Showing posts with label Kampung Pusa. Show all posts
Showing posts with label Kampung Pusa. Show all posts

Monday, 10 December 2018

KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH KEDIAMAN DI KAMPUNG HILIR PUSA


KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH KEDIAMAN DI KAMPUNG HILIR PUSA

Awal pagi semalam telah berlaku satu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah kediaman di Kampung Hilir Pusa.Kebakaran yang berlaku pada awal pagi ketika penduduk kampung sedang tidur mulanya tidak disedari sehinggalah salah seorang penghuni rumah menyedari api yang makin marak dan seterusnya meminta pertolongan orang ramai.

Salah seorang penduduk bertindak membunyikan beduk untuk membangunkan penduduk kampung serta untuk membantu bertindak mengawal api kebakaran bagi mengelakkan api kebakaran merebak ke kawasan lain sementara pihak bomba sampai di tempat kejadian untuk menjalankan kerja mengawal dan memadam api kebakaran.

Setakat pagi tadi tidak kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian kebakaran tersebut. Namun masih menunggu laporan penuh atau rasmi dari hasil siasatan pihak yang bertindak termasuk Pihak dari Jabatan Bomba dan pihak Polis.

Kita sama- sama doakan semoga keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah kediaman ini tabah dan dipermudahkan urusan.

 







I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

Monday, 3 September 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH MUTIARA @ TARA BIN HAJI GAY DARI KAMPUNG TENGAH PUSA


AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH MUTIARA @ TARA BIN HAJI GAY DARI KAMPUNG TENGAH PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke rahmatullah Mutiara Bin Haji Gay atau lebih dikenali sebagai Tara dari Kampung Hulu Pusa pada 2 September 2018 Bersamaan 21 Zulhijjah 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 5.00 petang di Hospital Sibu,Sarawak

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang pada petang kelmarin dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada esok hari ini 3 September 2018

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah. 

.Alfatihah.

Sunday, 15 April 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM SPUDI BIN SEMAN @ IMAM SABANG DARI KAMPUNG HILIR PUSA


AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM SPUDI BIN SEMAN @ IMAM SABANG DARI KAMPUNG HILIR PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.
Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Spudi Bin Seman atau lebih dikenali sebagai Imam Sabang dari Kampung Hilir Pusa pada 15 April 2018 Bersamaan 29 Rejab 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 1.00 pagi di rumah kediaman Allahyarham di Kampung Hilir Pusa.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini juga

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.
Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.

Friday, 23 March 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH YOT BINTI NAWAS DARI KAMPUNG HULU PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Yot Binti Nawas dari Kampung Hulu Pusa pada 23 Mac 2018 Bersamaan 6 Rejab 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir Pada kira kira pukul 5.44 pagi tadi di Hospital Betong.

Jenazah Allahyarhamah telah dibawa pulang ke Kampung Pusa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kampung pada hari ini juga.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah

.Alfatihah.

Sunday, 18 March 2018

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM JONI BIN DAY DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.


AL-FATIHAH DAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM JONI BIN DAY DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

Dua hari lepas, Kampung Pusa digemparkan dengan kehilangan seorang individu bernama Joni Bin Day berusia 42 tahun berasal dari Kampung Hulu Pusa.

Kehilangannya disedari oleh isterinya apabila mendapati dia tidak pulang ke rumah sehari semalam.Seterusnya satu laporan polis telah dibuat.

Siasatan awal pihak polis menemui motosikalnya dibawah Jambatan Tandang Sari namun orangnya tidak ditemui.

Pada hari kelmarin,satu operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh Jabatan Bomba,JPAM dan PDRM serta sukarelawan yang terdiri dari orang kampung untuk mencari saudara Joni.

Operasi pada kira kira Jam 3.30 petang telah menemui mayat beliau tidak berapa jauh dari kawasan pengkalan feri Batang Saribas.

Suasana pilu dan sebak mengiringi penemuan mayat dan ini mengejutkan ramai pihak.Mayat yang dijumpai seterusnya dinaikkan ke darat dan diserahkan kepada PDRM untuk siasatan lanjut.Mayat dibawa ke Hospital Betong untuk Bedah siasat.

Al Fatihah.

Alhamdulillah.Jenazah Allahyarham Joni Bin Day telah dibawa pulang ke Kampung Pusa untuk pengebumian di Tapak Perkuburan Islam Daerah Pusa pada malam semalam.

Semoga Roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang orang yang beriman dan diampuni.Semoga dicucuri rahmat dan berkat di sisi Allah.

Takziah juga buat keluarga Allahyarham.Semoga cekal dan tabah menghadapi dugaan ini.


I LOVE PUSA 
www.ilovepusa.blogspot.my






Tuesday, 27 February 2018

AL - FATIHAH : ALLAHYARHAMAH ROHANA BINTI TAIP DARI KAMPUNG HILIR PUSA.

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Rohana Binti Taip atau lebih dikenali dengan panggilan Isah Icin dari Kampung Hilir Pusa pada 27 Februari 2018 Bersamaan 11 JamadilAkhir 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Kediamannya pada kira kira jam 10.00 malam tadi.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada esok hari, 28 Februari 2018.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah

.Alfatihah.

Friday, 15 December 2017

SEJARAH DAN ASAL USUL DATO GODAM

SEJARAH DAN ASAL USUL DATO GODAM

Dato Godam @ Dato Gudam @ Abang Godam @ Raja Umar Bin Datuk Bendahara Harun adalah seorang putera kepada bendahara negeri Pagar Ruyung, Minangkabau yang datang merantau ke Borneo sekitar tahun 1690 – 1710 semasa era pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei ke-15). Ayah beliau, Datuk Bendahara Harun / Bendaro Harun bin Datuk Bendahara Ismail merupakan anggota “Basa Ampek Balai” yang menjalankan administrasi kerajaan bersama-sama Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat. Ibu Dato Godam pula ialah seorang wanita Belanda iaitu anak kepada Jan Van Groenewegen yang ditugaskan di pejabat VOC sebagai Residen Belanda di Padang, Sumatera Barat pada tahun 1662. Datuk Bendahara Harun dikatakan berketurunan Raja Suran yang merupakan dari susur-galur Iskandar Zulkarnain.

Dato Godam datang ke Borneo untuk berdagang setelah dipertikaikan pertabalan menjadi pengganti ayahnya kerana ibunya bukan keturunan diraja Minangkabau.

Sampainya di muara Saribas, Borneo (sekarang Sarawak) beliau bertemu Datu Temenggung Kadir iaitu seorang pembesar dari Negara Brunei yang kecewa melarikan diri setelah anaknya diambil Sultan Brunei ketika itu untuk dijadikan gundik. Setelah Dato Godam dan Datu Temenggong Kadir berkenalan, beliau bersetuju untuk membantu mendapatkan kembali anak Datu Temenggong Kadir yang bernama Pengiran Kachi @ Dayang Chi itu.

Setelah berlabuh di Brunei, Dato Godam berjumpa Sultan dan membawa hajatnya berniaga kain. Perwatakannya, cara berpakaian dan adabnya sungguh menarik perhatian Sultan. Barang-barangan berupa kain bermutu tinggi yang dibawa juga amat menarik perhatian Sultan. Dato'' Godam dijemput ke istana untuk majlis makan-makan. Beliau memberi hadiah kepada Sultan. Sebagai balasan Sultan juga menghadiahkannya beberapa orang gundik, namun kesemuanya ditolak oleh Dato Godam. Setelah beliau terjumpa Dayang Chi, iaitu anak Datu Temenggong Kadir beliau membawanya naik ke kapal untuk melihat barangan yang dijual. Setelah melihat meriam yang dikirimkan oleh ayahnya di dalam kapal, tahulah dia bahawa Dato Godam datang untuk menyelamatkannya. Melalui kebijaksanaan berunding / berdiplomasi dengan Sultan dan pembesar, Dato Godam akhirnya berjaya membawa Dayang Chi keluar dari Brunei terus ke Tandang Sari (sekarang, Pusa) Saribas bertemu ayahnya yang menunggu di sana.

Datu Temenggong Kadir yang sangat gembira, menikahkan anaknya itu dengan Dato Godam. Mereka mendapat dua orang anak, iaitu Dato Bandar Abdul Rahman digelar Menteri Uban dan Dato Said digelar Menteri Puteh.

Dato' Godam pula menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Brunei dan banyak membantu Sultan dalam hal-hal pentadbiran dan ekonomi. Anak beliau, iaitu Menteri Uban menetap di Saribas dan memulakan penempatan Melayu disitu. Anak keduanya pula, Menteri Puteh diangkat Sultan Brunei sebagai golongan bangsawan yang membantu mentadbir pemerintahan Sultan bagi membalas jasa Dato Godam di negara tersebut.

Dari keturunan Dato Godam inilah lahirnya keturunan Abang @ perabangan di Saribas Sarawak, melalui anak pertamanya Menteri Uban manakala keturunan Awang Awang Damit di Brunei melalui anak keduanya Menteri Puteh.

Sumber
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pusa,_Sarawak

Thursday, 14 December 2017

KENANGAN KEGIATAN DI SUNGAI RIMBAS

KENANGAN KEGIATAN DI SUNGAI RIMBAS

Dolok,
Sungei tuk meriah dgn perauk Tambang dan bot laju..
Tapi hari tuk,
Semo dah tinggai kenangan
Kenangan yo tetap terpahat dalam ingatan kita semo sampei bilo-bilo
Sik ado agik kesibukan di Sungei..
Sik ado agik perauk tambang..
Sik ado agik bot merapat di tebingan..
Sik ado agik nangga orang melambei mintak gaik di pengkalan.
Kenangan tuk akan kita simpan untuk di cerito ngn anak cucuk kito kelak.-Keperawi Awie
#bottambangbeladinpusak

Di sebalik ketenangan air nya,
Tersimpan seribu memori suka duka Penduduk Kampung Pusa - Zainuddin Pindah

Teringat pasar pusa lama dulok.
Bekayuh dari sungai undey.
Lum ado jalan rayo dulok.- Bandir Mengeris Bandir

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

Wednesday, 13 December 2017

ASAL USUL NAMA KAMPUNG PUSA

ASAL USUL NAMA KAMPUNG PUSA

Menurut cerita orang tua-tua, suatu ketika dahulu terdapat sebuah kawasan kebun kecil yang didiami oleh sekumpulan petani dan dikenali sebagai 'Kebun Putat'.

Malangnya, kawasan ini selalu dilanda oleh ombak sehingga mereka meneroka kawasan baru untuk dijadikan perkampungan.

Pada suatu pagi, ketika bergotong-royong membersihkan kawasan baru itu, mereka telah terserempak dengan seekor 'kucing hitam'.

Akhirnya, timbul cadangan untuk menggelarkan nama kampung baru itu sebagai 'Kampung Pusa' (kucing) atau "Pusak" mengikut sebutan Saribas yang kekal sehingga kini.

Kini, Kampung Pusa telah menjadi sebuah pusat daerah kepada Daerah Pusa yang juga dimahsyurkan sebagai pusat Kerajaan Saribas pada masa dulu merujuk kepada sejarahnya.

Sumber
http://www.sarawak.com.my

KISAH LAGENDA DAYANG ISAH TANDANG SARI

KISAH LAGENDA DAYANG ISAH TANDANG SARI

Kisah berlaku sebelum kewujudan Dinasti Brooke di sebuah negeri Saribas yang terletak di bawah kekuasaan Sultan Brunei. Pusat pemerintahan Saribas terletak di Tandang Sari atau pada hari ini dikenali sebagai Pusa. Sebagai pemeritah yang amat dikasihi rakyat, Datuk Temenggong Kadir mewakili kerajaan Brunei  memerintah dengan adil dan saksama. 

Dikisahkan Datuk Temenggong Kadir telah 7 tahun berkahwin dengan Dayang Siti Hajar namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Hidup mereka bahagia namun kesunyian. Mereka berdua sentiasa berharap agar doa mereka dimakbulkan untuk mempunyai anak suatu hari kelak.

Pada malam tersebut setelah selesai solat, Temenggung Kadir terus tidur dan bermimpi. Dalam mimpinya beliau telah mendengar suara yang berkata:“Wahai Temenggong Kadir, aku kesian melihat kamu tidak henti-henti berdoa ingin mempunyai zuriat. Aku ingin menolong kalian berdua. Tapi kamu ikut apa yang aku suruh. Esok pergilah ke hulu Sungai Tandang Sari. Di sana nanti ada serumpun buluh betong. Potonglah buluh tersebut dan di dalamnya terdapat sebiji telur dan ambil telur tersebut dan simpan baik-baik”.

Selesai mendengar suara itu, Datuk Temenggong Kadir terus terjaga dari tidurnya dan tidak dapat melelapkan matanya lagi. Fikirannya berkecamuk memikirkan tentang suara tersebut. Adakah ia benar atau mainan tidur? Datuk Temenggong Kadir terus mengejutkan isteri dan menceritakan mimpi yang telah beliau alami. Isterinya merasa amat terkejut dan berharap agar suaminya menuruti mimpi tersebut.  

Keesokannya Datuk Temenggong Kadir terus ke tempat yang dimaksudkan seorang diri dengan menaiki perahunya dan berbekalkan Pedang saktinya "Gempetar Alam". Dalam perjalanan, matanya melilau-lilau melihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari buluh tersebut. Akhirnya dia menjumpai serumpun buluh betong. Dengan hati yang berdebar-debar terus mengikat perahunya ke tebing sungai dan naik ke darat.

Dengan perasaan yang berdebar-debar dan hanya dengan satu tetakan sahaja buluh tersebut telah terpotong. Memang benar apa yang dialaminya di dalam mimpinya malam tadi. Di dalam bulu tersebut ada sebji telur. Tanpa melengahkan masa, dia teus mengambil telur tersebut dan di bawa pulang.

Pada malam itu semasa hendak tidur, telur tersebut diletak di sebelah kiri kepalanya. Tiba-tiba menjelang tengah malam, mereka berdua terkejut dari tidur kerana mendengar suara bayi menangis. Datuk Temenggong Kadir terus bangun dan didapati telur tersebut telah pecah dan ada seorang bayi berhampiran telur tersebut.

Walaupun terkejut dengan kejadian aneh tersebut, mereka berdua merasa amat gembira dan tidak tidur sehingga ke pagi menguruskan bayi yang baru menetas dari telur tersebut. Walaupun tidak diketahui asal usul anak tersebut, mereka berdua bersyukur kerana telah dikurniakan anak perempuan yang dinamakan Dayang Isah.

Masa berlalu begitu pantas, Dayang Isah telah pun membesar dan memiliki rupa paras yang amat cantik. Setiap lelaki yang terpandangnya pasti ingin memilikinya sehingga ada yang sanggup berbunuh sesama sendiri demi untuk memiliki Dayang Isah. Datuk Temenggong Kadir merasa amat kurang senang dengan kejadian sebegini dan mengambil keputusan untuk mengahwinkan anaknya dengan kadar yang segera.

Abang Bunut seorang pemuda yang baik tingkahlakunya dan amat disegani penduduk Tandang Sari. Disebabkan Abang Bunut bekerja di istana Datuk Temenggong Kadir, Dayang Isah dapat mengenalinya lebih rapat. Dari berkenalan sehinggalah berkasih sayang, perhubungan mereka berdua semakin hari semakin rapat. Perhubungan mereka direstui oleh Datuk Temenggong Kadir dan isterinya.

Pada suatu malam Datuk Temenggong Kadir sekali lagi bermimpi mendengar suara yang sama. Suara itu berkata,“Wahai Temenggong Kadir! Dengarlah kata-kataku ini. Dayang Isah kini telah dewasa dan menjadi rebutan jejaka Tandang Sari. Sesiapa yang berhajat untuk memperisterikannya mestilah menyediakan sepuluh kati emas sebagai mas kahwin”

Datuk Temenggong Kadir terbangun dari tidurnya. Beliau merasa amat resah dan bingung. Terkenang dengan Abang Bunut, seorang yang amat beliau senangi dan sangat menyintai Dayang Isah. Sudah semestinya sesuatu yang mustahil untuk Abang Bunut menyediakan sepuluh kati wang emas untuk mas kahwin.

Datuk Temenggong Kadir menceritakan tentang kisah mimpi kepada isterinya keesokannya. Isterinya merasa amat sedih namun terpaksa akur. Dengan perasaan serba salah, mereka berdua menceritakan kepada Abang Bunut dan Dayang Isah. Abang Bunut akur kerana beliau sendiri tahu, untuk menyediakan sepuluh kati emas adalah sesuatu mustahil untuk dirinya.

Diriwayat dalam satu kisah, ada seorang saudagar berbangsa Bugis bernama Nakhoda Khar dalam pelayaran bersama anak buahnya dari Palembang ke negara Brunei singgah sebentar ke Saribas. Disitu beliau mendengar kisah tentang kecantikan Dayang Isah serta kisah sepuluh kati emas.

Tanpa melihat paras rupa Dayang Isah, beliau terus menuju ke Istana Datuk Temenggung dan menyatakan hasratnya. Pada mula Datuk Temenggong Kadir berat untuk menerima lamaran tersebut kerana memikirkan Nakhoda Khar bukan orang tempatan. Namun berliau terpaksa menerima lamaran tersebut kerana memikirkan tentang mimpinya.

Maka berlangsunglah majlis perkahwinan selang beberapa hari selepas majlis pertunangan. Dayang Isah merasa amat sedih mengenangkan kekasih hatinya, Awang Bunut. Begitu juga sebaliknya yang berlaku kepada Awang Bunut.

Setelah sepurnama Dayang Isah bergelar isteri, Nakhoda Khar berhasrat untuk belayar ke Brunei untuk meneruskan perniagaannya. Ketika menghampiri Pulau Burung, beliau teringat tentang kerisnya yang tertinggal. Dengan melabuhkan kapalnya di Pulau Burung, beliau mengayuh sampan menuju semula ke Saribas.

Nakhoda Khar merasa tidak sedap hati ketika dalam perjalanan menuju ke istana setelah mengikat tali perahu di muara Sungai. Cepat-cepat di melangkah. Dari jauh sayup-sayup kedengaran suara isteri bergurau senda dengan Abang Bunut. Dengan perasaan marah, Nakhoda Khar membaca jampi tidur. Maka tertidurlah semua orang di dalam istana tersebut.

Nakhoda Khar mengambil kerisnya lalu dibunuhnya Abang Bunut yang sedang tidur dan terus berkayuh menuju ke kapalnya di Pulau Burung.

Keesokannya seisi istana telah sedar dari tidur. Dayang Isah terkejut melihat Abang Bunut mati dibunuh. Dayang Isah menyedari kerana kecantikannya banyak nyawa telah terkorban.

Di sini ada 3 riwayat menceritakan dalam versi berbeza. Sama ada Dayang Isah mati membunuh diri atau mati dibunuh oleh suaminya iaitu Nakhoda Khar.

1.Riwayat membunuh diri

Dayang Isah mengambil keputusan untuk menikam diri sendiri menggunakan keris tetapi tidak lut. Setelah gagal berbuat demikian maka Dayang Isah mengambil tujuh helai rambutnya yang panjang mengurai lalu diikatnya di leher hingga mati.

2.Riwayat cubaan bunuh oleh Nakhoda Khar

Setelah membunuh Awang Bunut, Nakhoda Khar juga cuba untuk membunuh Dayang Isah namun tidak dapat kerana isterinya tidak lut dengan apa-apa jenis senjata.(Ini pula kejadian pada waktu malam setelah membunuh Abang Bunut dan bila pula Dayang Isah mati?)

3.Riwayat permintaan bunuh dari Dayang Isah 

Kerana tidak sanggup melihat tindakan suaminya yang sangat kejam, Dayang Isah meminta suaminya membunuhnya dengan cara menjerut lehernya dengan tujuh helai rambutnya.(cerita ini nampak bercangkah, kerana sewaktu jampi tidur dibaca, seisi istana telah tidur termasuk Dayang Isah)

Melihat kejadian ini, Datuk Temenggong Kadir merasa amat marah dan tahu ini adalah angkara Nakhoda Khar. Beliau terus mengejar Kapal Nakhoda Khar dengan menaiki perahu bersama Lancang Mayang. Diriwayatkan perahu koleknya bergerak sepantas naga lapar dengan pengayuhnya selebar tiga hasta.

Setibanya di Pulau Burung, kapal Nakhoda Khar masih kelihatan. Dengan menghayunkan pedang sakti Gempetar Alam maka kapal Nakhoda Khar terus terbelah dua. Nakhoda Khar serta semua anak buahnya mati lemas di Pulau Burung.

Setelah itu, jenazah dayang Isah di makamkan oleh Datuk Temenggong Kadir di Tandang Sari, Saribas atau kini dikenali tanah perkuburan Kampung Kalok, Pusa kira-kira 150 kilometer dari Sibu dan 90 kilometer dari Betong.

Sumber
www.ohkitakorangsarawak.blogspot.my

Monday, 11 December 2017

PERASMIAN JAMBATAN TANDANG SARI YANG DISEMPURNAKAN OLEH KETUA MENTERI SARAWAK , YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN HAJI ABANG OPENG.


PERASMIAN JAMBATAN TANDANG SARI YANG DISEMPURNAKAN OLEH KETUA MENTERI SARAWAK , YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN HAJI ABANG OPENG. 

Jambatan Tandang Sari merupakan nama rasmi yang diberikan kepada Jambatan yang baru dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat  Datruk Patinggi Abang Haji Abdul rahman Zohari Bin Haji Abang Openg pada satu Majlis Perasmian Jambatan Tandang Sari yang berlangsung meriah pada hari ini di Dataran Tandang Sari.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Jambatan tandanmg Sari tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Doughlas Unggah Embas, Meteri Wanita dan juga Ahli Parlimen Batang Lupar iaitu  Dato Sri Hajjah Rohani Karim dan Menteri Kerja Raya Datuk haji Fadillah Yusuf.

Jambatan Tandang Sari diambil bersempena dengan nama Dayang Esah Tandang Sari yang merupakan Nama salah seorang yang sangat penting dalam sejarah Kerajaan lama Saribas pada suatu ketika dahulu.

Jambatan yang menelan belanja kos 47 Juta itu telah di siapkan pada sepenuh nya pada bulan November yang lepas.

Jambatan Tandang Sari ini semestinya dinantikan oleh penduduk Daerah Pusa dan sekitarnya khususnya kerana ianya berjaya menyatukan dua kawasan Pusa lama dengan  Pusa Baru. Selaini ianya akan merancakkan kegiatan ekonomi di Kawasan Daerah Pusa selain mengembangkan aktiviti perdagangan bagi meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi penduduk sekitarnya.Selain itu, ianya turut menyingkatkan perjalanan dari kedua - dua kawasan,

Selain itu juga dalam ucapannya isu - isu masalah penduduk yang lain turut di usulkan oleh Dato Sri Hajjah Rohani Karim seperti masalah air, Perumahan yang menekankan isu pembesaran kawasan kampung. Peranangan pembinaan Jambatan di Tanjunglilin turut disebut dalam ucapan beliau.Seterusnya beliau mengusulkan peracangan untuk menjadikan Daerah Pusa sebagai RTC ( Pusat Transformasi Luar Bandar ) yang akan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di Daerah Pusa.













































  



























I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com