Thursday, 9 May 2019

GP JANG BINLADIN DINOBAT RAJA SUNGAI REGATTA SEJIJAK BAGI TAHUN 2019


GP JANG BINLADIN DINOBAT RAJA SUNGAI REGATTA SEJIJAK BAGI TAHUN 2019

Regatta Sejijak merupakan salah satu Regatta yang menganjurkan pelbagai aktiviti sukan air yang semestinya yang menjadi tumpuan orang ramai adalah perlumbaan perahu bidar yang merebut gelaran Raja Sungai Sejijak yang turut menjanjikan hadiah lumayan kepada para pasukan peserta yang menyertai perlumbaan tersebut.

Regatta sejijak bagu tahun 2019 telah menurup tirai perlumbaan dimana kelmarin telah berlangsung acara kemuncak yang ditunggu- tunggu pengunjung iaitu acara BIDAR 30 Akhir yang menyaksikan persaingan hebat dari pasukan pasukan yang terlibat.

Pasukan GP JANG BINLADIN yang menurunkan pekayuh - pekayuh dari Kampung Beladin, Pusa,Saribas berjaya menjuarai Regatta Sejijak 2019 sekali gus dinobatkan sebagai Raja Sungai Regatta Sejijak 2019 apabila berjaya mengelahkan juara bertahan iaitu pasukan Mahkota Dewa Gedong ditempat kedua manakan Sri Pakatt ditempat ketiga.

Sememangnya perlumbaan kali ini menyaksikan persaingan yang amat sengit dari pasukan - pasukan yang bertanding lebih - lebih lagi ianya melibatkan perlumbaan dua buah perahu yang pernah menjuarai Regatta lain sebelum ini iaitu Pasukan Mahkota Dewa Gedong yang menjuarai Regatta Batang Lupar/ Sri Aman dan juga GP Jang Binladin yang baru sahaja menjurai Regatta Bungin 2019 pada baru - baru ini.

Namun penghargaan harus diberikan kepada para perserta yang menunjukkan disiplin yang memuaskan apabila kurangnya kejadian - kejadian pelanggaran dan kejadian yang tidak diingini dan semoga Disiplin ini diteruskan pada pertandingan yang akan datang demi menaikkan semangat kesukaanan atau Roce In Harmony.

Sekali lagi Tahniah kepada pasukan GP Jang BinLadin yang dinobatkan sebagai Raja Sungai Sejijak dan juga pasukan lain. Sehingga bertemu di regatta dan perlumbaan yang seterusnya.









 













































































I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

Thursday, 3 January 2019

AL - FATIHAH : ALLAHYARHAMAH HAJJAH MASTIAH @ HAJJAH NDOK BINTI AHMAD DARI KAMPUNG HULU PUSA



AL - FATIHAH : ALLAHYARHAMAH HAJJAH MASTIAH @ HAJJAH NDOK BINTI AHMAD DARI KAMPUNG HULU

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Hajjah Mastiah Binti Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nek Ndok dari Kampung Hulu Pusa pada 2 Januari 2019 Bersamaan 25 Rabiul Akhir 1440H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 11.00 malam tadi di Kediaman Allaharyamah di Kampung Hulu Pusa.

Jenazah Allahyarhamah  akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini 3 Januari 2019.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah. 

.Alfatihah.