BALIK KAMPUNG DISEMBER 2014 | Pada hujung minggu yang lepas sempat balik kampong menjenguk rumah orang tua.Sangat seronok..sepanjag perjalanan nalik kampong kali ni saya sempat merakam beberapa gambar menarik sekitar kampong Pusa yang dirindui. Bermacam - macam perkara yang boleh dilihat dengan keindahan alam semulajadi di kampong halaman yang masih segar dan nyaman tanpa banyak di ganggu oleh pembangunan.
Kali ni saya nak kongsikan beberapa kenangan buat anak jati Pusa dan juga orang yang datang untuk melihat keindahan kampong kami.Kampung Pusa.
Tebingan sungai ini yang dimamah arus deras yang pasang surut merubah wajah pesisir sungai yang diselimutkan tanah lumpur yang menjadi kehidupan sungai di kampong kami
Perjalanan menuju ke Pasar di seberang dengan menggunakan bot perahu tambang
Jeti simen yang digunakan untuk menuju ke Masjid Besar Kampung Pusa yang terletak di Kampung Tengah Pusa.
Sebahagian daripada Bot Penambang yang di jana oleh Enjin Bot Kuasa 15 untuk menhubungkan penduduk Kampung Pusa dengan Pasar Di seberang
Sebahagian wajah sungai yang menemani hari - hari penduduk Kampung./
Bot yang di ubah suai menjadi mini tongkang bagi memudahkan penduduk mengangkut kenderaan kecil seperti MOtosikal.
Sebahagian Dari Makanan jualan yang terdapat di stall sepanjang jalan menuju ke Pasar
Daerah kecil Pusa memang terkenal dengan Ikan - ikan segarnya terutama ikan terubuk sungai yang menjadi TRADEMARK DAERAH KECIL PUSA.
GULA APONG yang diuperbuat daripada Nira Nipah.
Hasil tangkapan laut yang sedia untuk di jual kepada pengunjung pasar ikan Pusa.
Pucuk Paku dan Pucuk Midin yang terkenal di Sarawak.
Nasi lemak Legend.. hehehe.. Nasi lemak ni dari saya sekolah rendah sampai sekolah menengah memang menjadi pilihan para pelajar.TERBAIK NASI LEMAK NI.
MEE KARI.. antara favourite saya yang takkan miss setia[ kali balik kampong... SEDAP !
Papan tanda yang di letakkan oleh pihak yang berkenaan untuk langkah keselamatan penduduk tempatan.Memang diakui sungai Pusa mempunyai banyak buaya dan Sarawak memang terkenal dengan lagenda BUJANG SENANGnya,.
No comments:
Post a Comment