Saturday, 6 January 2018

GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI - BAB 11

GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI
Nukilan Daud Ahmad

Bab 11

Seminggu lebih penduduk Hulu Saribas bergembira. Pada malam terakhirnya bermaharban, memuji dan berselawat ke atas nabi. Datuk Kedit menumbangkan seekor lembu, manakala penduduk kampung menumbangkan terbakar masing-masing ayam,itik dan kambing seekor dua. Beras untuk bertanak nasi turut disumbangkan. Ini kerana bukan menunjukkan kemampuan, tapi kerana rasa bahagia, dah rasa rahmat yang mencurah datang kerana kelahiran Dayang Isah.

Tibalah masanya, Datuk Kadir dan rombongan akan berangkatlah pulang.
Penduduk kampung memenuhi pengkalan, ingin mengucap selamat pulang dan selamat maju jaya pada Datuk Kadir dan rombongan. Sekonyer telah diputarkan haluannya, Dayang Anum dan anaknya terlebih dahulu masuk kedalam Sekonyer, tinggal Datuk Kadir berpesan sepatah dua dengan Datuk Kedit.

"Wahai Datuk Kedit, jagalah keharmonian negeri Hulu Saribas ini dengan bijaksana sahaya tau Datuk Kedit mampu menangani pelbagai masalah."

"Baliklah pemerintah Negara Saribas, sahaya cuba sebaik mungkin,. Kalau ada masalah mendatang sahaya akan menghilir sungai berbincang dengan Datuk,." Datuk Kedit menghulur tangan berjabat, mereka terus berdakapan.

Naiklah Datuk Kadir ke atas Sekonyer. Dengan spontannya terdengar laungan penduduk kampung dan penghuni Sekonyer berbunyi;

"Hidup Datuk Kadir, hidup raja Saribas, bahgia Dayang Isah,"

Bergema bunyinya, bumi Hulu Saribas seolah olah turut berlaung juga. Laungan itu berulang-ulang, hingga tali tambatan Sekonyer di buka,

"Oooo haaaa'"
Sekonyer Amanda memberi arahan.
Serentak itu bergeraklah Sekonyer dengan perlahan mula meninggalkan pengkalan Hulu Saribas.

Sekali
"Oooo haaaa"
Sekali dayung yang dua puluh dua pasang bergerak. Semakin lama semakin laju. Hinggalah di balik tanjung tiada kelihatan lagi oleh Datuk Kedit. Pulang penduduk kampung menguruskan kerja masing-masing.

  Dayung laju-laju memintas arus
  Hilang lubuk berganti tanjung
  Rindu hati rindu hilanglah terus
  Dayang Isah dibawa balik kampung

  Dari hulu kita ke muara
  Sampai di muara jumpa kawan
  Tetap rindu sejahtera bersama
  Kita sekarang pulang ke taman

Apek lowek berjual sireh
  Sireh dijual panjang gagang
  Cantik molek tiada ku pilih
Jangan terkena kekasih orang

Embeklah embek kambing rambong
Anak ayam di muka kurung
Janganlah hidup di dalam sombong
Hidung tak mancung pipi tersorong

Buah mempelam buah mempelit
Masam di dalam manis di kulit
Kalau dipendam terasa sakit
Kasih yang jauh datang berakit

Darilah mana datangnya bisa
Dari paha turun ke kaki
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati.

Baliklah baik belayar rakit
Janganlah sampai putus talinya
Kasih sayang ku bukan sedikit
Kalau boleh mati bersama.

Kalaulah tuan mudik ke hulu
Kirimkan saya bunga kasturi
Kalau tuan pergi dahulu
Tetap kasih rasa dirindui

Demikianlah, seloka para dayang, sepanjang pelayaran pulang ke Kota Sri Kadap. Selama tiga hari tiga malam tiada berenti, hanya tukang dayung sahaja bergilir berganti, kerna perasaan semua rombongan ingin cepat sampai ke Kota Sri Kadap.

Nukilan Daud Ahmad

No comments: