Friday 21 March 2014

DOAKAN PENERBANGAN MH 370

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi selamat hari jumaat semua.

hari tuk genap 2 minggu atau 14 hari kehilangan belon MH 370 tuk.Kito hari hari nagga dan nengar berito tentang kehilangan pesawat tuk dalam tebbi (TV) termasuk dalam siaran radio dari serata chanel yang mano setakat tuk belum juak ado perkembangan yang menyebut penemuan pesawat MH 370.Berat mato memandang berat agik bahu yang memikul.Mesti ramai yang tertanyak tanyak ni asan belon yo bertapok teguh gilak asan ea tek.Namun kito samo samo mendoakan,mudahan belon yo akan dapat di temui dalam masa yang terdekat tok.Insha Allah.

Mun dapat dan seeloknya kito samo samolah mendoakan semoga kito akan nemu jawapan bagi kejadian tok.Bait buruk kesimpulan dan jawapannya kelak kita terima dengan hati yang terbuka walaupun sik semudah mulut berklaka.Bak kato ketua juruterbang belon MAS malah berserah pada QADHA dan QADAR Allah swt dan janganlah kito menangguk di air yang keruh dengan molah spekulasi yang sik patut patut.Seeloknya sekarang tok kita ngembak hati nurani kito yang sesama manusio samo samo menghayati kesedihan keluargo yang terlibat dalam kejadian tok..bayangkanlah mun kito berado ditempat sidak yang menunggu dengan penuh harapan tang ado diberik berito yang sik benar malah diplentey di main main mesti kito akan raso sedih,marah dan tersinggung,muras aso ati nak? jadi kito hormatilah mereka.


Di maso maso ado musibah macam tok kito sik tauk apo hikmah yang Allah swt yang turunkan.InshaAllah mungkin ada renungan yang penuh beerti dan berharga di sebalik semua tok.Mun kito nangga di mano mano jak di seluruh dunio maso tok,semuo orang ngikot perkembangan berito pesawat tok sambil berdoa kepada Tuhan dengan cara sidak masing masing pengikut pegangan kepercayaan dan agama masing masing.Sik kiro bangso dan negara mano pun semuo orang mendoakan mudahan 
MH 370 tu dapat di temui dan kito semua masih bersikap optimis dan positif dengan mendoa dan mengharapkan MH 370 Berserta anak kapal serta sidak penumpang semuanya selamat.InshaAllah.Maso tok juak maso kito mendekatkan diri pada Tuhan juak.Ni kito tauk hikmahnya betapa Allah mauk menunjukkan kekuasaanNya supaya manusia merenung kehidupan dan melahirkan dan menerbitkan sifat keinsafan kito.Mun Allah swt maok menjadikan sesuatu "Kun Fayakun " lalu jadilah seperti mano ALLAH menjadikan Adam A.S.

Di samping yo,banyak yang kito pelajari dan muhasabah diri dari kejadian tok sebenar ea...peringatan juak buat dirik kito mpun yang musibah boleh turun bilo bilo maso dengan izin ALLAH swt..jadi supayo kito jangan lupak dan leka...setiap kali nak memulakan sesuatu termasuk dalam memulakan perjalanan,jangan lupak berdoa pada Allah semoga kito terjago,terpelihara dan terlindung dengan selamat sepanjang perjalanan,mudahan sik ado perkaro yang sik diingini berlaku.Kito pun sik maok apo apo yang buruk atau jaik berlaku nak.Cuma mun dah takdir atau suratan yo,Semua atas berserah kito kepada hadrat jak gik demi hakikat sik do yang kekal di dunio tok.

Dari secanggih canggih kelengkapan dan peralatan yang sidak guno dalam misi mencari dan menyelamat ( SAR) pun masih juak sik ditemu tanda tanda pesawat MH 370. Ramai yang tertanyak..apo yang sebenarnya berlaku ? dari hai kelengkapan teknologi maok dari radar - radar,radio,belon - belon dengan seangkatan armada laut seperti kapal dari negara- negara yang terlibat sampai menjurus kepada spiritual termasuk DOA - DOA dan SOLAT - SOLAT HAJAT masih diteruskan oleh seluruh dunia sekarang Setiap orang atau pihak ado ikhtiar dirik mpun.Siap berbomoh - bomoh agik yang kito tangga dalam TV ( Tebbi ).Tapi bersyukurlah banyak yang menghulurkan pertolongan dan bantuan dengan pelbagai caro.Ado yang ncarik dalam Google Earth dan satelit..media - media sosial macam Facebook,Twitter dan Instagram pun ramai juak yang membantu dan menghulurkan tenaga bersama sama kerajaan dan negara yang terlibat untuk menrungkai misteri belon tok tanpa putus asa dan kecewa.TAHNIAH BUAT SEMUA PIHAK YANG SEDIA MEMBANTU.KITAKLAH HERO - HERO DALAM TERANG DAN GELAP.SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MERAHMATI KITAK - KITAK SEMO.AMIN


Sampai saat ini kito SABAR lah dolok sementara menunggu berito.Pendek kato,jangan percayak apo apo berito dari sumber lain melainkan apo yang akan di padah dalam KENYATAAN RASMI yang akan dibuat  atau di umum oleh pihak pihak yang berwajib untuk menyampaikan berita MH 370 tuk.Kito banyak banyakkan bersabar untuk berito tok.

Bagi yang MAMPU mun dapat anjurkan MAJLIS doa dan Solat Hajat atau kito laksanakan dirik kito mpun pun boleh juak.Doa dari setiap orang yo dikiro di sisi ALLAH walaupun sebesar zarah.Mudahan ALLAH menemukan kita dengan jawapan dan pesawat MH 370 untuk menjawap penantian seluruh dunia.

Terima Kasih buat yang terus meneruskan optimistik dan positif mendoakan MH 370.

TERUSKAN MENDOAKAN MH 370.

COME HOME.

 


MH 370 : USAHA,DOA DAN HARAP

Dalam kebesaran sebuah kehilangan,
kita merenung dan tepana,
Disebalik angin dan awan dilangit,
kebesaran itu lenyap entah ke mana.
Di anjung penantian,
Jiwa jiwa yang mendekat berkelana pada kemarau tak bertepi,
Sampai saat ini,
Setia menanti dan doa hati bersama waktu dan saat berjalan dan melewati.

Pertemuan semalam masih menari di hujung mata,
Deruan dan larian mu membelah hujung langit
serta suara - suara yang menyambut mesra datang dan pergi,
dari benua ke benua,dari hujung ke hujung,
kini sepi dan terdiam dalam udara yang suram dan kelam,
dan tenggelam dalam gelap malam.

Kehilangan dijejak,
Sampai kini kita masih mengutip petanda,
Berserta doa dan harap,
Terhembus daya dalam harapan,
Dari darat ke laut di belek,apa adanya di situ?
Jiwa yang lelah kata jangan menyerah sampai segalanya cerah.
dan kita semata - mata dalam kerah berserah pada ALLAH swt.

Dalam Langkah Usaha,
Dalam Siang ke Malam,
Dalam Kuat dan Lelah,
Kita satukan kerahan dan doa.
MH 370 dalam kenang rindu di mata dan dakapan rasa.

Azlan Rumadi
Kuching,Sarawak
21.03.2014






No comments: