Monday, 26 August 2019


TEAM BARRACUDA DINOBATKAN RAJA SUNGAI SARIBAS DI REGATTA MANGUT 2019

Pesta Buntal 2019 di Mangut, Betong Sarawak baru sahaja menutup tirainya pada hari semalam dan semestinya acara yang paling menjadi tumpuan para pengunjung Pesta Buntal adalah Regatta Mangut 2019 yang menghimpuan pasukan - pasukan yang terhebat yang datang berentap di arena sukan air yang makin panas itu.

Acara Kemuncak Sakai 30 Pengkayuh Lelaki Akhir yang merupakan acara perebutan Raja Sungai Saribas atau Sungai Mangut 2019 yang membariskan 10 buah perahu dari 5 pasukan menyaksikan perahu Barracuda 10 menjuarai perlumbaan sekali gus dinobatkan sebagai Raja Sungai Regatta Mangut 2019 yang membawa pulang hadiah wang tunai RM 5000.00 beserta piala. 

Tempat kedua turut diisi oleh sebuah lagi perahu rakan sepasukan Barracuda manakala tempat ketiga bersaing sengit akhirnya dimiliki oleh pasukan Nur Gemilang ( Cahaya Putri Ruai ) dari Sebuyau.

Selain penguasaan pada acara Raja Sungai atau Sakai 30 Pengkayuh akhir Pasukan Barracuda turut memenangi beberapa acara lain termasuk acara Sakai 25 dan sakai 20 Pengkayuh akhir.

Kemenangan Team Barracuda pada Regatta Mangut 2019 ini turut membuktikan bahawa slogan " Kebo Sampey Mpusak " yang menjadi kata - kata pembakar semangat banyak membantu team untuk terus berjuang biarpun pernah mengalami kekalahan pada Regatta Bungin pada Mac 2019 yang lalu.

Namun atas sokongan peminat dan penyokong team Barracuda yang tidak berbelah bagi juga menjadi motivasi untuk terus menunjukkan aksi dan prestasi terbaik setiap kali turun beraksi.

Pasukan yang mengisi Slot pada acara Sakai 30 Pengkayuh Lelaki Akhir adalah

1. Barracuda 10
2. Barracuda 69
3. GP Binladen
4. Nurs Gemilang
5. 9ABWAB Wali Putih
6. Barracuda 9
7. Bujang Senang Sungai Saribas
8. 9ABWAB Walu Putih
9. Barracuda 69
10. GP Binladen

Tahniah kepada Team Barracuda dan syabas juga diucapkan kepada pasukan - pasukan lain yang turun berentap dalam menyemarakkan Regatta Mangut 2019. Kekalkan semangat kesukanan dalam memberikan aksi terbaik dan memartabatkan sukan air Regatta Lumba Perahu.

Sampai bertemu di regatta yang akan datang.




 



















KREDIT GAMBAR :
Page FB Regatta Sarawak Bumi Kenyalang
Page FB N29 Update - Wadah Beting Maro
Page FB Barracuda - PUSA

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

RECOMMENDED FOR YOU