Showing posts with label Makanan Dan Minuman Dan Buahan. Show all posts
Showing posts with label Makanan Dan Minuman Dan Buahan. Show all posts

Monday, 6 June 2016

MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.


MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

Bulan Ramadhan disambut dengan pelbagai cara samaada dari sudut kemasyarakatan,rohaniah, Islamiah dan pelbagai lagi cara yang dilakukan.Begitu juga halnya di kampung halaman saya, Kampung Pusa.Kebiasaan nya sehari atau beberapa hari sebelum bermulanya berpuasa dibulan Ramadhan akan diadakan Majlis sambutan bagi mengalu - alukan kedatangan bulan Ramadhan yang menandakan bermulanya Rukun Islam yang ke 3 iaitu berpuasa selama sebulan dibulan puasa.

Majlis tersebut akan mengumpulkan penduduk kampung untuk mengadakan bacaan doa dan tahlil kepada ahli - ahli keluarga hadirin yang menyertai majlis.Majlis bacaan doa lazimnya diadakan di Surau dan sesetengahnya mengadakan majlis bacaan di rumah kemungkinan diserta dengan bacaan kesyukuran tertentu atau bacaan doa selamat dan sebagainya .

Selesai Majlis bacaan doa tuan - tuan rumah akan mengadakan jamuan sedekah kepada para hadirin dengan pelbagai hidangan untuk jamuan para hadirin.Apa yang menariknya,hampir setiap rumah di kampung kami yang mana berkemampuan akan mengadakan jamuan terbuka kepada sesiapa sahaja pada hari itu sebagai bersedekah bersempena sambutan kedatangan bulan mulia Ramadhan.


Sedikit ulasan mengenai hidangan yang dihidangkan.Lazimnya hidangan yang dihidangkan mengenakan masakan dari resepi warisan tradisional masyarakat di Kawasan Saribas yang diwariskan dari zaman nenek moyang pada suatu ketika dahulu yang terdiri dari masakan rempah - rempah.Terdapat pelbagai jenis masakan rempah yang diselangselikan dengan masakan yang lain dan juga menu yang lain seperti buah - buahan dan sebagainya.

Adalah menjadi kelaziman masyarakat di Kampung kami untuk mengadakan majlis doa dan jamuan ini dikebanyakan bulan - bulan dan perayaan Islam yang lain seperti sambutan Nisfu Syaaban, Maulidur Rasul,Aidil Adha dan banyak lagi.Best kan ? Apa yang lebih penting adalah semangat kemasyarakatan di mana sepanjang persediaan, persiapan dan hari berlangsungnya majlis adalah dikerjakan secara gotong royong oleh saudara mara dan jiran - jiran yang terdekat.

Seterusnya saya kongsikan kepada semua sebahagian dari hidangan di sebuah rumah Ayah dan Ibu saudara saya di kampung Pusa yang saya sempat hadiri ketika saya pulang ke Kampung pada hujung bulan Mei 2016 yang lepas.

Macam - macam ada... ada rempah ayam,rempah bebek kampung ( Itik ) , rojak dan banyak lagi.














AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



Monday, 23 March 2015

MAKANAN KAMPUNG YANG SENTIASA DEKAT DILIDAH KITA



Bohonglah kalau menjadi seorang rakyat kampung tak tahu macam mana nak makan makanan tradisional seperti ini terutama mereka yang suka mengulam.Makanan peram seperti tempoyak,cencaluk,rusip @ pedak , bubok , pekasam dan banyak jenis lagi merupakan makanan yang tidak dapat dipisahkan dengan seorang kampung seperti saya dan yang lain nya.

Kepada para suri rumah di kampung semestinya takkan lari dari makanan yang rare ini.Menu pagi tengahari dan malam.Kalau dah tak de lauk lain pun jadi jugak.Tak kira mahupun yang tiggal dibandar dan kampung sindiri mesti cari jugak makanan ini.Sehinggakan ada yang sanggup minta dikirimkan dari Kampung ke Bandar kalau masa - masa tekak mengidam giler nak makan.

Percayalah kalau saya cakap,bukanlah orang asal kampung kalau tak kenal,tak pernah merasa makanan seperti ini.

Monday, 9 February 2015

KUIH TRADISI SARAWAK : KUIH LEMAK TAKIR

http://ilovepusa.blogspot.com/

http://ilovepusa.blogspot.com/





KUIH TAKIR |  Siapa yang tak kenal dengan kuih ni memang tak sah lah menjadi penduduk Daerah Kecil Pusa.Kuih yang sangat terkenal dikalangan masyarakat kita tak kira di mana jua.Bukan sahaja di Daerah Kecil Pusa.Malah di Negeri Sarawak pun kenal nama kuih ni.

Sebelum itu saya nak bagi credit buat Rakan sekelas lama saya,Saudari AYATT ARUN dari Kampung Beladin untuk gambar kuih ni.

Berikut saya kongsikan resepi kuih ni yang saya rujuk dari http://resepictinah.blogspot.com.


1 paket tepung beras
500gm gula apong
2 bj kelapa
1.25 liter air
Daun pucuk (nipah) dan lidi

  1. daun pucuk dibentuk kotak segi empat memanjang yg dipanggil ‘sampan’ dan semat kedua hujungnya dgn lidi
  2. cairkan gula apong di atas dapur dan ketepikan
  3. perah santan dgn 1.25 liter air dan bancuh dgn tepung beras hingga adunan bercampur rata
  4. tuangkan seikit gula apung yg elah dicaikran tadi dan sudukan adunan tepung di atasnya
  5. kukus sampai masak

 Selamat Mencuba semua.

* Jika ada kesilapan dalam pembuatan mohon nasihat pembetulan yerrr...

Thursday, 29 January 2015

GULO "KOIEA" : LOLLYPOP LEGEND DARI GULA APONG

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


GULA KOER |  Mungkin agak susah nak membunyikan sebutan sebenar dalam bahasa Melayu standard.Sebutannya berbunyi "KOIEA" dalam bahasa tempatan Daerah Kecil Pusa.Gula - gula yang menjadi kegilaan zaman kanak - kanak ini sememangnya menjadi rebutan ketika itu.

Gula - gula ini diperbuat berasasaskan gula nipah atau " gula Apong" pada sebutan tempatan dan terdapat ramuan lain seperti gula pasir dan kacang tanah ditumbuk dalam gula - gula gula ini.Gula - gula yang ini kebiasaannya di buat pemegang dari lidi.

Namun begitu gula - gula atau lollipop ini nampaknya kian tenggelam dan dilupakan oleh zaman yang berlalu dengan pantas.Lagipun tidak ramai dari masyarakat kita yang ingin mempelajari cara membuatnya.Saya secara peribadi mengganggap gula - gula ini sebagai makanan warisan kerana ianya jarang terdapat di mana - mana kawasan lain.Tambahan di Daerah kecil Pusa hanya kawasan atau dan kampung tertentu sahaja yang masih menjual gula - gula ini.

Diharapkan ianya tidak akan pupus supaya generasi kita yang akan datang masih mengenal akan kehidupan dan budaya kampung kita yang harus kita warisi sampai bila - bila.

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

Monday, 3 November 2014

SUMAN ATAU PAIS MANTAK

 
\
SUMAN MANTAK | merupakan makanan yang sik asing agik bagi warga Pusa.Cuma makin jarang orang dah molah makanan tok.Makanan yang diperbuat dari tepung sagu dibuat pais dan dan ditunok atas bara.Kuih tok biaso eh di ngkah orang dengan macam - macam ramuan tambahan , PUAN kato orang Pusa.Ado eh ngkah payak,ati parek dan ikan lumek juak pakey ngan dalam pais mantak tok.
 
Kebiasaannya pais tok dijuai dengan hargo RM1.50 hingga RM2.00 di gerai - gerai.
 
Mun sapo yang dah meraso mesti madah nyaman.Dirik maok agik..Percayalah.

KUIH CINA( CINO )

 
KUIH CHINA @ CINO | Rupa macam biskut tapi ditunggah kuih... yo lah uniknya Kampung Pusa.Satu lagi Kuih tradisional yang menjadi kegemaran masyarakat Pusa.Di Daerah Pusa kita akan menjumpai di mana - mana kuih tok ada di jual orang dari kedai runcit sampai ke pasar - pasar.Semestinya ramaiyang menyukai kuih tok sehingga di mana - mana mesti ada pembelinya.
 
Kuih tok biasanya di jual dalam peket.Ada juak yang menjual dalam bekas plastic ( Mpurong ) dan dalam Tin atau TEM dalam bahaso tempatan.
 
Kuih tok biaso eh dihidang untuk menyambut tetamu kerumah dan untuk menikmati minum petang di beranda sambil beloya..nang nyo ilak yo..
 
KUIH CINO NANG TERBAIK
 
 
 

Thursday, 23 October 2014

3 RASA,3 CITARASA,3 RENCAH,3 MEE YANG TERKENAL DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK




Mesti ramai yang kenal dengan Mee mee dalam gambar tok.
Mee Kopeng,Mee Hj Amat,Mee Sup Gerai No.6.

Semestinya satu kemestian mun pulang kampung ngoder mee tok.Masing masing dengan citarasa yang tersendiri dan mempunyai keunikan masing masing.Kepada yang belum mencubo dan meraso jemputlah datang ke Pusa.Rasanya di tempat lain sik do kot.

Untuk Pengetahuan kitak tiga Mee tok diusahakan oleh orang yang berbeza.

MEE KOPENG | Mee tok nang sudah sekian lamak bertapak dikamppung Pusa.Saya pun dari bukak mato dah nemu mee tuk dari pasar lamak dolok yang awalnya diusahakan oleh Kedai Cina Kopeng atau Keluarga Encik Koh.Dari pasar lamak sampailah ke Pasar Seberang.Setakat tok sik ado namo rasmi bagi Mee tuk.Cuma,selepas keluarga Cik Koh berpindah keluar dari Pusa.Perusahaan Mee tok disambung oleh Kelaurga Ahan yang di depan Kedai Minum Ah Chuan(Kuan).Nama rasmi mee tok sekrang adalah Mee Kari mun nangga kat booth Jualan Lah.

MEE KUAH HJ AHMAD | Perusahaan Jualan Mee Kuah tok diusahakan oleh keluarga HJ AHMAD dari Pasar lamak Kampung Pusa dolok.Bermula bertapak di depan Kedai minum Golong(Panggilan warga tempatan).Perusahaan yang dimulai sekian lamak dengan rasa kuah yang sangat unik berasaskan daging.Perusahaan Mee tok masih diteruskan sampai sekarang dan bertambah maju sehingga Keluarga Hj Ahmad sendiri mengembangkan perusahaan dengan menghasilkan mee mereka sendiri untuk digunakan dalam perusahaan Mee Kuah ini.Keluarga Hj Ahmad juak  membuat jualan kepada orang rami yang ingin membeli mee kuning mentah untuk kegunaan yang tersendiri.

MEE SUP GERAI NO.6 | Mee Sup Gerai No.6 ini diusahakan oleh keluarga En.Lai atau Hamid nama sebenar.Gerai makan yang bertapak lebih 10 tahun di Daerah Pusa ini mempunyai keunikan rasa yang tersendiri terutamanya Mee Sup yang mengundang orang ramai untuk berkunjung ke gerai mereka bagi merasai Mee Sup Gerai No.6.Rasa Mee Sup ini tok sik pernah berubah dari dolok - dolok agik.Ya yang mengjadi tarikan utamanya.

Selain dari bercerita pasal perusahaan mee tok,Saya berharap untuk semua orang membuka mata dan diri  untuk berfikir sejenak lok tentang perkara mengembangkan diri dan memajukan diri kita.Kenak sik kita memulakan usaha untuk kita mencari suatu perkara dengan memotivasikan diri kita melalui kejayaan orang lain.Mun orang boleh buat kita pun boleh buat.Yang menentukannya adalah kesabaran dan kesetiaan kita dalam menghadapi cabaran.Ya jak tek.


Wednesday, 22 October 2014

LAGENDA BUAH GOGAM

Sapo yang sik tauk buah tuk nang sik sah sebagai warga Daerah Kecil Pusa.Buah gogam kato urang nyebut buah tok.Kebanyakan urang kito suko ngulam buah tok dari golongan biak mudak ke golongan tuo.Petang petang mun dudok diberando selalu nangga sidak berczrik ngan pitis makey ngulam buah tok.Ado juak yang sik ngiro pagi ngan petang juak.Terutama sidak nak mengandung yo dah nyawo ngidam lain kiro lah.
TETAPI maso kinek tok kito dah makin jarang atau kekurangan pokok buah gogam tok memandangkan rami juak orang sik pian gilak ngan buah gogam tuk.Ado pokok buah tok kelak sik di tangga gilak agik.Mungkin kerana zaman dah moden dan masyarakat kito mempunyai pilihan yang lain.Yolah tek,memandangkan urang berkebun pun makin banyak,macam macam buah nak lain yang lebih menarik.Walau apa pun buah tok tetap jadi LEGEND di kalangan masyarakat kito.Teringat zaman dolok maso gik biak ndekik pokok gogam sampai kenak serang sesak.Banyak juak kenangan yang kito sikkan lupa.
Ado sidak suko makan buah tuk cecah asam boi pun ado juak.Sak mirah bibir kenak asam boi.Sik lupak juak sidak nak suko makan ngan perencah mee maggi.
GOLONGAN MUDA zaman kinek tuk ni ado nemu macam zaman gilo ngan buah gogam gik.mena sik?Tapi bagi yang duduk dah lamak di Kawasan Pusa nang sik lupak dengan buah-buahan kampung seperti gogam tok.Siap ado juak balo kenak namo kamboh GOGAM.Sik cayak cobo anso di Pusa.Mesti ado kitak nemu.hehehehe.
Apo apo pun di mana kito berado,Pada satu saat kito akan carik juak kehidupan dikampung yang kito lalui terutama sidak yang merantau jauh.Salah satu yang akan dicarik mun datang tekak nak ncarik.BUAH GOGAM

Monday, 29 September 2014

MEE KUAH HJ AMAT DI DEPAN KEDAI GOLONG



MEE KUAH HJ AMAT DI DEPAN KEDAI GOLONG

PASAR PUSA | Siapo yg sik tauk dengan mee kuah Hj Amat tuk nang bukanlah penduduk Kampung Pusa.serius madah..hehehe.mee yg berpuluh tahun terjual dari pasar lamak dolok menjadi daya tarikan penduduk dari sekitar pelusuk daerah Pusa.
Dari dolok sampai kinek tok nang x pernah lejuk ngan mee tok.Bagi sidak yang sik selalu pulang ke kampung yo,mesti sik miss meraso mee tok.mena sik?
Stall yg sekian lamak terletak di depan Kedai Minum Golong semestinya banyak menyimpan kisah kisah dan cerita yang tersendiri tentang keunikan raso  mee tok.
Apo apo pun tok lah antara keunikan Kampung Pusa.kiro dh jadi trade mark juak lah.
Peace.
WASSALAM.
 

AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my


 

Tuesday, 26 August 2014

GHAMAK APONG @ GERAMAK APONG (sebutan melayu sarawak)



SALAM SATU MALAYSIA,
SALAM SATU PUSA
 
 
Bagi para veteran atau orang tua lamak di PUSA memang sangat familia atau kenal dengan resipi lauk makanan tok.Mungkin sidak nak mudak mudak atau biak biak sik ngelalo gilak lauk tuk...
 
Lauk tok lah ditunggah ghamak apong..mungkin ado yang tertanyak? mena ka ado urang makan ghamak? nang ado.Jangan sik percayak kitak.Resipi tok nang sik asing agik bagi sidak nak hidup zaman berhumo ( berhuma) zaman gik  bertanam padi dolok..lauk tok lah antara yang menjadi lauk kita zaman mensio dolok.Bagi nak si pernah nengar mungkun akan madah tok makanan eksotik,tapi hakikatnya jangan sik percayak nang mena ado lauk tok.Cuma jarang di jumpa kito kinek hari tuk.
 
Nak ngambik ghamak tuk bukan nya senang,mun sik berghemaq dalam padang apong.Biaso eh makey "KAIT" orang ngambik ghamak apong tuk menurut orang tuo tempatan.Kebiasaan nya,ghamak tuk orang masak kicap..Mun makan ghamak tuk,makan badan nya jak.penyepit dan kaki ghamak sik di makan.Makanan tok nyaman di makan ngan nasi maso petang-petang.Ado juak suko diipong atau diganyang macam yo ajak.
 
Sekian perkongsian kamek.
 
Wassalam.