Thursday 11 December 2014

JOM MAKAN NGGOANG !

http://ilovepusa.blogspot.com/


NGGOANG | Saya pun tak pasti apa nama saintifik hidupan ini.Tapi bagi penduduk Tempatan Kampung Pusa memanggil haiwan ni NGGOANG.Kalau ada sesape yan tahu berkenaan dengan maklumat haiwan ni sila bagi tau k !

Kat Kampung saya haiwan ini merupakan antara makanan yang sangat enak.Mempunyai isi seperti ketam.Tetapi cangkerangnya lebih keras daripada ketam.Kebiasaannya haiwan ini mudah didapati semasa musim air pasang besar.Haiwan ini mudah didapati di dalam busut tanah dan ada kalanya berkeliaran di atas tanah.Tinggal kutip je.

Petua orang tua di Kampung kami mengatakan memakan haiwan ini elok untuk pengidap sakit ASTHMA atau semputr kerana dipercayai boleh menghilangkan Asthma terutama asthma di peringkat budak budak lagi.

Cara masak ? BANYAK  CARA ! kebiasaan nya saya suka kalau masak kicap atau black pepper..ada juga yang suka masak dengan cara lain seperti merebus dengan air.

Mungkin memakan haiwan seperti ini agak "EKSOTIK" bagi sesetengah orang.Tapi tidak bagi orang kampong macam kami.Banyak lagi makanan - makanan lain mungkin jarang kita jumpa tetapi menjadi makanan di kampong kami.

No comments: