Wednesday 20 August 2014

PROGRAM PESTA PUSA 2014 BETING MARO

PROGRAM PESTA PUSA 2014 BETING MARO

ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SATU MALAYSIA.

Pada 14 hingga 16 Ogos 2013 telah pun berlangsung PESTA PUSA,BETING MARO yang bertempat di Daerah Kecil Pusa yang di rasmi oleh DATUK AMAR ABANG JOHARI BIN TUN ABANG OPENG dengan penuh meriahnya.Banyak acaro yang kito boleh tangga sepanjang pesta berlangsung.Setelah kali terakhir Kampung Pusa Mengadakan Pesta macam tuk 20 tahun lepas.Alhamdulillah tahun tok dihidupkan kembali.Yang kamek dengar juak acara tuk InshaAllah akan dijadikan Pesta Tahunan Bagui memeriahkan kampong Pusa.

Antara Acara yang menjadi tumpuan orang ramai yang berkunjung adalah acara lumba perahu panjang yang libatkan pelbagai kategori.Kategori 20 Pengayuh,25 Pengayuh dan 30 Pengayuh dan pelbagai gik.Disamping yo ado juak acara lumbak bot penambang.

Banyak agik acara lain berlangsung yang turut memeriahkan Pesta Pusa kali tuk..Ado MUKUN...dan BATTLE OF THE BAND.

LUMBA PERAHU PANJANG adalah yang mendapat sambutan dan tumpuan..bukan ajak semasa acara berlangsung.Dari hari sesi latihan agik kito dapat nangga ramai urang beribun di bah Pengkalan untuk tidak melepaskan peluang melihat para peserta mengadakan latihan untuk menyiapkan diri dan pasukan untuk hari perlumbaan yang sebenar.Dari tuo ke biak semuo ngibun dibah pengkalan nak nangga sidak berlatih maok dari Kalok,Kampung Hulu Tengah dan Hilir.

Untuk PESTA PUSA kali tuk kamek sempat berkongsikan beberapa rentetan acara sepanjang 3 hari Pesta diadakan.

Antara peserto yang sigat menjalani latihan pakey hari berlombak.
Penonton setia lumba perauk seawal dari semaso menjalani latihan agik.Steady kaban !

Semasa hari perlumbaan.Hari yang tang semun semun lembap atau hujan sik menghalang orang rami beribun di dibah pengkalan nak nangga urang lombak perauk.


Kelihatan antara peserta yang sedang menuju ke tempat pelepasan atau permulaan untuk memulakan perlumbaan.

POLIS DIRAJA MALAYSIA ( PDRM ) turut membantu menjayakan pesta dengan mengadakan kawalan di sungai sepanjang perlumbaan untuk memastikan perlumbaan berjalan lancar tanpa sebarang masalah atau keadaan yang tidak diingini.TERIMA KASIH PDRM.

Antara wajah - wajah ceria para penonton yang sik melepaskan peluang menyaksikan Lumba Perahu secara lebih dekat dengan menaiki bot penambang.
Suasana ditempat permulaan perlumbaan.Kelihatan para peserta dan penganjur sedang membuat persediaan ditempat permulaan bagi sesi taklimat keselamatan dan penerangan peraturan perlumbaan dan sebagainya.
Patuhi peraturan dan papan tanda..kat sungai pun ada juak oi.. bukan di atas jalan raya jak ada...

Antara bot bot pengiring para peserta yang dating dari jauh.Bot bot macam tok biasanya sebagai tempat berehat.. mengadakan sesi perbincangan dan sebagai logistik untuk mengangkut dan membekal kemudahan kepada peserta disamping digunakan untuk memerhatikan perlumbaan.

Persediaan terakhir sebelum para pelumba dillepaskan.
SEDIA !!!!!!!!!
MULA !!!!! KAYUHHH !!! KAYUHHHH !!! ITU KABARO !!!
Suasana di Grand Stand.

ORANG RAMAI yang terdiri dari penduduk sekitar DAERAH KECIL PUSA dari pelbagai suku kaum dari jauh dan dekat tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan  PESTA PUSA 2014.Bak kato urang ramai.. boleh kalah JOM HEBOH... yo baruk eh..
Kito boleh nangga wajah wajah ceria yang mewarnai PESTA 2014 seakan mengalu alukan kedatangan pesta kali tuk setelah 20 tahun lepas adalah kali terakhir Pesta di adakan di Kampung Pusa.
Sik lupak juak para peniaga yang dating dari pelbagai pelusuk turut meramikan juak dengan mengadakan jualan pelbagai barangan termasuk cenderahati..pakaian - pakaian..makanan dan macam macam agik.











Keceriaan dan senyuman.




AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my


No comments: