Showing posts with label Pancing Mania. Show all posts
Showing posts with label Pancing Mania. Show all posts

Thursday, 3 September 2015

#24 PANCING MANIA


#24 PANCING MANIA

Setelah sekian lama tidak mengupdate blog ini, akhirnya saya terjumpa satu gambar yang wajib rasanya saya kongsikan....sekadar nak bakar kaki pancing semua.

apa tidaknya? nak nak dengan gambar saudara saya ni yang berjaya menaikkan ikan selunsong @ntidung @ siakap yang besar ni.

Lokasi ? nah.. tanya dia ni... Syabeli Johri



I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com



 

Wednesday, 17 June 2015

#23 PANCING MANIA



HAMMMMBBOOOIIIHHHHH.... nampaknya bertambah maju aktiviti rakan kita ni.Daripada main 'SNAKEHEAD" atau haruan sekarang hobi main ikan sungai laut pulak dah.Memang terbaiklah otai - otai kaki pancing Pusa kita.

Apa - apa pun tahniah kepada sahabat - sahabat kita ini yang menampakkan kemajuan dan pergembangan dalam aktiviti ini..

 LOKASI ?         tanya dia ni >>>>>>>>> SALLY CEN CEN<<

 kepada mereka yang berminat boleh aturkan tarikh dengan dia k..

Selain itu anda juga boleh menghubungi  Nebrucch De Nazzar  dan Pak Yaq untuk maklumat lanjut.
















THANK YOU FOR READING
.
I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com



Tuesday, 28 April 2015

#22 PANCING MANIA


MAT SULAIMAN DENGAN HARUAN SIBU

Ceritanya kawan pusing pusing kat Sibu jalan jalan dengan member - member semua.Kemudian jumpa port baik untuk casting.Kawan test drive dulu port  tu ada ikan tak de ikan..Sekali dapat juga..haruan dengan menggunakan umpan HOMEMADE JUMPFROG dengan BUAH SEMANGKA KATANYA.. heheheh..

Mengenai HOMEMADE JUMFROG kalau nak belajar dari cer tanye tuan badan. MAT SULAIMAN <<< KLIK SINI

Apa pun hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.. MANA MANA PUN BOLEH... 




#21 PANCING MANIA

 

PENGALAMAN ORANG LAMA

Kali ini giliran otaimenunjukkan hasil pengalaman beliau.Trip ke laut beliau telah berjaya menaikkan pari seberat 9 - 10 kg.Tidak dinafikan pengalaman yang ada pada beliau telah memberikan rezeki besar ini kepada beliau.
 Kepada anak anak muda yang ingin belajar ilmu memancing kelaut boleh lah belajar dari belau.

 Kredit kepada Saudara kita Syabeli Johri yang memuat naik gambar ini dalam GROUP KAKI PANCING PUSA (KPP ) .

 


#20 PANCING MANIA


MANA - MANA PUN BOLEH..

Kalau dah nama kaki pancing dan minat mana - mana pun boleh layan juga kan ? Saya tengok punya tengok kali ni otai kita dengan gengnya cuba port baru.Bagaimana pun saya masih tak dapat mengenal pasti lokasinya.Minggu ni kawan kita ni macam main sebarau je... ehemmmm.....

Anda boleh tanya sendiri dengan sifunya SYABELI JOHRI  <<<< KLIK SINI atau anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti pancing di Kampung Pusa dengan melayari GROUP KAKI PANCING PUSAK (KPP ) yang dibawah kelolaan beliau.

Sekali sekala kalau kalau mempelbagaikan port best jugakkan ? siap pilih pilih lagi.Macam dalam Filem Madu Tiga..minggu ni port lain... minggu depan tukar lagi..selain itu dapat juga menambah dan menguji kemahiran.Pokok pangkalnya nak tak nak belajar dan berusaha memperbaiki pengetahuan diri je.

Apa pun terbaiklah Saudara - saudara kita ni.

KAKI PANCING SELAMANYA..





Tuesday, 21 April 2015

#19 PANCING MANIA



 KALAU DAH MINAT

Tak peduli apa orang nak cakap.Daripada ke tengah hutan mencari ikan air tawa sampailah turun ke sungai.Hujan panas tetap akan turun juga untuk melayani hobi dan minat yang mendalam dalam aktiviti memancing ini.

Tuah ayam nampak di kaki.. tuah manusia siapa yang tahu.

Mana lah tau kalau ada rezeki dapat ikan yang sangat lumayan balik ke rumah kan. Tapi kat Sungai Saribas dan Batang Rimbas ni jarang yang pulang dengan tangan kosong.Mesti ada yang akan dibawa pulang untukbuat lauk di rumah.Kalau dah rezeki tu untung untung dapat jugak naikkan ikan mencecah 3 kg ke atas.Dapat yang kecik pun jadi juga.Bersyukur dengan apa yang ada.

Antara ikan buruan yang semakin popular dikalangan kaki pancing sekarang ikan SELUNSONG atau NTIDUNG dalam sebutan tempatannya.

Untung kalau naikkan ikan ni masak stim memang berbaloi.

 Apa pun respek kepada kaki pancing Pusa atas setiap usaha anda dan kami akan sentiasa menyokong usaha anda untuk membawa  dan mengetengahkan aktiviti ini kepada Masyarakat.
 




#18 PANCING MANIA


TORA DATANG LAGI !!

Nampaknya masih menjadi trending anak - anak beli kampung Pusa aktiviti casting atau memancing ni kan ? Paling tidak tiap tiap minggu dan tiap - tiap bulan mesti ada yang akan melangsungkan aktiviti mereka dengan port - port yang semestinya strategik dan baik punya.

Kali ni saya nak kongsikan gambar yang dikonsikan oleh sahabat - sahabat kita di laman sosial untuk tatapan semua.Nampak macam best je kan.

Haruan atau SNAKEHEAD semestinya pemangsa yang menjadi mangsa para pemancing yang suka bercasting.kalau kita tengok dan fikir balik banyak sebenarnya tempat - tempat yang lumayan untuk para peminat aktiviti ini.Jiak diteliti semenjak dua menjak ini saiz haruan yang mengena umpan pun tak kurang menarik.. kebanyakkannya mencecah 500g ke atas sampai ada yang mencecah 1 kg pun ada. wah ini dah cukup menarik.

Saya cadangkan jika dianjurkan pertandingan yang boleh mengembangkan aktiviti ini disamping menggalakkan anak muda dan belia Kampung Pusa dengan aktiviti yang bermanfaat dan sihat ini.









Credit To :

Saudara Syabeli Johri
Kelab Kaki Pancing (PUSA )

Thursday, 2 April 2015

Monday, 23 March 2015

#16 PANCING MANIA


Salam satu Pusa,

Kali ni gambar kiriman dari otai pancing kita lagi,Saudara Syabeli Johri pada minggu lepas.

Kepada yang selalu bosan dan boring dihujung minggu, apa kata mencuba hobi memancing ini yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutama golongan remaja sekarang ni.Disamping itu kalau untung dapat habuan lumayan boleh dibawa kerumah untuk menambah menu masakan kan?

Ikan dalam gambar ni kalau masak stim kukus sedap ni...

Thursday, 19 March 2015

#15 PANCING MANIA



TORA DATANG LAGI!!!. Kalau sebelum ni saya banyak post pasal casting ikan air tawar ataupun kawasan darat kali ini saya nak kongsikan gambar hasil sungai.Kali ini gambar yang saya ambil dari group Facebook KAKI PANCING PUSA oleh saudara Syabeli Johri.

Batang Rimbas sehingga ke Saribas menjadi lubuk pemancing yang sekian lama dinantikan oleh peminat aktiviti pancing ini.

Menurut dari sumber gambar ini diambil ketika mereka memancing di Sungai Rimbas di Kawasan Kampung Beladin.

Kepada mereka yang lain ?? takkan tengok je......tak nak ke rasa nak cuba nasib ? hehehe..

Monday, 23 February 2015

#14 PANCING MANIA

www.ilovepusa.blogspot.com

Kalau dulu kita di kampungh hanya didedahkan dengan cara memancing secara tradisional yang lazimnya hanya menggunakan buluh,tali tangsi dan kail untuk memacing ikan haruan yang selalunya untuk tujuan dibawa pulang sebagai lauk makan di rumah.

Sekarang hobi memancing ini melangkah ke satu zaman moden dengan pelbagai teknologi dan peralatan memancing yang moden untuk  melaksanakan hobi yang memberikan kepuasan kepada para peminta aktiviti ini.Antara cara yang paling popular masakini adalah CASTING terutamanya untuk memburu ikan air tawar seperti haruan ( Snakehead ) .

Kalau dah minat yang mendalam memang tak boleh nak kata apa kan? heheh... semua di redah untuk mencuba air dan lubuk mana yang ada ikan dan tak ada ikan... jandi puas dan layan.

Thank to Saudara Syabeli.

#13 PANCING MANIA



PERTAMA SEKALI saya nak bagi credit pada Tuan punya gambar ni yang dikongsikan dalam group KAKI PANCING PUSA ( KPP) oleh Saudara WAFIY NIYNA.

Kepada yang suka memancing udang pasti sentap dengan  gambar ni.Menurut tuan punya gambar udang - udang ini adalah hasil memancing di Sungai Undey.Mungkin petanda yang bagus untuk para peminat pancing udang untuk mencuba nasib berlubuk di Sungai Undey mencuba nasib rezeki joran udang masing masing.

Ini dah kita baik dah ni? kepada semua.. anda bila lagi ?

#12 PANCING MANIA

www.ilovepusa.blogspot.com


credit to KOWAT LAK MEJIN

Monday, 16 February 2015

#11 PANCING MANIA

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


MPUNOK

Kepada yang kaki pancing tegar mesti dah tahu apa gunanya udang ni kan?

Tuesday, 3 February 2015

#6 PANCING MANIA

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

Nampaknya sungai kita mula menampakkan limpahan rezekinya.Gambar ini saya ambil dari facebook group facebook KAKI PANCING PUSA .

Dalam gambar adalah saudara admin yang sedang memegang seekor ikan Selunsung atau "Ntidong" dalam bahasa tempatan.Ikan ini diperolehi oleh seorang penduduk dari Kampung Supa dengan cara "EMPANG" jaring.

 Kepada kaki pancing sekalian ? apa lagi ? jom pakat serbu ramai - ramai

Thursday, 29 January 2015

#5 PANCING MANIA


TRADEMARK BARU.. agak - agak siapa yang kreatif sangat membuat statement ini? Apa - apa pun saya setuju dengan kenyataan ini memandangkan rezeki ikan patin yang semakin menjadi - jadi baru - baru ini di Sungai Batang Saribas ini.

Boleh dikatakan para Kaki  Joran sentiasa menunggu Ikan Patin ini untuk meragut joran dan semestinya ramai yang tak sabar untuk memuat naik pencapaian terbaik masing - masing..ye tak?

Peace...