Thursday 23 October 2014

3 RASA,3 CITARASA,3 RENCAH,3 MEE YANG TERKENAL DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK




Mesti ramai yang kenal dengan Mee mee dalam gambar tok.
Mee Kopeng,Mee Hj Amat,Mee Sup Gerai No.6.

Semestinya satu kemestian mun pulang kampung ngoder mee tok.Masing masing dengan citarasa yang tersendiri dan mempunyai keunikan masing masing.Kepada yang belum mencubo dan meraso jemputlah datang ke Pusa.Rasanya di tempat lain sik do kot.

Untuk Pengetahuan kitak tiga Mee tok diusahakan oleh orang yang berbeza.

MEE KOPENG | Mee tok nang sudah sekian lamak bertapak dikamppung Pusa.Saya pun dari bukak mato dah nemu mee tuk dari pasar lamak dolok yang awalnya diusahakan oleh Kedai Cina Kopeng atau Keluarga Encik Koh.Dari pasar lamak sampailah ke Pasar Seberang.Setakat tok sik ado namo rasmi bagi Mee tuk.Cuma,selepas keluarga Cik Koh berpindah keluar dari Pusa.Perusahaan Mee tok disambung oleh Kelaurga Ahan yang di depan Kedai Minum Ah Chuan(Kuan).Nama rasmi mee tok sekrang adalah Mee Kari mun nangga kat booth Jualan Lah.

MEE KUAH HJ AHMAD | Perusahaan Jualan Mee Kuah tok diusahakan oleh keluarga HJ AHMAD dari Pasar lamak Kampung Pusa dolok.Bermula bertapak di depan Kedai minum Golong(Panggilan warga tempatan).Perusahaan yang dimulai sekian lamak dengan rasa kuah yang sangat unik berasaskan daging.Perusahaan Mee tok masih diteruskan sampai sekarang dan bertambah maju sehingga Keluarga Hj Ahmad sendiri mengembangkan perusahaan dengan menghasilkan mee mereka sendiri untuk digunakan dalam perusahaan Mee Kuah ini.Keluarga Hj Ahmad juak  membuat jualan kepada orang rami yang ingin membeli mee kuning mentah untuk kegunaan yang tersendiri.

MEE SUP GERAI NO.6 | Mee Sup Gerai No.6 ini diusahakan oleh keluarga En.Lai atau Hamid nama sebenar.Gerai makan yang bertapak lebih 10 tahun di Daerah Pusa ini mempunyai keunikan rasa yang tersendiri terutamanya Mee Sup yang mengundang orang ramai untuk berkunjung ke gerai mereka bagi merasai Mee Sup Gerai No.6.Rasa Mee Sup ini tok sik pernah berubah dari dolok - dolok agik.Ya yang mengjadi tarikan utamanya.

Selain dari bercerita pasal perusahaan mee tok,Saya berharap untuk semua orang membuka mata dan diri  untuk berfikir sejenak lok tentang perkara mengembangkan diri dan memajukan diri kita.Kenak sik kita memulakan usaha untuk kita mencari suatu perkara dengan memotivasikan diri kita melalui kejayaan orang lain.Mun orang boleh buat kita pun boleh buat.Yang menentukannya adalah kesabaran dan kesetiaan kita dalam menghadapi cabaran.Ya jak tek.


No comments: