Wednesday, 3 January 2018

KEJADIAN SERANGAN BUAYA DI KAMPUNG DIT DEBAK BETONG SARAWAK.

KEJADIAN SERANGAN BUAYA DI KAMPUNG DIT,DEBAK BETONG SARAWAK.

Serangan buaya mengganas lagi. Kali ini berlaku di Kampung Dit, Debak, Betong Sarawak. Kejadian berlaku Pada kira-kira 5.30 Petang tadi.

Mangsa Serangan buaya dikenali sebagai Abang Haikal Bin Abang Suib. Mangsa berusia 13 Tahun.

Saksi ditempat kejadian memberitahu bahawa mangsa diserang ketika memancing ditepi sungai pada petang tadi ketika air sedang pasang besar.

Operasi mencari dan penyelamat yang terdiri dari Jabatan Bomba dan Penyelamat,Polis Diraja Malaysia dengan bantuan orang kampung terus dilaksanakan serta merta bermula pada petang tadi setelah mendapat berita mengenai serangan buaya tersebut.

Operasi Mencari dan menyelamatkan mangsa serangan buaya akan diteruskan pada esok hari. 

Kita sama sama mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

3 Januari 2018,Rabu.

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH DAYANG JAYAH BINTI ABANG SALAM DARI KAMPUNG HULU BELADIN.

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Dayang Jayah Binti Abang Salam dari Kampung Hulu Beladin pada 3 Januari 2018 Bersamaan 15 Rabiul Akhir 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Betong pada jam 2.00 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah dibawa pulang ke Kampung Beladin dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladin pada hari ini juga.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah

.Alfatihah.

Monday, 1 January 2018

NIKMATNYA

NIKMATNYA
NamokuPayjai

Nikmatnya....
Menghirup udara pagi
Tanda jasad masih bernyawa
Menyembah sujud tanda mensyukuri
Simbolik ucapan terima kasih
Kepada yang Esa sudah tentunya

Nikmatnya...

Berada di bumi Malaysia
Sarawak bumi Kenyalang sudahlah tentu
Tempat lahir tumpah darahku
Sumpah setia sehidup semati
Di negeri yang bertuah ini

Nikmatnya...

Melihat kehijauan yang terbentang
Terdampar luas di kejauhan sana
Bukit dan gunung masih gagah berdiri
Bukti nyata ciptaan Ilahi
Buat hamba-hambanya hidup di bumi

Nikmatnya...

Kita sendiri jua yang merasai
Mensyukuri anugerah tapuk dada tanyalah hati
Meminta bila susah berkali-kali
Kecewa bila pemintaan tidak diberi
Nampak sungguh kurangnya iman di dalam hati

Nikmatnya...

Harus kita syukuri
Harus kita Tatapi
Sujudlah pada Ilahi
Memanjat doa mendekatkan diri
Meneguhkan iman mensucikan hati
Dalam merasai nikmat yang diberi

#NamokuPayjai

SELAMANYA

SELAMANYA
Azlan Rumadi

Sebuah Tebingan Tua,
Menyimpan pelbagai ceritera Penghuni kampung yang membesarkan jiwa,nyawa dan nyawa.

Kampungku,
Permai dan damainya,
Tanah kelahiranku

Arus sungai yang mengalirkan
liku liku hidup,
melimpahkan daya dan kudrat,
nadi desa,
Kurniaan Ilahi.

Kampung Pusa,
SELAMANYA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
Kampung Hilir Pusa
01012016

SEORANG ANAK KECIL DI TEBINGAN CABARAN

SEORANG ANAK KECIL DI TEBINGAN CABARAN
Azlan Rumadi

Seorang anak kecil,
Duduk ditebingan arus cabaran,
Diseberangnya ada kota impian dan harapan.

Seorang anak kecil,
Bercita-cita menduduki kota diseberang,
Esok atau bila bila,
Menawan kota itu dengan harapan,
Pialanya janji-janji Tuhan pada manusia yang berusaha.

Seorang anak kecil,
Kudrat Tuhan dalam jasad,
Pohon doa yang makbul,
Restu ibu ayah,
Impian dan Harapan,
dan seorang anak kecil itu,
meredah arus cabaran,
Menyerah diri pada Tuhan
Demi di dunianya kejayaan,
Diakhiratnya kesempurnaan.

AZLAN RUMADI
Kampung Hilir Pusa
1 Januari 2016