Tuesday 23 July 2019

SYABAS KEPADA PASUKAN GP BINLADEN DI TEMPAT KEDUA DI REGATTA SAMARAHAN 2019


SYABAS KEPADA PASUKAN GP BINLADEN DI TEMPAT KEDUA DI REGATTA SAMARAHAN 2019

GP BINLADEN merupakan sebuah lagi pasukan yang mempunyai kekuatan dan kehebatan telah terbukti pada beberapa kejuaraan regatta yang mana mereka merupakan pasukan juara. Pasukan ahli - ahlinya berasal dari kampung Beladin ini merupakan anak didik saudara Kamarul Zaman Ibrahim yang mula meningkat naik prestasi mereka di dalam beberapa regatta yang mereka sertai sebelum ini.

Namun pada kali ini akibat berlaku tertindihan tarikh antara Regatta Pusa dan Regatta Samarahan mereka telah memutuskann untuk menyertai Regatta Samarahan untuk sama sama memberi saingan kepada 20 lebih pasukan regatta yang lain.

Menang dan kalah adat pertandingan. Acara Bidar 30 Akhir memihak kepada pasukan Mahkota Dewa Gedong selaku Raja Sungai Tembirat di Regatta Samarahan 2019 dan pasukan GP BINLADEN yang turun menggunakan nama Pasukan Saberkas Pantai Damai mengakhiri saingan di tempat kedua.

Sebuah lagi Pasukan Cahaya Putri Ruai dari Sebuyau ditempat ketiga. Seperti yang sedia maklum, Pasukan pimpinan Tok Cabik iaitu Pasukan Cahaya Putri Ruai juga merupakan salah satu pasukan mantap yang sering memberikan saingan kepada pasukan Barracuda di Pusa dan kali ini mereka sama - sama beraksi bersaingan dengan Pasukan GP BIN LADEN di Regatta Samarahan di Tambirat.

Saudara Kamarul Zaman Ibrahim yang merupakan pemimpin Pasukan GP BINLADIN dalam Status FB beliau menulis dan menyeru kepada anak didik beliau agar teruskan berusaha dan jangan berputus asa sambil berpesan untuk berlatih lebih kuat dan gigih lagi untuk persediaan memburu kemenangan di Regatta atau perlumbaan yang akan datang.

Sekali lagi Syabas buat Pasukan GP BINLADEN di Regatta Samarahan di Tembirat.
Teruskan semangat perjuangan.





No comments: