Monday, 29 September 2014

MEE KUAH HJ AMAT DI DEPAN KEDAI GOLONG



MEE KUAH HJ AMAT DI DEPAN KEDAI GOLONG

PASAR PUSA | Siapo yg sik tauk dengan mee kuah Hj Amat tuk nang bukanlah penduduk Kampung Pusa.serius madah..hehehe.mee yg berpuluh tahun terjual dari pasar lamak dolok menjadi daya tarikan penduduk dari sekitar pelusuk daerah Pusa.
Dari dolok sampai kinek tok nang x pernah lejuk ngan mee tok.Bagi sidak yang sik selalu pulang ke kampung yo,mesti sik miss meraso mee tok.mena sik?
Stall yg sekian lamak terletak di depan Kedai Minum Golong semestinya banyak menyimpan kisah kisah dan cerita yang tersendiri tentang keunikan raso  mee tok.
Apo apo pun tok lah antara keunikan Kampung Pusa.kiro dh jadi trade mark juak lah.
Peace.
WASSALAM.
 

AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my


 

Thursday, 28 August 2014

PUSA,SARAWAK DALAM WIKIPEDIA VERSI BAHASA MELAYU

ASALAMUALAIKUM...
 
SALAM SATU MALAYSIA,
SALAM SATU PUSA,
 
Hari yo kamek jumpa Kampung Pusa dalam versi Bahasa Inggeris kali tok dalam bahasa Malaysia.
Berbanggalah anak jati Pusa... Kampung kita rupanya dalam peta dunia..
 
Semoga Allah memakmurkan dan mendamaikan kampong kita,Kampung Pusa,
 
Amin.
 
ITU KABARO !
 
 

REZEKI SUNGAI SARIBAS,BETONG SARAWAK

 

REZEKI SUNGAI SARIBAS,BETONG SARAWAK

ASSALAMUALAIKUM WBT..

SALAM SATU PUSA..

Kali tuk kamek nak kongsikan keratan akhbar UTUSAN SARAWAK mengenai Rezeki Sungai Saribas yang sejak akhir - akhir tok makin subur.Aktiviti memancingpun mula mendapat perhatian dari masyarakat kampong terutama golongan yang muda sik kira siang ka malam.
Antara ikan yang menjadi  perhatian para pemancing semestinya IKAN PANJANG dan IKAN TERUSAN yang mampu mencecah berat 5Kg hingga ke 10kg lebih. Adalah menjadi kepuasan setiap pemancing untuk memburu ikan tersebut dan merasa sendiri pengalaman bermain di arus deras sungai Saribas dalam memburu ikan tersebut.


Menurut sumber dari penduduk tempatan,semenjak berita tentang kehadiran ikan ikan tersebut di Sungai Saribas,Kelihatan pemancing dari luar Kampung Pusa juga untuk mencuba nasib dan kemahiran memancing masing - masing dengan membawa peralatan memancing masing masing.

Sungai Saribas yang terkenal dengan Ikan Teruboknya kini mula terkenal dengan kehadiran Ikan - Ikan Terusan,Panjang,Belukang dan pelbagai lagi jenis ikan yang mencabar skill dan kemahiran masing masing untuk meraih rezeki ikan dan memberikan kepuasan diri dalam hobi memancing tok.

Kepada Kaki Pancing Sekalian...Apo gik ? Bah Juh kito cubo rami rami..ni tauk kito boleh molah rekod terbesar dan terpanjang.Siapo pemancing paling hebat tek ?

Wassalam.


SUMBER : UTUSAN SARAWAK.




AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my













Wednesday, 27 August 2014

DOA UNTUK AYAH DAN IBU KITA






















MOHON KITA SAMA SAMA AMINKAN DOA INI

Ya Allah...
Rendahkanlah suara kami di depan mereka.
Indahkanlah ucapan kami di mata mereka.
Lunakkanlah watak kami terhadap mereka.
Dan lembutkanlah hati kami untuk mereka.

Ya Allah...
Berilah mereka sebaik²nya balasan.
Atas didikan yang telah mereka berikan kepada kami.
Berilah mereka pahala yang besar.
Atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami.
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara
kami sejak kecil dengan penuh kasih sayang...

Coretan,

nita safitri

Tuesday, 26 August 2014

THROWBACK : PESTA PUSA 20 TAHUN DOLOK 2

Assalamualaikum..
 
SALAM SATU KAMPUNG PUSA
SALAM SATU MALAYSIA..
 
Selepas merugak album lamak.. terjumpa juak kamek gambar - gambar lamak maso PESTA PUSA yang 20 TAHUN dolok.Nang meriah dan ramilah mun nangga dalam gambar.
Adolah juak beberapa gambar untuk dikongsikan kali tuk.
Mun nenung gambar nak rami orang yo mesti rami yang tertilit muko muko yang dikenal maso yo.Mena sik?
 
Mohon maaf mun gambar ada yang dah "VINTAGE" hihi gambar tok kamek ambik dari gambar KODAK dolok marek yo ntam eh macam tuk.
 
Semoga gambar tuk boleh membawa kita mengimbau pada kenangan yang lalu.
 
 


Orang ramai yang membanjiri kawasan pesisir sungai nak nangga orang lumba perauk.


Pelbagai usia tidak kira tua mudak sik melepas peluang menonton lomba perauk.
 


Ado muko muko yang dikenal sik? Gambar tok mun masih ingat diambil depan Kedai Daud.Jalan Pasar Lamak.




 
Sebahagian pemandangan semasa acara dilangsungkan.


Sebahagian Peserta yang terlibat dalam acara lumba perahu. 


Grand Stand di Wharft Kampung Hilir Pusa.
 
 
 
 
Wassalam