Monday 9 February 2015

CASTING SEBAGAI AKTIVITI HUJUNG MINGGU YANG MENYERONOKKAN

http://ilovepusa.blogspot.com/

http://ilovepusa.blogspot.com/

CASTING SNAKEHEAD @ HARUAN |   Aktiviti casting ternyata merupakan aktiviti yang semakin diminati  di Daerah Kecil Pusa.Ini dibuktikan apa terdapat beberapa  golongan anak muda dan belia mula aktif dalam aktiviti ini dengan mengisi masa - masa terluang mereka dengan ber "casting " untuk kepuasan diri dan memenuhi minat dalam aktiviti memancing ikan.

Di Kampung Pusa sendiri jika kita melihat sekelilingnya sebenarnya banyak tempat - tempat strategik yang boleh dijadikan lokasi yang lumayan untuk hobi yang bermanfaat ini.Bagi peminat memancing ataucasting ikan haruan atau snake head terutamanya mempunyai banyak tempat disekitarnya yang saya percaya mampu memberi keseronokan dan kepuasan untuk menjalankan hobi ini.

Perkembangan pada masa sekarang juga menunjukkan hobi ini bukan sahaja diminati oleh golongan lelaki tetapi golongan wanita atau perempuan juga mula mencuba angin untuk menceburi diri dalam hobi menacing atau casting ini.

Kali ini juga,saya nak kongsikan beberapa gambar yang dikirim oleh Saudara Syabeli Johri kepada saya pada minggu lepas.Kesempatan ini saya ucapkan berbanyak terima kasih dan penghargaan buat nbeliau yang selalu menghantarkan kiriman untuk perkongsian di blog ini.

Oleh itu juga,saya menjemput sesiapa sahaja yang mempunyai perkongsian menarik untuk menghantar apa jua sebarang perkongsian kepada saya melalui

Email : azlanrumadi @ yahoo.com
WeChat : Azlan_Rumadi
FACEBOOK : Azlan Rumadi 

Di sini saya juga memberitahu, perkongsian adalah bebas selagi bersesuaian untuk dikongsikan pada semua.

THANKS FOR ALL SUPPORT !






No comments: