GULA KOER | Mungkin agak susah nak membunyikan sebutan sebenar dalam bahasa Melayu standard.Sebutannya berbunyi "KOIEA" dalam bahasa tempatan Daerah Kecil Pusa.Gula - gula yang menjadi kegilaan zaman kanak - kanak ini sememangnya menjadi rebutan ketika itu.
Gula - gula ini diperbuat berasasaskan gula nipah atau " gula Apong" pada sebutan tempatan dan terdapat ramuan lain seperti gula pasir dan kacang tanah ditumbuk dalam gula - gula gula ini.Gula - gula yang ini kebiasaannya di buat pemegang dari lidi.
Namun begitu gula - gula atau lollipop ini nampaknya kian tenggelam dan dilupakan oleh zaman yang berlalu dengan pantas.Lagipun tidak ramai dari masyarakat kita yang ingin mempelajari cara membuatnya.Saya secara peribadi mengganggap gula - gula ini sebagai makanan warisan kerana ianya jarang terdapat di mana - mana kawasan lain.Tambahan di Daerah kecil Pusa hanya kawasan atau dan kampung tertentu sahaja yang masih menjual gula - gula ini.
Diharapkan ianya tidak akan pupus supaya generasi kita yang akan datang masih mengenal akan kehidupan dan budaya kampung kita yang harus kita warisi sampai bila - bila.
No comments:
Post a Comment