Saturday, 12 September 2015

MAJLIS PERKAHWINAN JAMMERI BIN MOHD BAKIR DAN SAE'BAH BINTI MASUNI DI KAMPUNG TENGAH PUSA,BETONG SARAWAK .





MAJLIS PERKAHWINAN JAMMERI BIN MOHD BAKIR DAN SAE'BAH BINTI MASUNI DI KAMPUNG TENGAH PUSA,BETONG SARAWAK . 

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Pada 6 September 2015 telah berlangsung satu Majlis Perkahwinan antara saudara Jameri Bin Mohd Bakir dan pasangannya Sae'bah Binti Masuni di Kampung Tengah Pusa,bahagian Betong,Sarawak.
Majlis kali ini adalah majlis yang sangat istimewa bagi diri saya yang menyaksikan kebesaran Allah yang menemukan jodoh kedua pasangan ini.Kedua pasangan ini bisu dan takdir Allah telah menyatukan mereka dalam satu ikatan yang dimuliakan oleh Allah sebagai melaksanakan kesempurnaan fitrah sebagai khalifah Allah di muka bumi dan ciptaanNya yang diciptakan berpasang - pasangan.



MALAM BELULUT UNTUK KEDUA PASANGAN PENGANTIN

Pada malam 5 September 2015 iaitu sehari sebelum Majlis Perkahwinan atau hari persandingan sebenar diadakan kedua pasangan disandingkan di atas pelamin di majlis malam belulut dalam sebutan masyarakat tempatan atau Sarawak.
Saya kongsikan gambar berikut untuk anda.







Pengantin yang telah hias cantik di satu  lokasi khas bergerak ke Pelamin untuk disandingkan.


















Seterusnya pengantin menukar lagi ke baju yang seterusnya iaitu baju Melayu yang bewarna merah jambu.

PERSALINAN PAKAIAN YANG KEDUA PASANGAN PENGANTIN


Persalalinan kedua pasangan pengantin mengenakan pakaian tradisional Masyarakat Melayu serba merah jambu.





Aksesori Mahkota dan keronsang menghiasi perhiasan kepala kedua - dua pasangan pengantin pada malam itu.





Kedua - dua pasangan pengantin bersiap sedia untuk dibawa ke pelaminan untuk disandingkan lagi di pelaminan.




































HARI PERSANDINGAN MAJLIS PERKAHWINAN JAMMERI BIN MOHD BAKIR DAN SAE'BAH BINTI MASUNI

06 September 2015 merupakan tarikh yang sangat istimewa.Hari ini berlangsungnya Majlis persaindingan kedua pasangan Jemmeri dan Sae'bah di Kampung Tengah Pusa,Betong Sarawak.

Pada hari ini saya akan pulangke Kuching,Sarawak .Saya kongsikan beberapa buah gambar semasa berlangsung majlis pernikahan tersebut.





Pasangan bahagia yang merupakan pasangan yang bergiat aktif dalam nyanyian di Kampung Pusa dan juga merupakan ahli Kumpulan Hadrah Hidayah yang menyerikan majlis pada hari itu.



 
KUMPULAN HADRAH HIDAYAH  mengambilk gambar bersama - sama dengan pasangan pengantin pada hari itu.

Terima kasih daun keladi kerana menyerikan majlis pada hari itu.






Puteri cilik yang menyerikan Kedua Pasangan Pengantin pada hari itu.



WAJAH - WAJAH DISEBALIK TABIR MAJLIS PERKAHWINAN PADA HARI ITU.











SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI KEDUA PASANGAN SAMPAI KEKAL ABADI

SEMOGA IKATAN YANG TERJALIN KEKAL ABADI SAMPAI KIAMAT


I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com





Thursday, 10 September 2015

THROWBACK : MENJELANG RAYA DI KAMPUNG HILIR PUSA,BETONG,SARAWAK.



THROWBACK : MENJELANG MALAM RAYA AIDILFITRI DI LORONG RUMAH KAMI DI KAMPUNG PUSA,BETONG,SARAWAK.

Gambar yang saya kongsikan kali ini adalah pemandangan malam menjelang Hari Raya Aidilfitri 2015 di lorong rumah saya yang terletak di Kampung Hilir Pusa,Betong.Sarawak.Sejurus selepas tarikh merayakan Hari Raya Aidilfitri 2015 diumumkan di Siaran TV keadaan pun menjadi riuh rendah dan gempik hempita dengan bunyi mercun yang mewarnai langit di sepanjang Kampung Pusa dari Kampung Hilir ke Kampung Tengah.

Saya pada malam itu bersama dengan family mengemas rumah dan mula menghias rumah untuk persiapan hari raya.Sejurus mendengar bunyi mercun mula di pasangkan saya sempat membawa kamera DSLR saya untuk mengambil beberapa gambar yang sempat saya ambil sepanjang sambutan ambang Hari raya Aidilfitri pada malam itu.

Kebiasaannya pada malam raya juga pelbagai aktiviti yang diaturkan oleh anak - anak belia bersempena hari raya.. kebanyakkan nya akan mengadakan barbeku atau panggang - panggang.Majlis sebegini biasanya diadakan bagi meraikan kepulangan dan kedatangan kawan - kawan yang pulang ke kampung untuk beraya terutama nya yang balik dari jauh untuk bersama - sama berkumpul di hari raya yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat di Kampung kami.
Saksikan kemeriahan ambang sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Hilir Pusa dalam gambar yang berikutnya.

























KANAK - KANAK ADALAH YANG PALING HAPPY BILA ESOK ADALAH HARI RAYA.

Kanak - kanak merupakan antara golongan yang paling bergembira dan paling meriah apabila mendengar berita esok adalah Hari Raya.Ianya membuatkan saya teringat pada suatu ketika dahulu ketika saya sebaya mereka.Hari Raya adalah yang sungguh mengembirakan.





I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com






Thursday, 3 September 2015

#24 PANCING MANIA


#24 PANCING MANIA

Setelah sekian lama tidak mengupdate blog ini, akhirnya saya terjumpa satu gambar yang wajib rasanya saya kongsikan....sekadar nak bakar kaki pancing semua.

apa tidaknya? nak nak dengan gambar saudara saya ni yang berjaya menaikkan ikan selunsong @ntidung @ siakap yang besar ni.

Lokasi ? nah.. tanya dia ni... Syabeli Johri



I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com



 

Tuesday, 18 August 2015

MAJLIS PERKAHWINAN MOHAMMAD FAIZAL BIN ROSLI DAN ROZITA BINTI YUSOF DI KAMPUNG HILIR PUSA,BETONG,SARAWAK

 

 MAJLIS PERKAHWINAN MOHAMMAD FAIZAL BIN ROSLI DAN ROZITA BINTI YUSOF DI KAMPUNG HILIR PUSA,BETONG,SARAWAK . Alhamdulillah pada 4 syawal 1436 bersamaan dengan 20nm Julai 2015 telah berlangsung Majlis Perkahwinan Seorang kawan di Kampung Hilir Pusa. Majlis berlangsung dengan meriah dengan para hadirin.

 Kedua Pasangan Pengantin telah diijab kabul menjadi pasangan suami isteri yang sah dan seterusnya majlis perkahwinan dan persandingan diadakan di rumah pengantin lelaki di kampung Pusa.

Ikuti acara sepanjang majlis yang seterusnya di SINI



TAHNIAH UNTUK KEDUA PASANGAN PENGANTIN BARU

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com