Monday, 26 March 2018

BILA MALAM MENJEMPUT SEPI

BILA MALAM MENJEMPUT SEPI
Daud Ahmad

Malam...
Dalam gerimis
Sepi memaksa aku rindu
Masa nan lalu
Indah dalam pesona jiwa kita

Kasih....
Yang kusayang
Kasih kita noktahnya pilu
Kita terpaksa jua
Meleraikan cinta kita yang rapuh

Selagi malam
Masih menjemput sepi
Rindu maaih kutanggung
Entah bila masanya
Bencana di jiwa kecewa
Akan berakhir

Selagi malam
Masih menjemput sepi
Aku masih mengharapkan
Dalam doa keseorangan
Bahgia tetap bersamamu
Aku rasa bahgia..

Rindu.....
Pada kasih tiada
Doa tetap ku lafazkan
Dalam detik nafas
Agar ku temui
Bahgia...

25032018

Nukilan Daud Ahmad

Friday, 23 March 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH YOT BINTI NAWAS DARI KAMPUNG HULU PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Yot Binti Nawas dari Kampung Hulu Pusa pada 23 Mac 2018 Bersamaan 6 Rejab 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir Pada kira kira pukul 5.44 pagi tadi di Hospital Betong.

Jenazah Allahyarhamah telah dibawa pulang ke Kampung Pusa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kampung pada hari ini juga.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah

.Alfatihah.

Thursday, 22 March 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH SABA'AH BINTI HAJI APONG DARI KAMPUNG HULU PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Saba'ah Binti Haji Apong dari Kampung Hulu Pusa pada 22 Mac 2018 Bersamaan 5 Rejab 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Kediamannya pada kira kira jam 4.07 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah

.Alfatihah.

Sunday, 18 March 2018

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM JONI BIN DAY DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.


AL-FATIHAH DAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM JONI BIN DAY DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

Dua hari lepas, Kampung Pusa digemparkan dengan kehilangan seorang individu bernama Joni Bin Day berusia 42 tahun berasal dari Kampung Hulu Pusa.

Kehilangannya disedari oleh isterinya apabila mendapati dia tidak pulang ke rumah sehari semalam.Seterusnya satu laporan polis telah dibuat.

Siasatan awal pihak polis menemui motosikalnya dibawah Jambatan Tandang Sari namun orangnya tidak ditemui.

Pada hari kelmarin,satu operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh Jabatan Bomba,JPAM dan PDRM serta sukarelawan yang terdiri dari orang kampung untuk mencari saudara Joni.

Operasi pada kira kira Jam 3.30 petang telah menemui mayat beliau tidak berapa jauh dari kawasan pengkalan feri Batang Saribas.

Suasana pilu dan sebak mengiringi penemuan mayat dan ini mengejutkan ramai pihak.Mayat yang dijumpai seterusnya dinaikkan ke darat dan diserahkan kepada PDRM untuk siasatan lanjut.Mayat dibawa ke Hospital Betong untuk Bedah siasat.

Al Fatihah.

Alhamdulillah.Jenazah Allahyarham Joni Bin Day telah dibawa pulang ke Kampung Pusa untuk pengebumian di Tapak Perkuburan Islam Daerah Pusa pada malam semalam.

Semoga Roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang orang yang beriman dan diampuni.Semoga dicucuri rahmat dan berkat di sisi Allah.

Takziah juga buat keluarga Allahyarham.Semoga cekal dan tabah menghadapi dugaan ini.


I LOVE PUSA 
www.ilovepusa.blogspot.my






Friday, 16 March 2018

SMK PUSA MENGUNGGULI PENCAPAIAN TERBAIK SPM 2017 SEKOLAH SEKOLAH DI BAHAGIAN BETONG.

SMK PUSA MENGUNGGULI PENCAPAIAN TERBAIK SPM 2017 SEKOLAH SEKOLAH DI BAHAGIAN BETONG.

Sekolah Mengengah Kebangsaan Pusa atau SMK Pusa mencatatkan satu lagi sejarah pada tahun ini apabila muncul sebagai sekolah menengah terbaik secara keseluruhan bagi sekolah-sekolah menengah di Seluruh Bahagian Betong.

SMK Pusa mengungguli kedudukan teratas apa bila seorang pelajar mendapat  skor 9A (semua subjek pelajaran) manakala 19 orang dari pelajar SMK Pusa mendapat 5A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang mana hari pengumuman keputusan SPM bagi calan tahun 2017 telah berlangsung kelmarin.

SMK Pusa mencatatkan peningkatan yang amat membanggakan apabila mencatat GPS 5.14 secara keseluruhan.

Selain itu,turut mendapatkan keputusan yang meningkat adalah SMK Beladin yang meningkatkan GPS 2016 iaitu 6.26 kepada 6.20 pada tahun ini.

Sehubungan dengan kejayaan dari segi meningkatkan keputusan SPM para pelajar,Warga Smk Pusa mengucap jutaan terima kasih Kepada YB Tuan Haji Razaili,ADUN 29 Beting Maro di atas keprihatinan beliau dalam memberi sumbangan dan galakkan untuk memertabatkan pendidikan di Smk Pusa.
Smk Pusa pada tahun ini juga mencatat sejarah sekali lagi SPM(2017).

Selain itu Syabar dan Tahniah juga kepada Warga SMK Pusa termasuk Pengetua dan seluruh guru guru dan tenaga pengajar yang mengerah usaha dan bertungkus lumus memastikan persiapan para pelajar yang menghadapi Peperiksaan SPM 2017 ditahap yang memuaskan dan terbaik dan semestinya hari keputusan pada kelmarin merupakan trofi dan hadiah terbaik buat semua yang memerah usaha.

Penghargaan juga turut diberikan kepada pihak PIBG dan para ibu bapa serta penjaga para pelajar yang mendoakan dan merestui para pelajar sepanjang menyiapkan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM 2017.
Kejayaan yang penuh makna tahun ini sememangnya sebagai bukti akan keberkesanan formula modul modul pembelajaran yang dilaksanakan oleh pihak SMK Pusa dalam memastikan hasil pencapaian yang terbaik buat pelajar.

Alhamdulillah.Sekali lagi Tahniah dan Syabas semua di SMK Pusa juga sekolah SMK Beladin yang merupakan Sekolah dalam Daerah Pusa atas pencapaian terbaik pada tahun ini.

Semoga pencapaian ini menjadi satu penaik semangat buat semua dalam melahirkan pelajar pelajar yang cemerlang dalam Akademik dengan pencapaian yang terbaik InshaAllah.

I LOVE PUSA

www.ilovepusa.blogspot.my