Showing posts with label Anak Jati. Show all posts
Showing posts with label Anak Jati. Show all posts

Monday, 5 November 2018

SYABAS BUAT TEAM SINARAN BARRACUDA DI ARENA REGATTA SARAWAK 2018



SYABAS BUAT TEAM SINARAN BARRACUDA DI ARENA REGATTA SARAWAK 2018

Regatta Sarawak telah menutup tirai perlumbaannya pada petang kelmarin di mana Raja Sungai Regatta Sarawak 2018 dimenangi oleh pasukan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai. Namun Begitu penglibatan wakil tunggal pasukan dari Kampung Pusa tidak kurang hebatnya pada kemuculan sulung Pasukan Barracuda yang berkerja sama dengan pasukan Sinaran dari Kampung Sejijak haruslah mendapat pujian atas semangat kesukanan dan kesungguhan yang di pamerkan sepanjang perlumbaan.

Tidak dinafikan perlumbaan di arena Regatta Sarawak yang menghimpunkan pasukan pasukan yang berpengalaman memberikan ianya satu pengalaman yang sangat bermakna untuk menyemak kembali prestasi untuk diperbaiki pada masa hadapan.

Sungguhpun begitu Pasukan Sinaran Barracuda mampu meraih beberapa piala diperingkat saringan dan ini menunjukkan satu pencapaian yang harus dibanggakan selaku muka baru yang mencoba keupayaan diperingkat Regatta Sarawak.

Kita tetap berpuas hati pulang dengan semangat yang tinggi. Walaubagaimanapun bagi yang menonton perlumbaan akhir Bidar 30 Pekayuh Akhir sebahagian dari pekayuh pasukan kita nampaknya bekerjasama dengan Pasukan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai untuk sama sama merentap dan bersaing di pentas akhir memerah keupayaan bersama barisan pasukan lain yang bersama - sama menguatkan pasukan yang bertanding.

5 Buah Bidar Yayasan Sarawak yang berentap di Perlumbaan Akhir Pekayoh 30 lelaki membariskan pekayoh dari Puteri Dang Balai, Cahaya Putri Ruai dari Sebuyau, Barracuda dari Kampung Kalok Pusa, Darahmuda Dari kampung Hulu Pusa dan beberapa Pekayoh dari Pasukan yang lain dan akhirnya memberikan kemenangan kepada Puteri Dang Balai yang menjulang Piala Kejuaraan Piala TYT Negeri Sarawak yang sekali gus memberikan gelaran Raja Sungai Regatta Sarawak 2018 pada tahun ini.

Kalah menang memang adat perlumbaan namun apa yang penting adalah pengalaman  yang dibawa pulang untuk menyusun kembali persiapan untuk menghadapi perlumbaan yang seterusnya. Memang diakui bukanlah mudah untuk menempatkan diri di peringkat ini namun pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan Sinaran Barracuda dan Pekayoh - pekayoh dari Pusa pada kali ini wajar di puji dan dihargai kerana telah berjaya membawa dan menaikkan nama Daerah Pusa di persada arena Regatta Sarawak.

Syabas dan tahniah kepada semua.Sampai jumpa lagi di perlumbaan yang akan datang.

#KeboSampeyMpusak.















Thursday, 21 December 2017

TUNGGAL

TUNGGAL
Nukilan Namoku Payjai

Aku hanyalah seorang manusia biasa
Dilahirkan tanpa mempunyai saudara (tunggal)
Jikalau datang masalah dan kesulitan,
aku tak tau ke mana akan ku curahkan
Kerana aku tak punya saudara (tunggal)
Jadi kuhadamkan semuanya
Bagai pasir jelus menelan mangsa

Sampai detik ini aku kegusaran
Jikalau orang tua ku mengadap Ilahi
Siapa yg akan menemani keseharianku???
Kerana tanpa ada keduanya ,rumah dan keseluruhan jiwa pasti terasa sepi

Tapi aku bersyukur dilahir sebagai tunggal
Kerana...
Perhatian orang tua hanya untukku
Orang tua ku lah menjadi sahabat ku
Sampaiku pergi mengadap ilahi sekalipun
Keduanya tetap orang tuaku sampai alam sana
Tidak akan kuganti dengan yang lain

Terima kasih ibu
Terima kasih ayah
Atas apa yg telah kalian lakukan untuk kebaikan ku
Dalam setiap doa anakmu ini
Tak lekang kusebut namamu berdua
Tu saja termampu
Tu saja terdaya
Ku balaskan kebaikan budi dan jasa
Sebagai anak terhadap orang tuanya
Akulah si Tunggal tanpa saudara.

19 Disember 2017, Selasa
Bintulu

Nukilan
Namoku Payjai

Tuesday, 19 December 2017

SURATAN

SURATAN
Namoku Payjai

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Ada yg datang ada juga yg pergi
Kawan sentiasa silih berganti
Yang pasti tak sama sebagai  pganti
Yang lama juga yang dicari...

Perpisahan tak perlu dicari
Tidak juga diingini
Namun tetap akan terjadi
Tak kira masa & juga waktu
Jika itu sudah dijanji...

Yang ditinggal merasa hiba
Yang pergi pula merasa pilu
Selebihnya mengharap sinar
Sesudah tragedi
Pastikah kita akan bersua lagi. ..

Airmata tidak mampu disembunyi
Mengalir laju membasahi pipi
Segala kenangan menerjah jiwa
Membuat perasaan menjadi  hiba
Kerana persahabatan tidak menjanjikan derita...

Kesatkan saja airmatamu
Wahai sahabat berjiwa lara
Yang merancang itu adalah kita
Tapi Tuhan jua yang menentukan segalanya
Itu sudah suratan takdirnya
Kita terpaksa berpisah jua...sahabatku
Kerna setiap pertemuan pasti akan ada titik perpisahannya.

19 Disember 2017
Nukilan Asal: Namoku Payjai

Wednesday, 22 April 2015

SUATU ZAMAN..AKU, SUNGAI,JARING DAN IKAN BULU


Mungkin ramai yang pelik dengan tajuk kali ni....Kali ni tiba - tiba teringat pulak suatu masa dahulu.Zaman di mana saya duduk kampung dan tak pernah keluar lagi keluar dari kampung pada masa itu.Boleh dikatakan saya seorang "kampung boy' sangat pada masa itu.Tapi tak pernah lekang dengan aktiviti harian yang dijalankan.

IKAN BULU ? ADA APA DENGAN IKAN BULU ?

Mungkin ramai yang tertanya kenapa dengan gambar ikan bulu ini.Macam ni. Semasa saya duduk dekat kampung dulu teringat dengan aktiviti menjaring ikan bulu bersama dengan arwah atuk.kadang - kadang kalau ayah saya ada balik ke kampung.Ayah saya yang akan membawa saya menjaring ikan bulu ini.Turun dari pagi sampai petang.Siap dengan bekal menjaring rezeki dekat sungai merupakan asam garam hidup di kampung.Kadang - kadang bukan setakat ikan bulu yang dapat,malah ikan lain seperti ikan lundu dan belukang pun ada sekali.Kebiasaan kami mula menurunkan jaring dari Kawasan Kampung Kalok sampai ke Kampung Lot.Dengan menaiki perahu yang dikayuh dengan tangan kami meraih rezeki sampai ke petang.

Banyak perkara yang masih diingat dan dikenang - kenang sampai sekarang.Kadang - kadang bila cuaca tak menentu terpaksa belindung di anak sungai yang berdekatan.Tapi itulah lumrah sebagai orang kampung yang tetap menjadi darah dan daging dalam tubuh ini sampai bila - bila.

Semenjak zaman dah modern dan saya pun dah bekerja di bandar,Sekali - sekala rindu juga dengan aktiviti di kampung seperti dulu.Walaupun kini sudah berada di negeri lain namun saya sebagai yang dibesarkan di kampung tetap takkan dapat jauh dan lari dari aktiviti kampung.Walau apa pun.

ASAL DARI KAMPUNG...

Monday, 3 November 2014

JNR TERUBOK MASIN SARAWAK

TERUBOK MASIN SARAWAK | Kamek raso mesti ramai yang dah tauk tentang kedai B.80 JNR TERUBOK MASIN SARAWAK tok.En Jaafar dan En. Rozie merupakan salah seorang anak jati dari Kampung Pusa,yang sedang giat memajukan perusahaan Ikan Terubok Masin Sarawak di MEDAN NIAGA SATOK.
 
100 % DIJAMIN HALAL,
100% KELUARAN ANAK TEMPATAN,
100% BUATAN MALAYSIA
 
Beliau telah mengusahakan perusahaan tok bertahun - tahun dan telah menimba banyak pengalaman dalam perusahaan tok."HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH ".Dengan berkat usaha dan pelbagai pengalaman yang dah dilalui banyak pengalaman yang beliau dapat untuk memajukan perusahaan terubok masin tok.Sik ramai kita yang sanggup menyahut cabaran untuk mengusahakan perniagaan.Kini Saudara Jaafar telah berjaya mengkomersalkan produk ikan terubok masin beliau serata tempat,Sik kira maok urang Sarawak mpun,Orang ndatang termasok omputeh atau pelancong sentiasa dating mengunjungi gerai saudara di Satok untuk membeli dan menempah terubok masin.Semoga kejayaan saudara Jaafar menjadi contoh kepada orang kampong kita juak supaya mendapatkan inspirasi untuk memajukan diri sik kiro apo pun.
 
Berikut kamek kongsikan preview berkenaan produk keluaran JNR TERUBOK MASIN SARAWAK.