Thursday, 9 June 2016



MUSIM DEMAM IKAN PANJANG SERTA HABUAN REZEKI BUAT NELAYAN DI SEBUYAU,SARAWAK  

Perairan pantai dan sungai di negeri Sarawak sememangnya kaya dengan sumber hasil laut dan lazimnya terdapat musim - musim tertentu bagi musim ikan di Sarawak terutama kawasan di Batang Lupar,Beting Maro dan Saribas.Musim - musim ikan yang lazimnya adalah seperti ikan terubok,Ikan Buntal Sungai,Ikan Perencong,Ikan Panjang dan beberapa spesis ikan yang menjadi sumber pendapatan para nelayan di kawasan itu.


Musim Demam Ikan Panjang sedang melanda di Sebuyau Sarawak.Sebuyau yang terletak di Muara Sungai Bantang Lupar dan ditengah - tengah persempadanan Bahagian Sri Aman dan Kota Samarahan baru - baru ini menjadi perhatian umum di Sarawak dengan berita penangkapan beratus - ratus ekor ikan panjang oleh nelayan yang menjalankan aktiviti perikanan di Kawasan persisiran laut di kawasan itu.Ianya sekaligus menjadi habuan dan rezeki yang tidak terduga bagi pengusaha bot - bot nelayan di pesisiran laut dan pantai di kawasan itu dengan penangkapan berpuluh - puluh dan ada yang beratus - ratus ekor ikan panjang.

Ikan - ikan panjang ini dijual dengan harga RM20- RM35 sekilo.

Menurut penjelasan dari penduduk di Sebuyau,Ikan - ikan panjang ini sering menjadi buruan bagi mendapatkan pelampung ( limpa ) kerana ianya boleh dipasarkan dengan harga yang sangat tinggi terutama di China untuk digunakan dalam penghasilan benang bagi jahitan dalam pembedahan.Malah tidak hairan sekiranya harga pasaran bagi pelampung mencecah ratusan ringgit sekilo.

Semestinya kedatangan Musim Demam Ikan panjang ini merupakan rezeki yang tidak diduga di bulan Ramadhan bagi para nelayan dan seluruh penduduk di Sebuyau Sarawak.




 







AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU

PENGUMUMAN PENTING

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU PUSA

Sekiranya ada cerita yang nak dikongsikan untuk dimuatkan dalam blog I LOVE PUSA. bolehlah menghantar kiriman kepada admin di alamat email.

azlanrumadi ( at ) yahoo.com

jangan malu - malu k.jangan lupa sertakan nama penuh dan kampong di Daerah Kecil Pusa untuk kmk catatkan dalam POST di blog kmk.

Segala sokongan dari Anakjati Kampung Pusa dan semuanya.. Kami ucapkan bebanyak terima kasih dan jutaan penghargaan.

Sekian,Terima Kasih