Tuesday 28 April 2015

BLOG I LOVE PUSA KE PERINGKAT ANTARABANGSA



Mungkin ramai yang masih tidak percaya kalau saya mengatakan bahawa blog I LOVE PUSA ini sedikit sebanyak mendapat perhatian sehingga ke peringkat antara bangsa sehingga mereka melihat gambar di atas.

Memang tidak dinafikan sebahagian pelawat dan pembaca adalah daripada Malaysia.Namun siapa sangka terdapat pelawat dari luar negara yang turut membawa blog I LOVE PUSA walaupun kita hanya sebuah Kampung yang kecil  dalam peta dunia.


Malah semenjak dilancarkan blog ini telah berjaya menarik 6601 pembaca dari seluruh dunia dan angka tersebut masih meningkat sehingga ke hari ini.

Apabila menyedari perkara ini menjadikan saya seorang yang lebih bersemangat untuk menulis apa sahaja berkenaan dengan perkembangan semasa DAERAH KECIL PUSA.Setakat ini yangs aya kongsikan sehingga ini sambutan pun agak menggalakkan.

saya berharap di masa akan datang kita akan dapat mengongsikan banyak lagi berkenaan DAERAH PUSA ini. Malah saya mengalu - alukan mereka yang dari kampung sekitar termasuk Kampung Dato GODAM,TAMBAK, SERABANG, TUIE, SUPA MEDANG,BELADIN, SEMARANG,SPINANG,MALUDAM  dan lan - lain untukberkong cerita yang boleh kita kongsikan kepada seluruh dunia.InshaAllah.


No comments: