Tuesday 30 January 2018

AYAH IBU

AYAH IBU
Namoku Payjai

Ayah Ibu
Di kaca matamu
Tersimpan sejuta macam cerita
Di hati anakmu ini
Tersirat bermacam suka duka
Kerna cinta dan kasihnya padamu berdua

Ayah Ibu
Demi masa yang sesingkat ini
Demi saat yang sedikit ini
Sangat tidak mencukupi
Sangat mencemburui
Kasih sayang kita
Untuk bersama mencurahkan cinta

Ayah Ibu
Dipanjatkan doa pada Ilahi
Agar kita dipertemukan lagi
Agar sentiasa sihat yang berkekalan
Senang kita bersua bersama lagi
Jadi sebuah famili
Terpahat potret indah menghiasi diri

Namoku Payjai
GAPESA
300118, Bintulu

Tuesday 23 January 2018

HARTA PUSAKA TERINDAH

HARTA PUSAKA TERINDAH
Cikgu Hj Justi Amban

Inilah rumah hartapusaka
Baginda Rasul s.a.w
tiada emas bergemerlapan
bukan intan berkilauan
tapi amal penenang kalbu
bekalan ukhrawi

Di rumah anugerah ini
tilawatlah semaumu
qiamlah semaumu
zikrillah yang panjang-panjang
memanjat hati ke langit malakut
melihat alam-alam ghaib
menggapai puncak redha
diri fana hakikatnya

Di rumah ketenangan ini
teruslah mengutip
kuntum-kuntum maghfirah
yang segar mewangi.

Cikgu Hj Justi Amban
serambipuisi
suraudarulmuwaffiqin
220118saratok

Wednesday 17 January 2018

PERTEMBUNGAN SAHABAT LAMA

PERTEMBUNGAN SAHABAT LAMA
Daud Ahmad

Tersembanglah silam
Terhambur kata kenangan manis
Sukar dibayang
Akan perasaan dalam hati

Mengimbau kenangan lalu
Bercerita kekurangan diri
Mengkagumi kelebihan teman
Walau hanya secawan kopi
Masih terjalin
Keakraban
Yang disimpul sejak dulu

Terima kasih nenek...
Walaupun tak kenal
Cerita yang terdendang
Penuh pengajaran

Walau hanya kenal
Wajah....
Seorang pusa
Seorang mungkin sarabang
Cerita-ceriti
Dalam nostalgia

Terima kasih nenek
Terhibur sekejap
Dalam sepi
Pagi ini

Daerah Pusa sepi
Tengah minum kopi
Kedai Jaimi

Daud Ahmad
GAPESA
170118, Pusa

Tuesday 16 January 2018

IMPIAN HATI LAYAR RIMBAS

IMPIAN HATI LAYAR RIMBAS
Daud Ahmad

Hampir sedekad masa berlalu
Tebingan yang sepi
Kala dulu
Kini menjadi laluan hebat...

Dapat mengisi saku kematu
Memenuhi masa dikala santai

Bakti....
Cukup bermakna...
Menyambung cinta antara cinta
Menyubur kasih sesama kekasih
Susur galurnya
Genarasi terdahulu
Saribas tandang sari...

Kini bergema....
Bisikan halus
Menyusuk jiwa
Menbusi kalbu kontang
Akan terbentang...
Satu laluan....
Tebingan kadap
Menyambung kasih
Ke tebingan tanjung lilin

Adakah bisikan cuma...
Adakah harapan cuma
Adakah tebu
Sentiasa ditanam dihujung bibir
Bagi mereka....
Meraih simpati
Merapat untung

Doakan....
Agar terlaksana segera...
Jambatan impian
Layar Rimbas....
Tercucuk tiangnya....
Bagi merealisasikan
Harapan tandang sari

Amin...
Pusa Dareah Sepi

16010218

Nukilan Daud Ahmad

KAMEK DI SITUK - SLOT 1

KAMEK DI SITUK
- SLOT 1
Daud Ahmad

Ooo haaa youu youu

Mennggeng tosikai setat jang mberu.
Tanggar eaa jam dah koi sembilan.
Tauk banyak urang mbak wah dian pasar pikir ehh lam ati.
Gik duak tigo bulan betantik ngan pauk tambang. Nektuk nyetat tosikai atang pasar. Makey sidak merebet yoo singgit tambang. Nyaman pasar kas jambatan tandang sari udah.

Atang ngey jambatan. Sempat wak mato jang mberu njelin tongkan ngan tabot masih belabuh dibah yoo. Masih lom apat diangkat wito kapai karam waktu jambatan menong polah gio.Tali win yak putus duak tigo kali bilo sidak yoo ncobo ngangkat makey keren. Nyangkut neh kali. Kabel tepon kabel api paip air semo ntorong yoo dolok.

Atang ngey san urang njuai buah. Genti alu milih buah dian lok. Kasyo baruk beloya ngan balo ngey gerai kato ati jang mberu.

'Bapo setempok yoo?' Jang mberu nanyak.
"Nak tigo 10 inggit , nak limak igeel 15 inggit'
Saut urang njuai yoo.
"Pilih jak lok sio kelak ngatoi rego baru mun mbeli banyak" ngoda urang njuai yoo. Jang mberu sunyum jak.

Puley-puley jang mberu lom yak kenan.
Alu jelan ke longgok 15 inggit yoo. Alu senyum jang mberu kenan ati ehh.
'Lunak kah buah tuk tokey"" jang mberu nanyak.
'Boleh tahan bos, buah dari engkilili tuk" saut urang njuai yoo. Nyandar ngey van ehh, tangan kanan megang beg posh ngey pinggang, munjuk yak amai beg yoo penoh tam duit.

"Tuk tokey engkah lam karong, nyaman ngembak pulang, makey moto tek." Jang mberuu madah ngan urang njuai yoo.
"Aokk....setempok jak kah?" Tanyak urang njuai.
"Aokk....lum doo ati nak mbolah mpuyak, isok lusak maok mbeli banyak kali, tuk tek key makan jak" saut jang mberu.
Dah kemas bayar,alu ke dibah market nun nanggar ikan nanggar sayur nanggar kuih pamo naa pagi tuk banyak banso juak nak juai .Jang mberu alu nyambar tumpik lenteng.
"Tigo bungkus tuk" padah jang mberu
Bungkus lenteng engkah lam lupo.
"6 inggit bang " lenteng madah rego.

Bayar, jelan ke gerai nak minum lok baruk pulang pikir jang mberu.

Nukilan Daud Ahmad

Friday 12 January 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK PUSA "LARIAN JAMBATAN TANDANG SARI" ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SMK PUSA.

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK PUSA "LARIAN JAMBATAN TANDANG SARI" ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SMK PUSA.

Pada pagi tadi telah berlangsung Acara kejohanan Merentas Desa " Larian Jambatan Tandang Sari " anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa.

Kejohanan dimulakan seawal jam 8 pagi yang menyaksikan para peserta berlepas dari SMK PUSA yang terdiri dari guru - guru dan para pelajar.

Penganjuran pada tahun ini berjaya menarik hampir seribu orang yang terdiri dari Guru - guru dan pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 6.

Kejohanan pada tahun ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori guru dan kategori pelajar.

Menurut makluman yang diterima dari penganjuran setakat ini,pemenang pemenang kejohanan adalah seperti berikut.

KATEGORI GURU LELAKI
Emas - Cikgu Watson
Perak - Cikgu Kho Ah Tau
Gangsa - Cikgu Mohd Rasdi

KATEGORI GURU WANITA
Emas - Cikgu Siah
Perak - Cikgu Syamsidar
Gangsa - Cikgu Zaiton

KATEGORI U15 LELAKI
Emas - Mohd Zabadi
Perak - Mohd Yushairi
Gangsa - Mokhtar

KATEGORI U15 PEREMPUAN
Emas - Lyana Afiera
Perak - Suziliana
Gangsa - Sharifah Airin Arissa

KATEGORI U18 LELAKI
Emas - Mohd Hasmizan
Perak - Hafizul
Gangsa - Damanhuri

KATEGORI U18 PEREMPUAN
Emas - Jassyha
Perak - Salehah
Gangsa - Amira

TAHNIAH ! Kepada para pemenang.
SYABAS ! Kepada pihak SMK PUSA selaku penganjur yang menjayakan kejohanan pada tahun ini.

TERIMA KASIH juga kepada pihak agensi kerajaan yang lain seperti PDRM yang mengiringi peserta untuk memastikan kelancaran,keselamatan dan perjalanan sepanjang kejohanan berlangsung berjalan seperti sepatutnya.

Diharapkan lebih banyak kejohanan atau program yang berbentuk kesukanan seperti ini akan diadakan dan dianjurkan pada masa akan datang untuk menarik minat pelajar dan generasi belia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualiti.

BADAN CERGAS, MINDA CERDAS.

12 Januari 2018.

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my


Thursday 11 January 2018

BERBAKTI SEPENUH JIWA

BERBAKTI SEPENUH JIWA
Daud Ahmad

Segak dengan pakaiannya..
Menjaga keamanan
Berselit jiwa berpergorbanan
Tanggungjawab dilaksana

Salahkah mereka..
Mesti kadangkala dikutuk..
Sedangkan mereka..
Memastikan keselamatan semua..

Fahami jiwa ini...
Tugas terkadang menyisksa diri
Tugas terkadang meminta simpati
Tugas dipasti memaksa kata.

Tahniah...
Andalah pelindung insan
Meskipun tidak disedari
Anda masih berjuang.

Lindunglah
Pada insan insan yang alpa

Daud Ahmad
GAPESA
100118, Pusa

Wednesday 10 January 2018

CINTA ISAH KU ALAMI JUA

CINTA ISAH KU ALAMI JUA
Daud Ahmad

Dalam dilema ketenangan suasana
Melangkah kaki
Hari demi hari
Wajah dan senyumanmu....
Ku berbayang jua.

Tetap terhalang jua kasih ini
Walau berterusan
Memendam duka cinta
Masih ku rindu

Mengapa....
Hati dan perasaan
Tersemai cinta ini
Diibaratkan suci
Mencerca diri..

Haruskah...
Berlandaskan cinta
Isah dengan legendanya
Dalam bahagia
Bersemai derita...

Aku.....
Terpaksa alami jua
Terpendamlah....
Di dataran ...
Cinta dan dukanya......

Daud Ahmad
GAPESA
100118, Pusa

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM AWANG MOSTHAFA BIN AWANG MENTALI DARI KAMPUNG HULU BELADIN

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Awang Mosthapa Bin Awang Mentali dari Kampung Hulu Beladin pada 9 Januari 2018 Bersamaan 21 Rabiul Akhir 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Kediamannya di Kampung Hulu Beladin pada Jam 10.00 malam tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladin pada hari ini juga 10 Januari 2018.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham.

Alfatihah.

Tuesday 9 January 2018

MENARIK DI PASAR MARKET PUSA BETONG SARAWAK - JAN 2018

MENARIK DI PASAR MARKET PUSA BETONG SARAWAK - JAN 2018

Pasar Market Pusa adalah salah satu lokasi yang akan sangat sibuk terutama pada hujung minggu kerana pada masa tersebut ramai pengunjung akan datang dari pelbagai tempat terutama penduduk dari kampung Pusa sendiri dan Kampung yang lain di sekitar Daerah Pusa

Terdapat pelbagai barang dan produk yang dijual di Pasar Pusa terutama produk produk tempatan atau tradisional seperti kuih muih, pekasam, rusip ,ikan kering dan sebagainya.

Selain itu, sayur - sayuran yang segar dari kebun dan juga ikan ikan turut dijual di sini. Pada musim tertentu, buah buahan turut banyak dijual di sini dengan harga yang sangat berpatutan.

Terutama kepada yang belum pernah mengunjungi Pasar Market Pusa bolehlah singgah di sini untuk melihat sendiri keunikan yang terdapat di sini.

Juh! pegi situk kito !


I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my