Friday 30 January 2015

KAMPUNG PUSA YANG SENTIASA DEKAT DI HATI SEMUA

KAMPUNG KU DESA TERCINTA | Kali ni saya nak kongsikan beberapa gambar yanhg saya sempat ambil semasa balik kampung hujung tahun 2014 yang lepas.saya pilih gambar - gambar secara rawak.Gambar - gambar ni saya kongsikan untuk tatapan semua terutama yang sedang jauh di rantau.Mudahan dapat melepaskan kerinduan yang akan selalu bertamu di hati.Mudahan menguatkan semangat mereka untuk pulang ke kampung.

Sebenarnya saya pun sama juga.Tiap kali kalau tengok gambar - gambar ni semua memang membuatkan diri rasa nak balik kampung terus.Memang tidak dinafikan bahawa kampung merupakan tempat yang terbaik untuk berehat dan bersantai.Walaupun dibandar memang ada segala - galanya yang kita mahu.Tetapi dikampung apa kurang ada segala - galanya yang kita perlukan betul tak?

 Bagi orang kampung macam saya yangdibesarkian di kampung sememangnya suasana kampung yang lebih menyelesakan dengan kejiranan nya yang mesra dan erat.Kasih sayang yang luhur dari saudara mara dekat dan kawan yang banyak mengenal erti persahabatan sebenar.

Hujung - hujung minggu yang terluang kan best kalau dapat pulang kampung ??



















































No comments: