Wednesday 30 March 2016

THROWBACK: GAMBAR - GAMBAR PESTA PUSA 2015 DARI KAMPUNG HILIR PUSA



 THROWBACK: GAMBAR - GAMBAR  PESTA PUSA 2015 DARI KAMPUNG HILIR PUSA

Hari ini sambil membelek - belek folder dalam laptop saya, terjumpalah satu folder yang mengandungi gambar - gambar semasa Pesta Pusa yang saya tak tak sempat nak share untuk semua sebelum ini.

Seingat saya pada bulan September 2015 yang lepas telah berlangsung Pesta di Kampung Pusa yang telah menyusun pelbagai program dan acara yang boleh disertai oleh masyarakat sekitar Daerah Pusa.Namun apa yang sangat mencuri tumpuan pengunjung Pesta adalah acara lumba Perahu ylokaang memilih lokasi sepanjang sungai Saribas di Kampung Pusa sebagai lokasi acara yang dinantikan oleh penduduk sekitar Kampung Pusa.


Pelbagai kategori Perlumbaan perahu lumba yang diadakan antaranya Sakai 25 dan yang paling mendapat tumpuan semestinya Sakai 30 dimana perahu yang memenangi acara Sakai 30 akan dinobatkan sebagai "Raja Air ".

Sedikit gambar yang sempat saya ambil semasa menonton perlumbaan yang berlangsung pada ketika itu semasa berada di Jeti Kampung Hilir Pusa ketika itu dalam suasana sedikit Jerebu pada ketika itu.

Gambar ini diambil pada 25 September 2015 dimana keesokan paginya satu kejadian yang saya tidak lupakan.Asthma teruk sampai kena rujuk dari Klinik Desa Pusa ke Hospital Umum Sarawak.hehehe.

Saya mengharapkan lebih ramai acara yang sebegini akan diadakan pada masa yang akan datang ok.Pakey merami kampung kato urang !





















I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my