KEJADIAN KEMALANGAN DI SIMPANG KE KAMPUNG PUSA, SEORANG PARAH.
Semalam telah berlaku satu kemalangan di simpang jalan masuk ke Kampung Pusa yang melibatkan 2 buah motosikal.
Mangsa mangsa kemalangan yang cedera seterus di rujuk ke Klinik Pusa untuk menerima rawatan.
Namun Info yang di terima menyatakan tiga orang dari mangsa yang berasai dari Kampung Hilir Pusa telah dirujuk ke Hospital Sarikei untuk menerima rawatan lanjut.Bagaimana pun, seorang wanita dan seolah kanak kanak yang terlibat kemalangan dibenarkan pulang setelah menjalani pemeriksaan di unit kecemasan Hospital Sarikei.
Bagaimanapun, salah seorang mangsa Norfiah Binti Junaidi yang berusia 30an mengalami patah di bahagian kaki dan kepala terpaksa ditahan bagi menjalani rawatan lanjutan di Hospital Sarikei.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Kita sama sama doakan semoga mangsa mangsa cepat sembuh dan sihat.
Kesempatan ini juga pesanan disampkan kepada pengguna jalan raya di Kawasan Kampung Pusa dan juga di kawasan yang lain agar berhati hati dan bersama-sama kita menjaga keselamatan sesama kita dijalan raya.
Para penunggang dinasihatkan agar jangan menunggang dengan laju dan merbahaya.Sekiranya hendak keluar dari simpang, hendaklah memberikan isyarat dan melihat kiri dan kanan.
Kita memohon kerjasama supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan dan tidak berulang.
5 Januari 2018,Jumaat
I LOVE PUSA
www.azlanrumadi.blogspot.my
No comments:
Post a Comment