Wednesday 22 April 2015

SUATU ZAMAN..AKU, SUNGAI,JARING DAN IKAN BULU


Mungkin ramai yang pelik dengan tajuk kali ni....Kali ni tiba - tiba teringat pulak suatu masa dahulu.Zaman di mana saya duduk kampung dan tak pernah keluar lagi keluar dari kampung pada masa itu.Boleh dikatakan saya seorang "kampung boy' sangat pada masa itu.Tapi tak pernah lekang dengan aktiviti harian yang dijalankan.

IKAN BULU ? ADA APA DENGAN IKAN BULU ?

Mungkin ramai yang tertanya kenapa dengan gambar ikan bulu ini.Macam ni. Semasa saya duduk dekat kampung dulu teringat dengan aktiviti menjaring ikan bulu bersama dengan arwah atuk.kadang - kadang kalau ayah saya ada balik ke kampung.Ayah saya yang akan membawa saya menjaring ikan bulu ini.Turun dari pagi sampai petang.Siap dengan bekal menjaring rezeki dekat sungai merupakan asam garam hidup di kampung.Kadang - kadang bukan setakat ikan bulu yang dapat,malah ikan lain seperti ikan lundu dan belukang pun ada sekali.Kebiasaan kami mula menurunkan jaring dari Kawasan Kampung Kalok sampai ke Kampung Lot.Dengan menaiki perahu yang dikayuh dengan tangan kami meraih rezeki sampai ke petang.

Banyak perkara yang masih diingat dan dikenang - kenang sampai sekarang.Kadang - kadang bila cuaca tak menentu terpaksa belindung di anak sungai yang berdekatan.Tapi itulah lumrah sebagai orang kampung yang tetap menjadi darah dan daging dalam tubuh ini sampai bila - bila.

Semenjak zaman dah modern dan saya pun dah bekerja di bandar,Sekali - sekala rindu juga dengan aktiviti di kampung seperti dulu.Walaupun kini sudah berada di negeri lain namun saya sebagai yang dibesarkan di kampung tetap takkan dapat jauh dan lari dari aktiviti kampung.Walau apa pun.

ASAL DARI KAMPUNG...

No comments: