Showing posts with label Casting. Show all posts
Showing posts with label Casting. Show all posts

Wednesday, 3 February 2016

GEWANG APAKAH PILIHAN PENGAIL TEGAR ? BACA DI SINI

 

PERSEMBAHAN CASTING PENGAIL TEGAR

Yes ! agak lama juga saya tidak membuat post mengenai aktiviti casting ini.Kali ini saya ingin menarik nada semua untuk berkongsikan tentang pengail yang juga merupakan saudara sepupu saya dan seoang sahabat saya. Saudara Pengail tegar merupakan antara individu yang bergiat aktif dalam aktiviti casting dan telah menembah beberapa nama apabila beliau mula menarik perhatian beberapa pihak pengedar jenama lure untuk sesi percubaan  dalam aktiviti ini lures.

Saya boleh menyatakan beliau mampu membawa aktiviti casting ini satu langkah kehadapan malah mampu mengorak langkah memajukan aktiviti ini serta mengembangkan  aktiviti ini kepada sesiapa yang berminat.

Berkat kerajinan beliau selaku anak jati dari Daerah Pusa telah sememangnya terbukti dan jelas dengan beberapa langkah dan usaha beliau melalui perkongsian beliau dalam beberapa group facebook termasuk beberapa group casting yang dikelola oleh beliau sendiri.


 REAVER2SEA BULLY WA SOFT FROG PILIHAN PENGAIL TEGAR

Beliau sempat berkongsikan kepada saya beberapa hasil casting beliau yang turut dimuat naik dalam laman facebook beliau termasuk dalam beberapa group topik casting dari serata  Daerah Pusa.

Malah beliau sering dijemput menyertai trip casting yang di aturkan dengan kerjasama kumpulan - kumpulan peminat aktiviti ini  dari seluruh Sarawak.

Terdapat sesetengah caster yang sanggup datang dari jauh untuk sama - sama memperlajari di samping bertukar - tukar pendapat dengan beliau mengenai aktiviti caster ini.

Salah satu satu lure pilihan beliau,Rever2sea Bully Wa Soft Frog yang sering digunakan untuk casting ikan darat terutamanya ikan haruan.Sememangnya beliau yang memulakan minat dalam casting ikan haruan mempunyai pengalaman yang cukup untuk memberikan hasil yang terbaik setiap kali turun ke lapangan medan.

Antara hasil yang terkini dari Lure Reaver2Sea adalah ikan haruan yang mencatat berat 1.8 kg di suatu lokasi dan rekod peribadi beliau adalah 2.1kg

 

Malah pengalaman saya sendiri pernah turun casting ikan haruan ini hasil tidakkan pernah mengecewakan.

Untuk maklumat yang selanjutnya anda boleh mengikuti perkembangannya di SINI



LURE OFMER X-DEEP PEMBURU MONSTER MUARA YANG AMPUH

 Tidak mengira di darat ataupun di laut reputasi beliau tidak pernah menghampakan.Selain dari Casting Ikan di laut beliau juga adalah antara penggemar casting di Muara Sungai.

Lure yang sering menjadi senjata beliau adalah  lure Ofmer X-Deep yang pastinya menguji keazaman dalam menaikkan apa jua ikan di dasar sungai.Beliau turut berkongsikan beberapa hasil tangkapan beliau semasa menggunakan lure Ofmer X-Deep yang terbaru di salah sebuah lokasi yang sangat menarik dan merupakan lubuk permaianan beliau untuk menaikkan beberapa spesis ikan yang mencuba mental dan fizikal anda.

Tak percaya ? anda boleh melihat sendiri beberapa dari hasil casting yang beliau kongsikan pada gambar - - gambar berikut.






Pengail tegar juga merupakan seorang yang tidak kedekut dalam berkongsikan pengalaman dan beliau membeitahu saya bahawa minat yang mendalam dan kesediaan dalam menimba ilmu dan pengetahuan untuk mendalami kemahiran dan pengetahuan menjadi penyumbang faktor utama yang memberikan hasil yang terbaik dalam memberikan kepuasan dalam minat beliau dalam aktiviti casting.

Jika ada terdapat mana - mana pihak yang berminat untuk berkongsi pendapat mengenai casting atau sebarang perancangan untuk trip casting anda boleh menghubungi beliau melalui laman facebook beliau di  >>>>  SINI




I LOVE PUSA
www.azlanrumadi.blogspot.my



Wednesday, 17 June 2015

#23 PANCING MANIA



HAMMMMBBOOOIIIHHHHH.... nampaknya bertambah maju aktiviti rakan kita ni.Daripada main 'SNAKEHEAD" atau haruan sekarang hobi main ikan sungai laut pulak dah.Memang terbaiklah otai - otai kaki pancing Pusa kita.

Apa - apa pun tahniah kepada sahabat - sahabat kita ini yang menampakkan kemajuan dan pergembangan dalam aktiviti ini..

 LOKASI ?         tanya dia ni >>>>>>>>> SALLY CEN CEN<<

 kepada mereka yang berminat boleh aturkan tarikh dengan dia k..

Selain itu anda juga boleh menghubungi  Nebrucch De Nazzar  dan Pak Yaq untuk maklumat lanjut.
















THANK YOU FOR READING
.
I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com



Tuesday, 21 April 2015

#18 PANCING MANIA


TORA DATANG LAGI !!

Nampaknya masih menjadi trending anak - anak beli kampung Pusa aktiviti casting atau memancing ni kan ? Paling tidak tiap tiap minggu dan tiap - tiap bulan mesti ada yang akan melangsungkan aktiviti mereka dengan port - port yang semestinya strategik dan baik punya.

Kali ni saya nak kongsikan gambar yang dikonsikan oleh sahabat - sahabat kita di laman sosial untuk tatapan semua.Nampak macam best je kan.

Haruan atau SNAKEHEAD semestinya pemangsa yang menjadi mangsa para pemancing yang suka bercasting.kalau kita tengok dan fikir balik banyak sebenarnya tempat - tempat yang lumayan untuk para peminat aktiviti ini.Jiak diteliti semenjak dua menjak ini saiz haruan yang mengena umpan pun tak kurang menarik.. kebanyakkannya mencecah 500g ke atas sampai ada yang mencecah 1 kg pun ada. wah ini dah cukup menarik.

Saya cadangkan jika dianjurkan pertandingan yang boleh mengembangkan aktiviti ini disamping menggalakkan anak muda dan belia Kampung Pusa dengan aktiviti yang bermanfaat dan sihat ini.









Credit To :

Saudara Syabeli Johri
Kelab Kaki Pancing (PUSA )

Monday, 9 February 2015

CASTING SEBAGAI AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG MENYERONOKKAN

http://ilovepusa.blogspot.com/

http://ilovepusa.blogspot.com/

CASTING SNAKEHEAD @ HARUAN |   Aktiviti casting ternyata merupakan aktiviti yang semakin diminati  di Daerah Kecil Pusa.Ini dibuktikan apa terdapat beberapa  golongan anak muda dan belia mula aktif dalam aktiviti ini dengan mengisi masa - masa terluang mereka dengan ber "casting " untuk kepuasan diri dan memenuhi minat dalam aktiviti memancing ikan.

Di Kampung Pusa sendiri jika kita melihat sekelilingnya sebenarnya banyak tempat - tempat strategik yang boleh dijadikan lokasi yang lumayan untuk hobi yang bermanfaat ini.Bagi peminat memancing ataucasting ikan haruan atau snake head terutamanya mempunyai banyak tempat disekitarnya yang saya percaya mampu memberi keseronokan dan kepuasan untuk menjalankan hobi ini.

Perkembangan pada masa sekarang juga menunjukkan hobi ini bukan sahaja diminati oleh golongan lelaki tetapi golongan wanita atau perempuan juga mula mencuba angin untuk menceburi diri dalam hobi menacing atau casting ini.

Kali ini juga,saya nak kongsikan beberapa gambar yang dikirim oleh Saudara Syabeli Johri kepada saya pada minggu lepas.Kesempatan ini saya ucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan buat nbeliau yang selalu menghantarkan kiriman untuk perkongsian di blog ini.

Oleh itu juga,saya menjemput sesiapa sahaja yang mempunyai perkongsian menarik untuk menghantar apa jua sebarang perkongsian kepada saya melalui

Email : azlanrumadi @ yahoo.com
WeChat : Azlan_Rumadi
FACEBOOK : Azlan Rumadi 

Di sini saya juga memberitahu, perkongsian adalah bebas selagi bersesuaian untuk dikongsikan pada semua.

THANKS FOR ALL SUPPORT !






Thursday, 29 January 2015

CASTING IKAN HARUAN @ SNAKEHEAD

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

CASTING FOREVER | Bagi para snakehunter tegar semestinya tidak melepaskan masa lapang mereka untuk melepas "kegianan" mereka pada hobi memancing atau casting.Di Sarawak,Ikan haruan atau SNAKEHEAD pada panggilan saintifiknya adalah merupakan spesis ikan yang sering menjadi buruan dan tupuan para peminat sukan memancing ikan air tawar seluruh Malaysia.Samaada untuk kepuasan atau pun memancing ikan haruan untuk mendapatkan khasiatnya apabila menjadi hidangan.

Kali ini saya kongsikan gambar yang diemailkan oleh seorang abang saudara saya yang mesti ramai yang kenal dengan beliau yang bergiat aktif dalam hobi casting atau memancing ini.Beliau adalah anatara seorang yang sangat aktif dalam hobi ini dan sering mencari tempat - tempat baru yang menjanjikan kepuasan yang maksimum dalam sukan ini. 

Beliau yang saya maksudkan adalah Saudara Syabeli atau Selly.
FACEBOOK---> Sally Cen Cen

Minat yang mendalam dalam hobi yang bermanfaat ini mendorong beliau mengelola beberapa group yang sekrang aktif di laman sosial bagi memudahkan perkongsian maklumat,tips dan pelbagai lagi info yang berguna untuk semua.
Group yang saya maksudkan adalah...PUSA BUMI TERUBOK ,ITS ALL ABOUT FROGGY LURES dan juga KELAB PANCING PUSA.
Kepada yang ingin mendalami minat memancing ini bolehlah menyertai group ini dan berkongsikan pendapat anda di dalam group ini.

Hujung minggu sebenarnya tidaklah membosankan jika diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat seperti mana beberapa orang belia ini yang mengisi masa lapang mereka dengan casting ikan haruan di lokasi - lokasi strategik.

Kepada mereka yang lain... anda bila lagi???


http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/


http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/

http://azlanrumadibloglist.blogspot.com/