KENANGAN BOT EXPRESS SUATU MASO DOLOK
Pengangakutan bot Express atau "Peres ( Peghes ) sebutan kito saribas merupakan pengangkutan yang sangat penting di Daerah Pusa maso jalan darat belum memuaskan maso dolok.
Mesti ramai yang teringat kenangan nait bot express dari Pusa ke Kuching makey jalan laut dolok.
Express hoover lamak dan baru,campur-campur,bahagia,concorde,express bahagia,Express pendam,express Beladin dan termasuk juak bot express kayu Supa dan Medang merupakan express yang pernah beroperasi di Sungai Saribas dan Rimbas pada maso dolok sebelum ado jalan darat macam kinek tok.
Admin pernah juak mendengar kisah sidak marek pernah bekerjo ngambik upah jadi tukang angkat barang penumpang express yang baru datang dari Kuching.Ado juak sidak yang berjajak sekelem cucok di whaft maso bot express gik beroperasi maso yo.Admin pun belum lahir juak maso yo kali.
Selain yo,Bot express sangat penting pakey berkirim barang,turun pulang sekolah dan manfaat perhubungan yang lain nya.
Sik lupak juak buat sidak yang menjalankan operasi perauk tambang.Bilo tengahari akan menunggu di muara sungai rimbas bersiap "gaik " atau menjemput penumpang bagi yang jauh seperti kampung hulu,kalok dan ke seberang maso yo.
Selain yo,pelbagai pengalaman yang sik dapat dilupa semasa menaiki bot express sepanjang perjalanan ke destinasi yang ditujui seperti pengalaman mabok laut dan sebagainya.
Kinek tuk,Perkhidmatan bot express dah sik do beroperasi gik memandangkan jalan darat pun dah lebih baik dari dolok.Urang belah kito banyak make Van Penambang gik mun nak ke Kuching.Namun kenangan dan pengalaman nait bot express tetap sentiasa bermain di ingatan
I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my
No comments:
Post a Comment