Monday 9 February 2015

KUIH TRADISI SARAWAK : KUIH LEMAK TAKIR

http://ilovepusa.blogspot.com/

http://ilovepusa.blogspot.com/





KUIH TAKIR |  Siapa yang tak kenal dengan kuih ni memang tak sah lah menjadi penduduk Daerah Kecil Pusa.Kuih yang sangat terkenal dikalangan masyarakat kita tak kira di mana jua.Bukan sahaja di Daerah Kecil Pusa.Malah di Negeri Sarawak pun kenal nama kuih ni.

Sebelum itu saya nak bagi credit buat Rakan sekelas lama saya,Saudari AYATT ARUN dari Kampung Beladin untuk gambar kuih ni.

Berikut saya kongsikan resepi kuih ni yang saya rujuk dari http://resepictinah.blogspot.com.


1 paket tepung beras
500gm gula apong
2 bj kelapa
1.25 liter air
Daun pucuk (nipah) dan lidi

  1. daun pucuk dibentuk kotak segi empat memanjang yg dipanggil ‘sampan’ dan semat kedua hujungnya dgn lidi
  2. cairkan gula apong di atas dapur dan ketepikan
  3. perah santan dgn 1.25 liter air dan bancuh dgn tepung beras hingga adunan bercampur rata
  4. tuangkan seikit gula apung yg elah dicaikran tadi dan sudukan adunan tepung di atasnya
  5. kukus sampai masak

 Selamat Mencuba semua.

* Jika ada kesilapan dalam pembuatan mohon nasihat pembetulan yerrr...

No comments: