Thursday 30 October 2014

GILO MAIN HANDPHONE TIME BERJARAH

STATEMENT MAUT tok kmk setuju gilak gilak.Pernahnsik kitak semo kenak,bilo kawan nak berjalan kat umah bukan main excited bunyi nak datang tek.Bilo atang gumah gago nangga handphone macam kito nak ado tepi jadi ugak kayu.Kadang panas juak ati bilo ngenang hai macam tuk.Memanjang nangga handphone sik do nangga kirik kanan gik.Pas yo gago nak selfielah..check in la...macam ni yo.Nang jauh beza dengan zaman dolok.Bilo berjarah ke rumah ahli keluarga atau sahabat handai,masa dihabiskan dengan berbual tentang pelbagai perkara dan topik.Dari sekecil kecil topik ke sebesar besar topik.Termasuk hal keluarga,anak anak,isu semasa disamping bercerita tentang perkembangan hidup masing masing.Kadang kadang kelaka hal business pun ado juak.Masa sepanjang berjarah banhak dihabiskan dan dimanfaatkan dengan memberi tumpuan dan layanan pada tetamu yang datang dan tetamu pun sama jak.Namun zaman semenjak ada handpone android tok,budaya dan adat kita masa berjarah agak berubah.

Seelok eloknya berilah perhatian kepada sesiapa sahaja yang bertandang ke rumah kito.Janganlah sampai ado yang jerak kelak tegai sik dilayan mesra lalekkan gago nangga handphone.Sebolehnya kembalikan adat melahan tetamu yang kita amalkan selama ini,bukanlah melayan handphone.

MAAF BAGI YANG TERASA.SEKADAR RENUNGAN.

RESIPI : AYAM GORENG BEREMPAH

 
 
 
 
Bahan-bahan:-
 
* 4 labu bawang merah
* 6 batang serai
* 2 tongkol lengkuas
* 3 sudu rempah kari ikan
* 3 sudu kunyit babas
* 5 sudu cili kering (blend)
* 5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
* sedikit serbuk perasa

 
Cara Memasak:-
 
1. Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.
2. Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..
3. Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak    
    kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus
4. Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.
5. Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih
    banyak serdaknya
 
 

Thursday 23 October 2014

3 RASA,3 CITARASA,3 RENCAH,3 MEE YANG TERKENAL DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK




Mesti ramai yang kenal dengan Mee mee dalam gambar tok.
Mee Kopeng,Mee Hj Amat,Mee Sup Gerai No.6.

Semestinya satu kemestian mun pulang kampung ngoder mee tok.Masing masing dengan citarasa yang tersendiri dan mempunyai keunikan masing masing.Kepada yang belum mencubo dan meraso jemputlah datang ke Pusa.Rasanya di tempat lain sik do kot.

Untuk Pengetahuan kitak tiga Mee tok diusahakan oleh orang yang berbeza.

MEE KOPENG | Mee tok nang sudah sekian lamak bertapak dikamppung Pusa.Saya pun dari bukak mato dah nemu mee tuk dari pasar lamak dolok yang awalnya diusahakan oleh Kedai Cina Kopeng atau Keluarga Encik Koh.Dari pasar lamak sampailah ke Pasar Seberang.Setakat tok sik ado namo rasmi bagi Mee tuk.Cuma,selepas keluarga Cik Koh berpindah keluar dari Pusa.Perusahaan Mee tok disambung oleh Kelaurga Ahan yang di depan Kedai Minum Ah Chuan(Kuan).Nama rasmi mee tok sekrang adalah Mee Kari mun nangga kat booth Jualan Lah.

MEE KUAH HJ AHMAD | Perusahaan Jualan Mee Kuah tok diusahakan oleh keluarga HJ AHMAD dari Pasar lamak Kampung Pusa dolok.Bermula bertapak di depan Kedai minum Golong(Panggilan warga tempatan).Perusahaan yang dimulai sekian lamak dengan rasa kuah yang sangat unik berasaskan daging.Perusahaan Mee tok masih diteruskan sampai sekarang dan bertambah maju sehingga Keluarga Hj Ahmad sendiri mengembangkan perusahaan dengan menghasilkan mee mereka sendiri untuk digunakan dalam perusahaan Mee Kuah ini.Keluarga Hj Ahmad juak  membuat jualan kepada orang rami yang ingin membeli mee kuning mentah untuk kegunaan yang tersendiri.

MEE SUP GERAI NO.6 | Mee Sup Gerai No.6 ini diusahakan oleh keluarga En.Lai atau Hamid nama sebenar.Gerai makan yang bertapak lebih 10 tahun di Daerah Pusa ini mempunyai keunikan rasa yang tersendiri terutamanya Mee Sup yang mengundang orang ramai untuk berkunjung ke gerai mereka bagi merasai Mee Sup Gerai No.6.Rasa Mee Sup ini tok sik pernah berubah dari dolok - dolok agik.Ya yang mengjadi tarikan utamanya.

Selain dari bercerita pasal perusahaan mee tok,Saya berharap untuk semua orang membuka mata dan diri  untuk berfikir sejenak lok tentang perkara mengembangkan diri dan memajukan diri kita.Kenak sik kita memulakan usaha untuk kita mencari suatu perkara dengan memotivasikan diri kita melalui kejayaan orang lain.Mun orang boleh buat kita pun boleh buat.Yang menentukannya adalah kesabaran dan kesetiaan kita dalam menghadapi cabaran.Ya jak tek.


MENANTU YANG BAIK ADALAH ORANG PUSA

HAHAHA...siapo yang setuju dengan tuk angkat tangan ! Yo baruk eh..laku kito urang Pusa tuk.Mano mano jak kito pergi mesti ado orang berkenan. Maok dari dalam Pusa dan luar Pusa termasuk sidak meno jauh jauh yo.Sik cayak rayo kelak nangga sidak mbasin nge bak anak bini atau suami.Ado darj macam macam meno sidak datang dari laut dari darat,dari seberang semo ado..kadang kadang meno yang sik kalak didengar pun ado juak.
 
BERBANGGALAH JADI ANAK JATI PUSA.MENANTU TERBAIK TEK NAK.?
 
 Hehe.
 
Peace !
 
 

SUATU PAGI DI KAMPUNG HILIR PUSA,BETONG SARAWAK


SUATU PAGI DI KAMPUNG HILIR PUSA,BETONG SARAWAK

Suatu pagi di kampung Pusa,kamek berjalan ke dibah ngkalan menghirup dingin udara pagi yang membelah dado.Di sambut dengan bunyi urang dari rumah ke rumah dengan riuh rendah suasana pagi sidak ngemas rumah,bermasak berpolah barang pakey minum,nyesah dan macam macam agik la.Tapi sekelilingnya yang nyaman cukup menenangkan.Hati siapo yang sik kuyut nyangkut nak tinggal lebih lamak di kampung ? Dengan suasana kampung kito yang permai macam tok.Walaupun kehidupan kebendaan nya siklah sehebat di bandar tapi ado bendo yang ado dikampung tapi sik ado di bandar.Kito samo samo nilaikan dalam dirik kito mpun.Mun sik kenak bilo ado urang keramaian dan keraian kampung juak tempat pulang dan kampung juak dikenang.Mena sik?






AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my

 

Wednesday 22 October 2014

LAGENDA BUAH GOGAM

Sapo yang sik tauk buah tuk nang sik sah sebagai warga Daerah Kecil Pusa.Buah gogam kato urang nyebut buah tok.Kebanyakan urang kito suko ngulam buah tok dari golongan biak mudak ke golongan tuo.Petang petang mun dudok diberando selalu nangga sidak berczrik ngan pitis makey ngulam buah tok.Ado juak yang sik ngiro pagi ngan petang juak.Terutama sidak nak mengandung yo dah nyawo ngidam lain kiro lah.
TETAPI maso kinek tok kito dah makin jarang atau kekurangan pokok buah gogam tok memandangkan rami juak orang sik pian gilak ngan buah gogam tuk.Ado pokok buah tok kelak sik di tangga gilak agik.Mungkin kerana zaman dah moden dan masyarakat kito mempunyai pilihan yang lain.Yolah tek,memandangkan urang berkebun pun makin banyak,macam macam buah nak lain yang lebih menarik.Walau apa pun buah tok tetap jadi LEGEND di kalangan masyarakat kito.Teringat zaman dolok maso gik biak ndekik pokok gogam sampai kenak serang sesak.Banyak juak kenangan yang kito sikkan lupa.
Ado sidak suko makan buah tuk cecah asam boi pun ado juak.Sak mirah bibir kenak asam boi.Sik lupak juak sidak nak suko makan ngan perencah mee maggi.
GOLONGAN MUDA zaman kinek tuk ni ado nemu macam zaman gilo ngan buah gogam gik.mena sik?Tapi bagi yang duduk dah lamak di Kawasan Pusa nang sik lupak dengan buah-buahan kampung seperti gogam tok.Siap ado juak balo kenak namo kamboh GOGAM.Sik cayak cobo anso di Pusa.Mesti ado kitak nemu.hehehehe.
Apo apo pun di mana kito berado,Pada satu saat kito akan carik juak kehidupan dikampung yang kito lalui terutama sidak yang merantau jauh.Salah satu yang akan dicarik mun datang tekak nak ncarik.BUAH GOGAM