RAJA SUNGAI RIMBAS REGATTA PUSA 2017 - FINAL SAKAI 30
TEAM BARRACUDA dari Kampung
Kalok,Pusa,Betong Sarawak dinobatkan sebagai Raja Sungai Rimbas setelah
berjaya menjuarai Final Sakai 30 meninggalkan perahu di tempat kedua
iaitu perahu GP Jang dan dikejar rapat juga oleh Perahu Perahu Cahaya
Putri Ruai yang turut memberi persaingan yang sangat sengit.
Team
Barracuda yang merupakan wakil dari Tuan Rumah yang juga merupakan
juara bertahan untuk Regatta Pusa semestinya mengerahkan sehabis usaha
dan tenaga bagi mengekalkan kejuaraan mereka lebih - lebih lagi
perlumbaan pada kali ini turut mendapat saingan sengit dari pasukan dari
luar seperti Sebuyau, Kuching,Debak dan beberapa lagi kawasan yang lain
yang turut menguji keupayaan pasukan mereka di Sungai Rimbas.
REGATTA PUSA 2017 pada kali ini membariskan pasukan - pasukan lumba perahu yang sangat mantap dari segi persaingan dan kemahiran semasa berada di sungai.Semestinya pasukan - pasukan yang berentap bagi merebut gelaran juara memberikan sehabis baik dan mengerah semua tenaga dan usaha untuk merangkul gelaran Raja Air atau Raja Sungai selaku pasukan yang memenangi acara kemuncak iaitu Final Sakai 30.
Laluan perlumbaan sepanjang 2 kilometer dari bahagian hulu Sungai Rimbas bukanlah laluan yang mudah berbanding dengan acara seperti Regatta di peringkat negeri memandangkan banyak perancangan dan strategi yang perlu diambil kira termasuk keadaan arus sungai yang tidak menentu disamping dengan sungai yang berselekoh dan sudut teknikal juga harus diberi pertimbangan bagi membantu melancarkan pergerakan perahu semasa berlumba dan peserta yang selaku pengayuh perahu juga perlu mempertimbangkan dari segi penggunaan tenaga dan teknik - teknik tertentu untuk memantapkan kelajuan perahu masing - masing.
Walau bagaimanapun, kalah menang adalah adat pertandingan dan kepada mereka yang tidak menang akan turut mengatur strateg dan latihan seterusnya bagi membaiki mutu keupayaan pasukan masing - masing.Sungguh begitu semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan oleh semua perserta dalam perlumbaan kali ini harus dipuji kerana semangat kesukanan ini turut memainkan peranan yang penting dalam mengharmonikan suasana Regatta Pusa 2017 yang dilangsungkan.
Semoga penganjuran yang akan datang lebih baik dari penganjuran pada tahun ini.
I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my
No comments:
Post a Comment