Wednesday 3 February 2016

GEWANG APAKAH PILIHAN PENGAIL TEGAR ? BACA DI SINI

 

PERSEMBAHAN CASTING PENGAIL TEGAR

Yes ! agak lama juga saya tidak membuat post mengenai aktiviti casting ini.Kali ini saya ingin menarik nada semua untuk berkongsikan tentang pengail yang juga merupakan saudara sepupu saya dan seoang sahabat saya. Saudara Pengail tegar merupakan antara individu yang bergiat aktif dalam aktiviti casting dan telah menembah beberapa nama apabila beliau mula menarik perhatian beberapa pihak pengedar jenama lure untuk sesi percubaan  dalam aktiviti ini lures.

Saya boleh menyatakan beliau mampu membawa aktiviti casting ini satu langkah kehadapan malah mampu mengorak langkah memajukan aktiviti ini serta mengembangkan  aktiviti ini kepada sesiapa yang berminat.

Berkat kerajinan beliau selaku anak jati dari Daerah Pusa telah sememangnya terbukti dan jelas dengan beberapa langkah dan usaha beliau melalui perkongsian beliau dalam beberapa group facebook termasuk beberapa group casting yang dikelola oleh beliau sendiri.


 REAVER2SEA BULLY WA SOFT FROG PILIHAN PENGAIL TEGAR

Beliau sempat berkongsikan kepada saya beberapa hasil casting beliau yang turut dimuat naik dalam laman facebook beliau termasuk dalam beberapa group topik casting dari serata  Daerah Pusa.

Malah beliau sering dijemput menyertai trip casting yang di aturkan dengan kerjasama kumpulan - kumpulan peminat aktiviti ini  dari seluruh Sarawak.

Terdapat sesetengah caster yang sanggup datang dari jauh untuk sama - sama memperlajari di samping bertukar - tukar pendapat dengan beliau mengenai aktiviti caster ini.

Salah satu satu lure pilihan beliau,Rever2sea Bully Wa Soft Frog yang sering digunakan untuk casting ikan darat terutamanya ikan haruan.Sememangnya beliau yang memulakan minat dalam casting ikan haruan mempunyai pengalaman yang cukup untuk memberikan hasil yang terbaik setiap kali turun ke lapangan medan.

Antara hasil yang terkini dari Lure Reaver2Sea adalah ikan haruan yang mencatat berat 1.8 kg di suatu lokasi dan rekod peribadi beliau adalah 2.1kg

 

Malah pengalaman saya sendiri pernah turun casting ikan haruan ini hasil tidakkan pernah mengecewakan.

Untuk maklumat yang selanjutnya anda boleh mengikuti perkembangannya di SINI



LURE OFMER X-DEEP PEMBURU MONSTER MUARA YANG AMPUH

 Tidak mengira di darat ataupun di laut reputasi beliau tidak pernah menghampakan.Selain dari Casting Ikan di laut beliau juga adalah antara penggemar casting di Muara Sungai.

Lure yang sering menjadi senjata beliau adalah  lure Ofmer X-Deep yang pastinya menguji keazaman dalam menaikkan apa jua ikan di dasar sungai.Beliau turut berkongsikan beberapa hasil tangkapan beliau semasa menggunakan lure Ofmer X-Deep yang terbaru di salah sebuah lokasi yang sangat menarik dan merupakan lubuk permaianan beliau untuk menaikkan beberapa spesis ikan yang mencuba mental dan fizikal anda.

Tak percaya ? anda boleh melihat sendiri beberapa dari hasil casting yang beliau kongsikan pada gambar - - gambar berikut.






Pengail tegar juga merupakan seorang yang tidak kedekut dalam berkongsikan pengalaman dan beliau membeitahu saya bahawa minat yang mendalam dan kesediaan dalam menimba ilmu dan pengetahuan untuk mendalami kemahiran dan pengetahuan menjadi penyumbang faktor utama yang memberikan hasil yang terbaik dalam memberikan kepuasan dalam minat beliau dalam aktiviti casting.

Jika ada terdapat mana - mana pihak yang berminat untuk berkongsi pendapat mengenai casting atau sebarang perancangan untuk trip casting anda boleh menghubungi beliau melalui laman facebook beliau di  >>>>  SINI




I LOVE PUSA
www.azlanrumadi.blogspot.my



No comments: