Thursday, 23 November 2017

PESANAN KESELAMATAN KEPADA PENGGUNA JALANRAYA DI KAWASAN PEMBINAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO

PESANAN KESELAMATAN KEPADA PENGGUNA JALANRAYA DI KAWASAN PEMBINAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO

Seperti semua sedia maklum projek Pembinaan LebuhRaya Pan Borneo sedang giat di jalankan.Keutamaan dari segi keselamatan haruslah diambil perhatian dari semua pihak samaada dari pihak pihak kontraktor dan pengguna jalanraya di sepanjang kawasan pembinaan bagi mengelakkan kemalangan dan perkara yang tidak diingini dari berlaku.Lebih lebih ianya adalah melibatkan soal keselamatan.

Pihak kontraktor pembinaan diharapkan membuat suatu langkah keselamatan dengan menyediakan seberapa banyak papan tanda amaran yang jelas dan juga penghadang jalan yang kemas.Selain itu, dengan menempatkan beberapa orang penjaga lalu lintas juga adalah penting seperti mana yang telah digariskan.Pematuhan pada SOP ( Standard of Prosedure ) juga amatlah penting bagi menjaga keselamatan semua.Selain itu juga, jalan jalan yang berdebu haruslah dibasahkan bagi mengelakkan keadaan jalan yang berdebu.Faktor faktor keselamatan yang lain juga haruslah dipantau dari semasa ke semasa.

Pengguna jalanraya juga harus mengambil langkah keselamatan seperti peka terhadap perubahan perubahan aliran trafik di sepanjang jalan yang terlibat dengan mengamalkan pemanduan berhemah dan waspada terhadap papan tanda amaran yang disediakan sepanjang jalan.Pematuhan kepada had laju juga harus diambil berat bagi mengelakkan kecelakaan memandangkan keadaan di kawasan yang masih dengan terlibat pembinaan adalah kurang memuaskan.Selain itu juga,kerja sama dari pengguna jalan raya kepada penjaga trafik dari kawasan pembinaan adalah penting.Pengguna juga dinasihat supaya peka dan fokus pada kedudukan penghadang jalan di sepanjang kawasan pembinaan.

Pengguna jalanraya terutama dari Daerah Pusa yang sering menggunakan laluan Pembinaan LebuhRaya Pan Borneo dinasihatkan supaya sentiasa berhati hati dan mengutamakan keselamatan dijalanraya dan mematuhi undang undang jalanraya.Mudahan selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan lancar

Akhir sekali,Terima kasih dan penghargaan kepada langkah langkah yang telah dijalankan oleh semua pihak untuk keselamatan semua.Semoga Pembinaan Projek LebuhRaya Pan Borneo ini berjalan dengan lancar dan disiapkan.

No comments: