ABOUT


SALAM SATU MALAYSIA,SATU SARAWAK, SATU PUSA.

Pertama sekali syukur kepada hadrat ilahi Allah Swt kerana dengan izinNya BlogSpot ini dapat di"online"kan dalam kesederhanaannya.Namun dalam kederhanaan ini tersirat satu bentuk visi dan misi dalam bagi mewujudkan blog ILOVEPUSA ini.

Untuk maklumat semua blog ILOVEPUSA ini diwujudkan sebagai media untuk memperkenalkan KAMPUNG PUSA di BAHAGIAN BETONG,SARAWAK dengan memampirkan pelbagai sudut dan aspek dari DAERAH KECIL PUSA.Mungkin selama ini ramai yang tertanya - tanya apa itu Kampung Pusa,Di mana Kampung Pusa dan Macam Mana Rupa Kampung Pusa.Nah ! dengan adanya blog ini semua orang akan dapat melihat kehidupan kami di kampong Pusa.Kampung kami taklah sebesar sebuah Bandar dan metropolitan tetapi kebanggaan kami sebagai anak jati kampong melebihi segalanya.Indah dan permainya kampong kami ini tiada yang dapat kami rasakan di tanah negeri lain.INILAH KAMPUNG KAMI,KAMPUNG PUSA.

Dalam blog ini juga kami mensasarkan perkongsian dari pelbagai pihak berkenaan dengan apa jua perkara yang kami pertimbangkan bersesuaian dengan penyampaian kepada umum.Ini bermakna perkongsian orang ramai adalah dialu - alukan.Orang ramai bolehlah penghantar perkongsian mereka melalui ruang "CONTACT "yang disediakan.Kami juga mengundang semua anak jati Pusa untuk sama - sama meramaikan blog ini untuk sama - sama tatapan umum.

Akhir kata, marilah kita sama - sama memartabatkan kampong warisan kita ini sampai bila - bila.Tidak kira dimana kita berada,tanah kelahiran dan asal usul juga tempat kita kembali dan pulang.

Sekian,Terima kasih.

No comments: