KALAU DAH MINAT
Tak peduli apa orang nak cakap.Daripada ke tengah hutan mencari ikan air tawa sampailah turun ke sungai.Hujan panas tetap akan turun juga untuk melayani hobi dan minat yang mendalam dalam aktiviti memancing ini.
Tuah ayam nampak di kaki.. tuah manusia siapa yang tahu.
Mana lah tau kalau ada rezeki dapat ikan yang sangat lumayan balik ke rumah kan. Tapi kat Sungai Saribas dan Batang Rimbas ni jarang yang pulang dengan tangan kosong.Mesti ada yang akan dibawa pulang untukbuat lauk di rumah.Kalau dah rezeki tu untung untung dapat jugak naikkan ikan mencecah 3 kg ke atas.Dapat yang kecik pun jadi juga.Bersyukur dengan apa yang ada.
Antara ikan buruan yang semakin popular dikalangan kaki pancing sekarang ikan SELUNSONG atau NTIDUNG dalam sebutan tempatannya.
Untung kalau naikkan ikan ni masak stim memang berbaloi.
Apa pun respek kepada kaki pancing Pusa atas setiap usaha anda dan kami akan sentiasa menyokong usaha anda untuk membawa dan mengetengahkan aktiviti ini kepada Masyarakat.
No comments:
Post a Comment