Tuesday 27 March 2018

SENJA PULANG

SENJA PULANG
Namoku Payjai

Kami singgah di sini
Di tepi pantai ini
Berteman deruan ombak
Berteman desiran angin laut

Aku...kaku berdiri
Menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi
Kilauan pasir  diterpa mentari senja
Nyiur pun  melambai diterpa angin
Keajaiban ciptaan Tuhan

Mentari mulai menyembunyi diri
Di sebalik garisan laut yang cukup setia
Menunggu malam ke siang hari
Cinta alam yg teragung
Sungguh merasuk jiwa

Lukisan indah potret pantai temasya
Beriadah manusia berteman siapa
Tanpa tahu asal usul dan budaya
Bersama merasa ketenangan jiwa

Pantai Tanjung Batu
Namoku Payjai
GAPESA

Monday 26 March 2018

BILA MALAM MENJEMPUT SEPI

BILA MALAM MENJEMPUT SEPI
Daud Ahmad

Malam...
Dalam gerimis
Sepi memaksa aku rindu
Masa nan lalu
Indah dalam pesona jiwa kita

Kasih....
Yang kusayang
Kasih kita noktahnya pilu
Kita terpaksa jua
Meleraikan cinta kita yang rapuh

Selagi malam
Masih menjemput sepi
Rindu maaih kutanggung
Entah bila masanya
Bencana di jiwa kecewa
Akan berakhir

Selagi malam
Masih menjemput sepi
Aku masih mengharapkan
Dalam doa keseorangan
Bahgia tetap bersamamu
Aku rasa bahgia..

Rindu.....
Pada kasih tiada
Doa tetap ku lafazkan
Dalam detik nafas
Agar ku temui
Bahgia...

25032018

Nukilan Daud Ahmad

Friday 23 March 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH YOT BINTI NAWAS DARI KAMPUNG HULU PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Yot Binti Nawas dari Kampung Hulu Pusa pada 23 Mac 2018 Bersamaan 6 Rejab 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir Pada kira kira pukul 5.44 pagi tadi di Hospital Betong.

Jenazah Allahyarhamah telah dibawa pulang ke Kampung Pusa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kampung pada hari ini juga.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah

.Alfatihah.

Thursday 22 March 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH SABA'AH BINTI HAJI APONG DARI KAMPUNG HULU PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Saba'ah Binti Haji Apong dari Kampung Hulu Pusa pada 22 Mac 2018 Bersamaan 5 Rejab 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Kediamannya pada kira kira jam 4.07 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah

.Alfatihah.

Sunday 18 March 2018

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM JONI BIN DAY DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.


AL-FATIHAH DAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM JONI BIN DAY DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

Dua hari lepas, Kampung Pusa digemparkan dengan kehilangan seorang individu bernama Joni Bin Day berusia 42 tahun berasal dari Kampung Hulu Pusa.

Kehilangannya disedari oleh isterinya apabila mendapati dia tidak pulang ke rumah sehari semalam.Seterusnya satu laporan polis telah dibuat.

Siasatan awal pihak polis menemui motosikalnya dibawah Jambatan Tandang Sari namun orangnya tidak ditemui.

Pada hari kelmarin,satu operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh Jabatan Bomba,JPAM dan PDRM serta sukarelawan yang terdiri dari orang kampung untuk mencari saudara Joni.

Operasi pada kira kira Jam 3.30 petang telah menemui mayat beliau tidak berapa jauh dari kawasan pengkalan feri Batang Saribas.

Suasana pilu dan sebak mengiringi penemuan mayat dan ini mengejutkan ramai pihak.Mayat yang dijumpai seterusnya dinaikkan ke darat dan diserahkan kepada PDRM untuk siasatan lanjut.Mayat dibawa ke Hospital Betong untuk Bedah siasat.

Al Fatihah.

Alhamdulillah.Jenazah Allahyarham Joni Bin Day telah dibawa pulang ke Kampung Pusa untuk pengebumian di Tapak Perkuburan Islam Daerah Pusa pada malam semalam.

Semoga Roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang orang yang beriman dan diampuni.Semoga dicucuri rahmat dan berkat di sisi Allah.

Takziah juga buat keluarga Allahyarham.Semoga cekal dan tabah menghadapi dugaan ini.


I LOVE PUSA 
www.ilovepusa.blogspot.my






Friday 16 March 2018

SMK PUSA MENGUNGGULI PENCAPAIAN TERBAIK SPM 2017 SEKOLAH SEKOLAH DI BAHAGIAN BETONG.

SMK PUSA MENGUNGGULI PENCAPAIAN TERBAIK SPM 2017 SEKOLAH SEKOLAH DI BAHAGIAN BETONG.

Sekolah Mengengah Kebangsaan Pusa atau SMK Pusa mencatatkan satu lagi sejarah pada tahun ini apabila muncul sebagai sekolah menengah terbaik secara keseluruhan bagi sekolah-sekolah menengah di Seluruh Bahagian Betong.

SMK Pusa mengungguli kedudukan teratas apa bila seorang pelajar mendapat  skor 9A (semua subjek pelajaran) manakala 19 orang dari pelajar SMK Pusa mendapat 5A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang mana hari pengumuman keputusan SPM bagi calan tahun 2017 telah berlangsung kelmarin.

SMK Pusa mencatatkan peningkatan yang amat membanggakan apabila mencatat GPS 5.14 secara keseluruhan.

Selain itu,turut mendapatkan keputusan yang meningkat adalah SMK Beladin yang meningkatkan GPS 2016 iaitu 6.26 kepada 6.20 pada tahun ini.

Sehubungan dengan kejayaan dari segi meningkatkan keputusan SPM para pelajar,Warga Smk Pusa mengucap jutaan terima kasih Kepada YB Tuan Haji Razaili,ADUN 29 Beting Maro di atas keprihatinan beliau dalam memberi sumbangan dan galakkan untuk memertabatkan pendidikan di Smk Pusa.
Smk Pusa pada tahun ini juga mencatat sejarah sekali lagi SPM(2017).

Selain itu Syabar dan Tahniah juga kepada Warga SMK Pusa termasuk Pengetua dan seluruh guru guru dan tenaga pengajar yang mengerah usaha dan bertungkus lumus memastikan persiapan para pelajar yang menghadapi Peperiksaan SPM 2017 ditahap yang memuaskan dan terbaik dan semestinya hari keputusan pada kelmarin merupakan trofi dan hadiah terbaik buat semua yang memerah usaha.

Penghargaan juga turut diberikan kepada pihak PIBG dan para ibu bapa serta penjaga para pelajar yang mendoakan dan merestui para pelajar sepanjang menyiapkan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM 2017.
Kejayaan yang penuh makna tahun ini sememangnya sebagai bukti akan keberkesanan formula modul modul pembelajaran yang dilaksanakan oleh pihak SMK Pusa dalam memastikan hasil pencapaian yang terbaik buat pelajar.

Alhamdulillah.Sekali lagi Tahniah dan Syabas semua di SMK Pusa juga sekolah SMK Beladin yang merupakan Sekolah dalam Daerah Pusa atas pencapaian terbaik pada tahun ini.

Semoga pencapaian ini menjadi satu penaik semangat buat semua dalam melahirkan pelajar pelajar yang cemerlang dalam Akademik dengan pencapaian yang terbaik InshaAllah.

I LOVE PUSA

www.ilovepusa.blogspot.my








Sunday 11 March 2018

BARACUDA SI RAJA AIR

BARACUDA SI RAJA AIR
Daud Ahmad

Sekalung tahniah....
Dalam membina sata pasukan
Dalam bersama mencari kemenangan
Bergelar juara memang impian
Kerjasama yang utuh pita pengukur

Baracuda si raja air
Batang rimbas jadi saksi
Batang lupar tertunai janji
Jiwa mereka bersama si juara

Baracuda si raja air
Namamu terjulang
Tiga musim berturut di Pesta Bungin
Reggata Pusa tetap juara..
Banggalah...
Anda memburu kejuaraan
Dalam jiwa satu pasukan
Sukar dicari semangat yang jitu

Baracuda si raja air
Akan menjadi....
Acuan semangat pada yang lain
Si jerung putih masih mengejar
Si wali tak akan berdiam diri
Membara dendam darah muda
Itulah saudara dalam perjuangan

Baracuda si raja air
Berpesanlah pada diri
Berpesanlah pada pasukan
Diam mereka itu...
Di dalamnya......terselit rasa cemburu

Baracuda si raja air
Kocaklah setiap sungai
Semangat  itu..
Akan terpendam
Andai tiada lesinambungan perjuangan

Kami bangga...
Walau hanya pendengar cerita
Menjadi lagenda di suatuasa

Kami bangga
Walau kami takut....
Akan kacakan setiap sungai
Tersimpan misteri sendiri

Tahniah....
Anak saribas..

Nota. Tahniah pada penganjur pesta bungim.
           Tahniah pada peserta.
           Tahniah pada penonton
           Tahniah pada siapa yang terlibat.

11032018

Nukilan Daud Ahmad

TEAM BARRACUDA DINOBATKAN MAHARAJA AIR PESTA BUNGIN 2018 MELENGKAPKAN KEJUARAAN HATRIK BERGAYA.

TEAM BARRACUDA DINOBATKAN MAHARAJA AIR PESTA BUNGIN 2018 MELENGKAPKAN KEJUARAAN HATRIK BERGAYA.

Pesta Bungin 2018 menutup tirainya pada hari ini dengan berlangsungnya Acara kemuncak iaitu Final Sakai 30 yang menyaksikan perebutan Maharaja Air Pesta Bungin 2018.

Team Barracuda sekali lagi muncul juara sekaligus dinobatkan sebagai Maharaja Air Pesta Bungin 2018 mempertahankan kejuaraan hatrik 3 tahun berturut-turut.
Team yang terkenal dengan slogan keramat " Kebo Sampey Mpusak" tersebut meninggalkan team-team pencabar yang lain seawal perlumbaan dimulakan dan seterusnya mengekalkan kayuhan kencang sehingga penamat.

Team Barracuda pada tahun ini mendapat saingan yang sangat hebat dari team team pencabar yang lain yang mengerah sehabis keringat dengan pengalaman pengalaman yang tersendiri.

Team Barracuda dalam acara final sakai 30 pada hari ini turut mendapat saingan sengit dari Team Jang Saribas yang mengekori rapat ditempat kedua dan tempat ketiga adalah Team Lang Ganas.Selain itu,team Cahaya Putri Ruai dan Team Wali Putih turut memberi tentangan ditempat keempat dan kelima.
Arus Sungai yang deras merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi dengan perancangan yang rapi dari setiap team yang berentap selain dari persembahan dari segi teknikal dan stamina dari semua team yang bertanding.

Team Barracuda ternyata menunjukkan kayuhan bergaya dengan jentera Bidar yang baru pada hari ini dan ini membuktikan prestasi dan persembahan yang mantap dan merupakan pesaing yang digeruni di Sukan Regatta yang mereka pernah pernah pertandingkan.

Syabas dan tahniah kepada team Barracuda yang telah membawa pulang trofi kejuaraan buat kali ketiga.

Tahniah juga kepada Team yang lain Bertanding pada tahun ini dan atas semangat juang dan kesukanan yang tinggi ditunjukkan sepanjang berlangsungnya acara pada tahun ini.

Keputusan Penuh
MAHARAJA AIR PESTA BUNGIN 2018.
FINAL SAKAI 30
1. Barracuda.
2.Jang Saribas.
3.Lang Ganas
4.Cahaya Putri Ruai.
5.Wali Putih.

Semoga berjumpa lagi di Pesta Bungin yang akan datang.

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my


















AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM UJANG BIN SABANG DARI KAMPUNG HILIR PUSA.

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM UJANG BIN SABANG DARI KAMPUNG HILIR PUSA.

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Ujang Bin Sabang atau lebih dikenali dengan panggilan Ujang Kebo dari Kampung Hilir Pusa pada 11 Mac 2018 Bersamaan 23 JamadilAkhir 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Kediamannya pada kira kira jam 5. 00 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada pagi tadi jam 9.00 pagi

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.

MAHARAJA AIR PESTA BUNGIN 2018 - FINAL SAKAI 30.PART 2.


MAHARAJA AIR PESTA BUNGIN 2018 - FINAL SAKAI 30.PART 2.

Lagi video yang menyaksikan saat saat kejuaraan Team Barracuda selaku juara bertahan 3 tahun berturut turut Acara Final Sakai 30.

Barracuda yang turun dengan jentera Bidar yang baru tahun ini mencipta kejutan yang melengkapkan hatrik kejuaraan pada tahun ini di Pesta Bungin.

Tahniah team Barracuda.

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my


MAHARAJA AIR PESTA BUNGIN 2018 - FINAL SAKAI 30


MAHARAJA AIR PESTA BUNGIN 2018 - FINAL SAKAI 30

Hari ini berlangsung acara kemuncak yang di nanti nantikan di Pesta Bungin 2018 iaitu Acara Final Bidar 30 yang akan menobat siapa Maharaja Air Pesta Bungin 2018.

Team Barracuda dari kampung kita,Kampung Pusa mengungguli acara dengan penuh bergaya dengan mengekalkan kejuaraan 3 tahun berturut turut dalam Acara Final Bidar 30 sekaligus dinobatkan sebagai Maharaja Air Pesta Bungin 2018.

Keputusan penuh Final Sakai 301

1.Barracuda
2.Jang Saribas
3.Lang Ganas

Tahniah kepada Pemenang dan juga para team yang lain atas semangat kesukanan dan semangat juang yang ditunjukkan.

Pesta Bungin 2018 menutup tirainya pada hari ini.Sehingga berjumpa di Pesta Bungin yang akan datang.

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my 

Thursday 8 March 2018

TAHNIAH ! SMK PUSA MENDUDUKI TEMPAT KE 7 KESELURUHAN KEPUTUSAN TERBAIK STPM 2017 SELURUH NEGERI SARAWAK.


TAHNIAH ! SMK PUSA MENDUDUKI TEMPAT KE 7 KESELURUHAN KEPUTUSAN TERBAIK STPM 2017 SELURUH NEGERI SARAWAK.

Tahniah ! Tahniah! Syabas !

SMK Pusa, Betong,Sarawak pada tahun ini membuat kejutan apabila berjaya meningkatkan keputusan STPM bagi tahun 2017 ini.

SMK Pusa yang baru baru ini dilaporkan menduduki tempat ke 7 secara keseluruhan sekolah yang mendapat keputusan terbaik dalam STPM 2017 dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) melebihi 2.80 m
SMK Pusa juga dinobatkan merupakan antara sekolah terbaik di seluruh Negeri Sarawak di Rank no 7 dengan PNGK 3.12.
Syukur Alhamdulillah dan sejuta Tahniah kepada para pelajar yang menduduki SPTM pada tahun 2017 atas pencapaian yang membanggakan ini.

Sejuta Tahniah dan penghargaan juga buat semua Warga SMK Pusa terutama tenaga pengajar para guru yang bertungkus lumus yang memastikan persediaan para pelajar selaku calon Peperiksaan STPM 2017  pada tahap yang terbaik dan ini dibuktikan dengan keputusan ini.

Selain itu terima kasih juga buat doa restu dan sokongan moral dari para ibu bapa dan saudara mara para pelajar.
Keputusan yang dicapai ini juga berjaya mendapat perhatian dan liputan dari para media yang lain.

Semoga dengan pencapaian terbaik ini akan menjadi semangat dan motivasi kepada para calon STPM yang akan datang agar meneruskan usaha dan meningkatkan prestasi dalam memburu satu keputusan yang terbaik dan meneruskan kecemerlangan ini.

SMK Sacred dari Sibu Sarawak dianugerahkan sekolah terbaik keseluruhan dan pencapaian terbaik di Negeri Sarawak. 

Sekali lagi Sejuta Tahniah buat SMK PUSA!

Alhamdulillah.Anda kebanggaan kami semua.











I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my