi " DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA " tok lah eh..
 
Sempena bulan OGOS,bulan kemerdekaan MALAYSIA tok juak.Kamek nak berpesan pada semua... hargailah kemerdekaan yang telah kito kecapi..Marilah kito samo samo bersatu padu walau apo pun..
Kito hidup dalam satu kampong biarlah hidup dalam Muafakat dan Muhibbah,Aman dan Harmoni dengan mengamal dan menjaga nilai - nilai murni.Yang tua dihormati dan yang muda dikasihi.
 
Hidup kito dalam satu kampong yang aman selama tok biarlah kita samo samo jago.Hargai apo yang kito ado selamak tok.Mun kito nengar cerito cerito dari sidak nak lamak lamak,,golongan veretan dan zaman atok nenek moyang kito.. bukan mudah untuk  kito cerik zaman macam sekarang tok.Mun sik ado kesusahan zaman dolok macam ni kito nak hidup\ nyaman lantang macam sekarang tok? mena sik ?
 
Sik kiro siapo kito... tanamkanlah sikap dan sifat "CINTAI KAMPUNG KITA ".jaik jaik kampong kito disituklah kito lahir dan membesar.Disitulklah kito disekolahkan..diajarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat dari TADIKA..sekolah rendah..sekolah menengah..sampai kito dapt melanjutkan pelajaran ke lebih tinggi dan sekarang bekerja mencari rezeki untuk kito berhidup.
HARGAILAH KAMPUNG KITA....bertepatan dengan tema HARI MERDEKA 2014 tok... " Di Sini,Lahirnya Sebuah Cinta "..
 
Hayatilah dan tamankanlah sedalam nya dalam diri kita ERTI dan Nikmat kemerdekaan yang kita kecapi..
 
 
 
 
 


 
 
Akhir sekali.. kamek nak ucapkan selamat menyambut Bulan kemerdekaan untuk semua dari jauh dan dekat serta yang berada di Kampung Pusa dan Daerah sekitarnya..
 
SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN.
KEMERKDEKAAN MALAYSIA YANG KE 57 TAHUN.
 
 
" DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA ".
 
Sekian.


Monday 25 August 2014

THROWBACK : PESTA PUSA 20 TAHUN DOLOK

 
ASSALAMUALAIKUM WBT.
 
SALAM SATU PUSA..
 
Sempatlah kamek merugak gambar lamak lamak..last last terjumpa sekeping gambar tok dalam album.Untuk Pengetahuan,tok lah gambar yang menunjukkan keadaan Pesta Pusa 20 tahun dolok.Last Kampung Pusa molah Pesta Pusa.. Lombak perauk...Nang ramilah maso yo dengan perauk sidak dari laut,dari sebelah kanan dan dari ulu serta ado juak sidak yang dating dari jauh untuk menyertai pertandingan.Ado artis juak dating cerito sidak maso yo lah.nak namo kamek gik biak,gik kecik maso yo sik berapo ingat gilak keadaan maso yo..
 
InshaAllah.. kelak merugak gik.. ado juak gambar paker share bersamo..
 
Kitak kitak mun ado gambar nak di share boleh hantar ngan kamek k.
 
 
 

Friday 22 August 2014

AL-FATIHAH UNTUK MANGSA NAHAS MH 17


TERJEMAHAN

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

 [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

 [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

 [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

 [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

AL - FATIHAH : MH 17


 
 
 
 
 
“Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”

ASSALALAMUALAIKUM WBT..

SALAM SATU PUSA..

Seperti yang kito semuo sedia maklum,hari tok adalah hari berkabung seluruh Malaysia melambangkan rasa simpati dan sedih kito ke atas mangsa nahas MH17 di Ukraine.Semua bendera seluruh Malaysia akan di naikkan setengah tiang menandakan hari berkabung untuk seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita sama sama sedekahkan dan sampaikan AL - FATIHAH dan bacaan Surah YASSIN bagi yang islam dan sama - sama diam dan bertafakur bagi yang bukan islam ditujukan kepada mereka yang telah pergi selamanya meninggalkan kita untuk menjawab panggilan ilahi ke rahmatullah.Semoga Roh mereka di cucuri rahmat dan berkat dan ditempatkan dalam golongan yang diampuni dan dirahmati.

Insha ALLAH.
 




Thursday 21 August 2014

KAMPUNGKU,KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.


KAMPUNGKU,KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

SALAM SATU PUSA..

