Friday 30 January 2015

KAMPUNG PUSA YANG SENTIASA DEKAT DI HATI SEMUA

KAMPUNG KU DESA TERCINTA | Kali ni saya nak kongsikan beberapa gambar yanhg saya sempat ambil semasa balik kampung hujung tahun 2014 yang lepas.saya pilih gambar - gambar secara rawak.Gambar - gambar ni saya kongsikan untuk tatapan semua terutama yang sedang jauh di rantau.Mudahan dapat melepaskan kerinduan yang akan selalu bertamu di hati.Mudahan menguatkan semangat mereka untuk pulang ke kampung.

Sebenarnya saya pun sama juga.Tiap kali kalau tengok gambar - gambar ni semua memang membuatkan diri rasa nak balik kampung terus.Memang tidak dinafikan bahawa kampung merupakan tempat yang terbaik untuk berehat dan bersantai.Walaupun dibandar memang ada segala - galanya yang kita mahu.Tetapi dikampung apa kurang ada segala - galanya yang kita perlukan betul tak?

 Bagi orang kampung macam saya yangdibesarkian di kampung sememangnya suasana kampung yang lebih menyelesakan dengan kejiranan nya yang mesra dan erat.Kasih sayang yang luhur dari saudara mara dekat dan kawan yang banyak mengenal erti persahabatan sebenar.

Hujung - hujung minggu yang terluang kan best kalau dapat pulang kampung ??



















































Thursday 29 January 2015

#5 PANCING MANIA


TRADEMARK BARU.. agak - agak siapa yang kreatif sangat membuat statement ini? Apa - apa pun saya setuju dengan kenyataan ini memandangkan rezeki ikan patin yang semakin menjadi - jadi baru - baru ini di Sungai Batang Saribas ini.

Boleh dikatakan para Kaki  Joran sentiasa menunggu Ikan Patin ini untuk meragut joran dan semestinya ramai yang tak sabar untuk memuat naik pencapaian terbaik masing - masing..ye tak?

Peace...

BALAI POLIS BARU BAKAL DI BINA DI DEBAK,SARIBAS DAN BELADIN

TAHNIAH !  Kepada Debak dan Beladin yang akan menerima Balai Polis yang baru yang aman akan dimula di bina dalam masa terdekat ini.Diharapkan dengan pembinaan balai polis yang baru ini nanti akan meningkatkan lagi keselamatan di samping menambahbaik perkhidmatan pegawai yang ditugaskan di kawasan tersebut nanti.

Semestinya dengan setiap penambahbaikan aset kerajaan di sesuatu kawasan disertakan dengan peningkatan mutu perkhidmatan pegawai yang berkhidmatan ke arah sebuah badan yang menjalan tugas dengan berkesan.