Monday, 5 November 2018

SYABAS BUAT TEAM SINARAN BARRACUDA DI ARENA REGATTA SARAWAK 2018



SYABAS BUAT TEAM SINARAN BARRACUDA DI ARENA REGATTA SARAWAK 2018

Regatta Sarawak telah menutup tirai perlumbaannya pada petang kelmarin di mana Raja Sungai Regatta Sarawak 2018 dimenangi oleh pasukan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai. Namun Begitu penglibatan wakil tunggal pasukan dari Kampung Pusa tidak kurang hebatnya pada kemuculan sulung Pasukan Barracuda yang berkerja sama dengan pasukan Sinaran dari Kampung Sejijak haruslah mendapat pujian atas semangat kesukanan dan kesungguhan yang di pamerkan sepanjang perlumbaan.

Tidak dinafikan perlumbaan di arena Regatta Sarawak yang menghimpunkan pasukan pasukan yang berpengalaman memberikan ianya satu pengalaman yang sangat bermakna untuk menyemak kembali prestasi untuk diperbaiki pada masa hadapan.

Sungguhpun begitu Pasukan Sinaran Barracuda mampu meraih beberapa piala diperingkat saringan dan ini menunjukkan satu pencapaian yang harus dibanggakan selaku muka baru yang mencoba keupayaan diperingkat Regatta Sarawak.

Kita tetap berpuas hati pulang dengan semangat yang tinggi. Walaubagaimanapun bagi yang menonton perlumbaan akhir Bidar 30 Pekayuh Akhir sebahagian dari pekayuh pasukan kita nampaknya bekerjasama dengan Pasukan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai untuk sama sama merentap dan bersaing di pentas akhir memerah keupayaan bersama barisan pasukan lain yang bersama - sama menguatkan pasukan yang bertanding.

5 Buah Bidar Yayasan Sarawak yang berentap di Perlumbaan Akhir Pekayoh 30 lelaki membariskan pekayoh dari Puteri Dang Balai, Cahaya Putri Ruai dari Sebuyau, Barracuda dari Kampung Kalok Pusa, Darahmuda Dari kampung Hulu Pusa dan beberapa Pekayoh dari Pasukan yang lain dan akhirnya memberikan kemenangan kepada Puteri Dang Balai yang menjulang Piala Kejuaraan Piala TYT Negeri Sarawak yang sekali gus memberikan gelaran Raja Sungai Regatta Sarawak 2018 pada tahun ini.

Kalah menang memang adat perlumbaan namun apa yang penting adalah pengalaman  yang dibawa pulang untuk menyusun kembali persiapan untuk menghadapi perlumbaan yang seterusnya. Memang diakui bukanlah mudah untuk menempatkan diri di peringkat ini namun pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan Sinaran Barracuda dan Pekayoh - pekayoh dari Pusa pada kali ini wajar di puji dan dihargai kerana telah berjaya membawa dan menaikkan nama Daerah Pusa di persada arena Regatta Sarawak.

Syabas dan tahniah kepada semua.Sampai jumpa lagi di perlumbaan yang akan datang.

#KeboSampeyMpusak.















No comments: