Thursday 10 September 2015

THROWBACK : MENJELANG RAYA DI KAMPUNG HILIR PUSA,BETONG,SARAWAK.



THROWBACK : MENJELANG MALAM RAYA AIDILFITRI DI LORONG RUMAH KAMI DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK.

Gambar yang saya kongsikan kali ini adalah pemandangan malam menjelang Hari Raya Aidilfitri 2015 di lorong rumah saya yang terletak di Kampung Hilir Pusa,Betong.Sarawak.Sejurus selepas tarikh merayakan Hari Raya Aidilfitri 2015 diumumkan di Siaran TV keadaan pun menjadi riuh rendah dan gempik hempita dengan bunyi mercun yang mewarnai langit di sepanjang Kampung Pusa dari Kampung Hilir ke Kampung Tengah.

Saya pada malam itu bersama dengan family mengemas rumah dan mula menghias rumah untuk persiapan hari raya.Sejurus mendengar bunyi mercun mula di pasangkan saya sempat membawa kamera DSLR saya untuk mengambil beberapa gambar yang sempat saya ambil sepanjang sambutan ambang Hari raya Aidilfitri pada malam itu.

Kebiasaannya pada malam raya juga pelbagai aktiviti yang diaturkan oleh anak - anak belia bersempena hari raya.. kebanyakkan nya akan mengadakan barbeku atau panggang - panggang.Majlis sebegini biasanya diadakan bagi meraikan kepulangan dan kedatangan kawan - kawan yang pulang ke kampung untuk beraya terutama nya yang balik dari jauh untuk bersama - sama berkumpul di hari raya yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat di Kampung kami.
Saksikan kemeriahan ambang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Hilir Pusa dalam gambar yang berikutnya.

























KANAK - KANAK ADALAH YANG PALING HAPPY BILA ESOK ADALAH HARI RAYA.

Kanak - kanak merupakan antara golongan yang paling bergembira dan paling meriah apabila mendengar berita esok adalah Hari Raya.Ianya membuatkan saya teringat pada suatu ketika dahulu ketika saya sebaya mereka.Hari Raya adalah yang sungguh mengembirakan.





I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com






No comments: