Wednesday, 18 October 2017



KENANGAN BANGUNAN LAMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUSA
 ( SK PUSA ) ATAU SEKOLAH RENDAH KERAJAAN PUSA ( SRK PUSA )
Sekolah Kebangsaan Pusa(SK Pusa) atau dahulunya dikenal dgn nama Sekolah Rendah Kerajaan Pusa ( SRK Pusa ) merupakan rumah ilmu yang menjadi titik permulaan sebagian besar dari anak jati Daerah Pusa.
Kita membesar dan belajar mengeja,menghitung,menulis,membaca dan sebagainya yang merupakan mukadimah perjalanan ilmu yang dijadikan pengayuh dan sampan dalam melayarkan kembara ilmu kita.Yang memulakan juga usul siapa kita pada saat ini.
Wajah sekolah ini bertukar ganti namun semestinya menatap bangunan asal yang lama ini mengembalikan nostalgia zaman persekolahan yang pernah kita lalui bersama ketika zaman terindah dengan kegemilangan ketika itu.Pelbagai kenangan dan memori yang menyentuh kalbu dan sanubari ketika membayangkan saat saat ketika masih bergelar murid diketika zaman itu.
Terbayang keriuhan gempita suara kanak kanak dan pengawas,cikgu dengan rotan dan buku rekod serta denting loceng yang menandakan waktu.Terkenang dengan meja dan kerusi kayu yang menjadi saksi diri yang melalui masa dan waktu.
Awal pagi mengutip sampah sekitar sekolah dan mencuci tandas sekolah.Comot dan kotornya tanah lumpur di uniform sekolah berbekas dalam tawa senyum dan keseronokan zaman anak anak.
Buku teks yang lusuh dengan barisan nama tuan yang dahulu namun buku yang satu itu banyak jasa dalam menggali ilmu.
Wahai sahabat yang sama sekolah,masih ingatkah pada denda denda yang pernah kita terima atas kenakalan dan keingkaran kita pada guru suatu masa dahulu? telapak tangan merah berbelat pukulan rotan,berdiri diatas meja atau kerusi,menulis ayat ulang bermuka surat,berdiri silang telinga dan angkat kaki sebelah dan banyak lagi .Masih kah kalian ingat?
Masih ingatkah pada permainan kita dibawah block sekolah yang berlantaikan tanah itu?
Masih ingatkah pada guru yang paling baik dan paling garang ketika itu ?
Masih ingatkah pada suasana perhimpunan setiap pagi rabu? ketika bendera dinaikkan dalam nyanyian lagu kebangsaan dan negeri ? dan bacaan doa?
Ya, seperti baru semalam kita meninggalkan zaman yang menjadi bualan sesama rakan ketika berjumpa.
Disini,rindu kita semua kembali bertaut akan indah dan asyiknya zaman persekolahan kita ketika itu.
Guru guru yang pernah mengajar kita dan menjadi guru kelas juga melalui masa mereka dan ada yang telah pergi ke alam abadi ( Alfatihah).Namun,di sini kenangan dan rindu menyatu kita kembali pada suatu masa yang tak terganti.
Di sini abadinya kisah yang kita kenang dan selalu ingati.
SK PUSA
1 Jebat (1993 )
2 Jebat (1994)
3 Prihatin (1995)
4 Murni ( 1996)
5 Murni ( 1997 )
6 Murni( 1998)

p/s : Terima kasih Saudara Mazlan Lan untuk gambar-gambar.
Sila TAG seberapa ramai yang sama sekolah di SK PUSA terutama yang pernah merasa belajar di bangunan lamak tuk dan kongsikan juak kenangan yang kitak sik dapat lupakkan semasa sekolah situk.




\












I LOVE PUSA
www.azlanrumadi.blogspot.my

0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU

PENGUMUMAN PENTING

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU PUSA

Sekiranya ada cerita yang nak dikongsikan untuk dimuatkan dalam blog I LOVE PUSA. bolehlah menghantar kiriman kepada admin di alamat email.

azlanrumadi ( at ) yahoo.com

jangan malu - malu k.jangan lupa sertakan nama penuh dan kampong di Daerah Kecil Pusa untuk kmk catatkan dalam POST di blog kmk.

Segala sokongan dari Anakjati Kampung Pusa dan semuanya.. Kami ucapkan bebanyak terima kasih dan jutaan penghargaan.

Sekian,Terima Kasih

LABELS

Agama Islam Aktiviti AL - FATIHAH Anak Jati Anak Saribas Berita Berita Keluarga Berita Kemalangan Berita Kematian Betong Bincang Bisnes Caster Casting Celoteh Charity Check-in Coretan Daerah Pusa Dari Tinta Anak Saribas Dayang Isah Tandang Sari Debak Events Flora Fauna Foods And Drinks And Fruits Gerai Pusa Gurindam Dayang Esah Tandang Sari HARI KEMERDEKAAN Hari Raya Aidilfitri Heritage History Hujung Minggu Ikan Info Trafik Informasi Jalan Raya Jambatan Sungai Rimbas Jambatan Tandang Sari JORAN Kabong Kamek Di Situk Kampung Beladin Kampung Buda Kampung Dit Kampung Hulu Pusa Kampung Kalok Kampung Lalang Kampung Maludam Kampung Medang Kampung Pusa Kampung Semarang Kampung Supa Kampung Tambak Kampung Tuie Karya Anak Jati Kebajikan Kejohanan Kemasyarakatan Kenangan Kenangan Lalu Mengusik Jiwa Kerajaan Saribas Komedi Larian Lawak Majlis Daerah Majlis Khatamal Quran Majlis Perasmian Majlis Perkahwinan Makanan Dan Minuman Dan Buahan Malaysia Market Majlis Daerah Maulidur Rasul Memancing Udang Menarik Hari Ini MH 17 MH 370 Moment Motivasi N 29 Beting Maro Naturals Naturals. News Nukilan Pan Borneo Pancing Pancing Mania Pandangan Panorama Pasar Malam Pasar Pusa Pemandangan Senja Penulisan Peoples Permainan Tradisional Perniagaan Pesanan Keselamatan PESTA PUSA Photography Pilihanraya Poems Politik Program Program Larian Puisi PUSA Ramadhan Regatta Resepi Resipi Ayam Resipi Kuih Sajak Cinta Santai SARAWAK Saribas Sebuyau Sejarah Sekolah Sekolah Kebangsaan Tambak SK Pusa SK Tambak SMK Pusa Snakehead Spaoh Sport Sukan Sumbangan Sungai Sungai Pusa Sungai Rimbas Sungai Saribas Supa Terubok Masin Sarawak ThreeSixty Throwback Tinta Saribas Today Is Friday Tradisi Tradisional Traditional Travels Videos Views Warisan Wedding Weekend