Kali tuk ado juak gambar pakey share ngan kitak semo.sik lah seberapo tok lah kampong kito.
Selain yo bagi  sapo sapo yang belum tauk ngan kampong Pusa yo.tok lah kampong kamek serba sedikit.Ado maso jemputlah bertandang ke kampong kamek yang sederhana tapi damai permai k.
Kedatangan kitak semo dialu - alukan.


InshaAllah,mun ada gik gambar lak kamek akan share ngan semuo agik untuk tatapan kitak semo k.

PEACE NO WAR



Pemandangan tepi sungai rimbas dari Jeti Kampung Hilir ( Pasar Lamak ) 

Pemandangan ke Muara Sungai Rimbas dari pasar lamak.


Perikanan merupakan sumber pendapatan rezeki sebahagian penduduk pusa dari perikan kecilan atau dalam sungai sehingga ke perikanan laut dalam yang menggunakan kapal pukat tarit.


Bot laju penambang ini digunakan bagi mengangkut penduduk kampong yang selalu berulang alik setiap hari dari kampong pusa ke Pasar di seberang sungai sebelah hulu.


Sebahagian wajah persisir sungai  dan jeti yang digunakan untuk menunggu bot penambang untuk ke seberang.
PROJEK JAMBATAN SUNGAI RIMBAS.. projek jambatan tuk yang akan menghubungkan KAMPUNG PUSA LAMA dengan PASAR SEBERANG Pusa  yang sangat dinantikan penduduk kampong Pusa.Jambatan ini nanti akan memudahkan penduduk Pusa untuk berulang alik  dari kampong Pusa  ke jeraya seberang tanpa bergantung agik dengan Bot Penambang seperti sekarang tok..
Terima kasih kepada kerajaan yang turut memjalankan projek ini untuk Kampung kamek.


Bot laju yang diubah seperti tongkang.. bagi memudahkan penduduk Pusa mengangkut motosikal untuk menyeberang sungai.




Hulu sungai Pusa.Di sungai ini merupakan sumber rezeki yang tidak dinafikan oleh penduduk Pusa...dari kaki pancing,Penjala ikan dan sebagainya..

Pemandangan Senja di Pusa yang melabuhkan tirai siang.


Toklah serba sedikit kampong kamek..InshaAllah ado agik yang kamek boleh kongsikan kelak...
Kampung Pusa,,dekat di hati..
wassalam.



AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my

 


KEHADIRAN ANAK BUAYA DI BERDEKATAN DENGAN WHAFT FERI TANJUNG LILIN PUSA BETONG SARAWAK.


KEHADIRAN ANAK BUAYA DI BERDEKATAN DENGAN WHAFT FERI TANJUNG LILIN PUSA BETONG SARAWAK.


16 OGOS.2014 | SABTU

Kira kira Jam 3.30 ptg kamek sempat ngambik gambar anak boyak tok di Feri Tanjung Lilin dalam perjalanan kamek pulang ke Pusa dari Spinang.Nampak gayo nang makin selalu dah urang nangga boyak kendang - kendang nge sungey kito dah.Mungkin ado sebab kenak boyak tok makin mudah untuk dijumpai antara salah satunya habitat atau tempat tinggal sidak dah sik do agik untuk faktor kemajuan ataupun sidak berpindah randah dari satu tempat untuk mencari sumber makanan.

Namun apo - apo pun mintak semua berhati - hati untuk samo - samo menjaga keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang sik diingin berlaku.



AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogpsot.my

 



Wednesday 20 August 2014

MENJELANG MALAM RAYA AIDILFITRI 2014

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU PUSA.
 
Atas permintaan, ramai yang nanyak sik do gambar maso rayo ka? jadi kali tuk kamek nak berkongsikan beberapa gambar.Gambar nang terhad memandangkan kamek mempunyai sumber yang terhad..tapi sekiranya kitak semo ado gambar yang kitak maok share untuk samo samo di post dalam blog kamek. amatlah dialu alukan.
 
P/s..Mun ngirim gambar sertakan
 NAMO PENUH
 KAMPUNG NI DI PUSA
 
ok. 
 
Terima Kasih Semua..
 
WE LOVE PUSA.
 











 
Persembahan bunga api turut memeriahkan suasana kampong kito pada malam menjelang raya.Persembahan bunga api yang disertai oleh belia - belia kampong Pusa.
 
Persembahan bungo api juga turut disaksikan oleh seluruh warga Pusa yang sama - sama merasai kemeriahan di Kampung kito.




 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN